Powered by Blogger.

Monday, March 7, 2011

TIGA SUMBER SEGALA DOSA

0 comments
Nabi SAW bersabda:"Tiga hal yang merupakan sumber segala dosa, hindarilah & berhati-hatilah dengan ketiganya. Hati-hati terhadap keangkuhan, kerana keangkuhan menjadikan iblis enggan sujud kepada Adam & hati-hatilah terhadap tamak (rakus), kerana ketamakan menghantar Adam memakan buah terlarang, & berhati-hati terhadap irihati, kerana kedua anak Adam (Qabil dan Habil) salah seorang di antaranya membunuh saudaranya akibat dorongan iri hati." (HR Ibn Asakir melalui Ibn Mas'ud)

Jiwa kita selalu dibelenggu sifat riak/takabur bila kita miliki kelebihan, tak kira la samaada kelebihan dr segi ilmu pengetahuan, harta benda atau pangkat kedudukan. Waktu mcm ni la syaitan akan pasang perangkap dgn bisikkan kata-kata yang mampu jerumuskan kita ke arah tindakan yang buruk; mencela, menghina, merendahkan org lain..

Kita juga slalu melihat betapa rakusnya manusia pertahankan apa yang ada dalam genggamannya. Tak nak berkongsi nikmat yang Allah SWT berikan & tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia miliki apatah lagi nak bersyukur. Padahal Allah SWT menjanjikan dan ingatkan kita berulangkali bahawa sekecil mana  pun kebaikan yang kita buat, Allah SWT akan bagi ganjaran. ‎"Barang siapa yang mahu berbuat baik walau sebesar biji zarah pun Allah SWT akan membalasnya." (QS Alzalzalah [99]:7)


Sunber dosa yang ketiga; Dengki & iri hati ialah perasaan tak rela atau tak suka dengan kelebihan atau nikmat yang org lain dapat. Sanggup buat apa je tuk pastikan org yang ada kelebihan ni hancur musnah tak kira dengan apa cara sekali pun. Semua kebaikan yang selama ni diperolehi hilang macam tu je. Perbuatan baik jadi sia-sia bila dalam diri kita ada sifat iri hati.


Sebagai hambaNya yang dipinjamkan dengan nikmat yang melimpah ruah, kita seharusnya muhasabah diri dan berusaha untuk jadi hambaNya yang terbaik. Jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan  hati dan fikiran kita. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan memandu segala perbuatan tingkah laku kita.


Wallahu'alam.... =)
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez