Powered by Blogger.

Saturday, December 29, 2012

SAYA DAN DIET

4 comments
Sejak disarankan oleh doktor Gynea tuk turunkan berat, saya dengan semangat waja cuba tuk berdiet. Yang bestnya diet kali ini ada partner. Siapa gerangan partner saya tu...hihi. My hubby la.

Orang lelaki ni dia punya risau pasal berat kadang2 mengalahkan perempuan. Paling kerap dikomen adalah bahagian perut. Tak cantik katanya bila pakai uniform kalau perut tu nampak kedepan. Memang pun. 

Masa mula2 nak diet rasa susah juga sebab kita dah biasa makan je bila nak. Tapi lama2 bila perut kita dah biasa makan sikit, secara automatik kita akan kurang makan. Macam saya sekarang, malam memang tak makan nasi dah. Makan roti je, tak pun minum secawan milo shj. Tengahari pun kadang2 tak makan nasi. Makan benda2 lain. Cik abang pun sama. Jadi sekarang dah jarang masak berat2. Masak simple2 je. Nasi pun masak 1 pot je kalau nak makan nasi juga. 

Dugaan bila balik kampung. Feeling makan reramai ni lain macam sikit. Selera bukan main. Kadang mak masak special. Lagi la tergugat. Makan la juga, tapi still dalam kuantiti sikit.

Alhamdulillah, hari tu timbang ada la juga turun 2 kilo. Tambah la skit semangat nak teruskan diet.


Friday, December 21, 2012

SUSAH SANGAT KE????

0 comments
Rasanya dah banyak iklan kat tv and paper pasal budi bahasa. Tapi ada lagi manusia yang tak reti-reti. Samaada tak tengok tv, tak baca paper ataupun memang diri tu EGO lebih.

Ke saya yang EMO lebih..hoho.

Selalu sangat terjadi, bila kita buat baik kat orang, orang macam tak hargai pun. Satu contoh situasi. Mesti korang pernah mengalami situasi di mana lalu kat jalan sempit. Muat sebijik kete je. Sebiji lagi kalau nak lalu juga, masuk longkang or semak. Korang bagi laluan kat kete di depan. Tengok kat driver dengan harapan driver tersebut akan angkat tangan ke, or senyum. Tapi, nampaknya driver tu tak ingin pun nak pandang muka korang. Ni kan pulak nak senyum kan. 

Wahai pemandu sekalian. Orang bukan minta kita turun dari kete. Datang salam. Pastu cakap..

"Terima kasih sebab bagi laluan kat saya. Ni duit singgit sebagai penghargaan."

Tidak sama sekali.

Kita angkat tangan pun dah cukup. Kalau rasa susah nak angkat tangan. Takpe. Senyum je. Dapat gak pahala sedekah. Tapi kalau senyum pun kita tak boleh buat, tak tau nak kata la. Kecuali la kita memang jenis tak kisah kalau orang buat benda yang sama kat kita. Tapi saya, dalam hal ni memang kisah ok.


BUDI BAHASA BUDAYA KITA




Monday, December 10, 2012

Bersiar-siar Di Hari Ahad

0 comments
Selalunya, cuti hujung minggu, saya laki bini mesti akan balik kampung kat Semanggol & Bagan Serai. Tapi minggu ni kami ambik keputusan nak bersantai kat rumah je. Lagipun dah plan nak pergi cuci mata kat pantai Teluk Senangin.


Makanya, hari ahad td pegi la kami merayau ke Teluk Senangin. Tak mandi pun. Just jalan2 je tengok org ramai yang beriadah kat sana. 



Kemudahan chalet pun banyak kat sana. Ni antara chalet yang ada kat sana.





Tetarik tengok motel ni. Kamila Motel.




Pantai Teluk Senangin










Destinasi seterusnya, pegi melawat AEON Manjung. Baru je buka 4hb td. Memang meriah. Benda baru memang hot la. Berpusu-pusu orang datang. Sempat daftar jd member AEON.









Dan puas pusing2 kat AEON, ajak cik abang pegi Taman Paya Bakau plak. Masa kami sampai tu, just ada 3-4 orang je kat sana..hehe. Kedatangan kami di sambut oleh monyet2 yang banyak.







Takde apa sangat pun kat sini. Dah nama pun Taman Paya Bakau, so, harus la banyak pokok bakau je..hehe.  Monyet memang sangat banyak ok. Kalau nak pegi sini, lebih baik jangan bawa beg ke apa. Makanan lagi la jangan. Kang jadi mangsa ragut monyet kat sini plak kang. 

Masa cik abang sibuk ambik gmbr monyet, saya bertentang mata dengan seekor monyet ni..Bukan main dia bulatkan mata dia tengok saya. Cepat2 saya tengok tempat lain. Saya perasan monyet tu turun dari tempat dia duduk. Tau-tau dia dah ada kat kaki saya. Siap pegang kaki saya lagi. Terasa kuku dia cengkam kat seluar yang saya pakai. Dia dah bunyi sambil buka mulut luas2. Saya apa lagi terus jerit la takut punya pasal. Pegang tangan cik abang. Nasib baik monyet tu terus lepaskan kaki saya & blah cmtu je. Lepas kejadian tu dah tak nak tengok kiri kanan.tengok depan je...huhu.

Tu destinasi terakhir kami. Balik rumah tido.





Danger: Malware Ahead!

0 comments
Mentang2 la dah lama tak update blog, terus la malware serang ye..cehh.
Baru je mood nak update blog datang...tup..tup blog tak boleh buka plak...asyik benda alah ni yang keluar.



So, tak kan nak biar je, gigih la google cara nak buang si malware tu. Jumpa blog ni.Memang membantu. KLIK SINI


Lepas ikut step yang diberi, maka kluar la page ni.


Isikan Blogspot URL, pastu submit.

Akhirnya jumpa juga kat mana si malware ni bertapa.

Duk kat widget rupanya ye..

Terus delete widget tu. Dah takde la jam comeyy kat blog ku..huhu.


=)






Thursday, December 6, 2012

JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

0 comments
Wanita zaman sekarang dah jauh beza dengan wanita dulu. Salah satu yang berbeza...Dulu, orang perempuan lebih sinonim duk kat rumah jaga suami dan anak-anak. Jaga rumahtangga. Tapi perempuan sekarang lebih suka bekerja samaada tuk hilangkan bosan duk rumah, nak ada duit poket sendiri & tolong tambah pendapatan keluarga.

Saya seorang suri rumah. Sebelum ni saya pernah buat part-time ajar tuisyen, mengasuh. Tapi tetiba rasa macam nak buat sesuatu yang lebih lagi. Sesuatu yang boleh jana pendapatan lebih & pada masa yang sama bleh duk rumah uruskan makan minum & keperluan my husband.

Cara yang paling efektif pada saya adalah berniaga secara online. Dah ramai suri rumah yang berniaga sambil riba anak. Sambil lari pegi dapur buat air tuk suami. Opps...perlu ke lari. Setakat air, buat sendiri la bang. Ehh...tak boleh mcm tu. Kena tolong buat juga baru berkat.



Ok, dah ada misi nak berniaga online. So, sekarang kena fikir nak berniaga apa. Baju bajan ke?Pinggan-mangkuk ke?Aksesori ke? Kasut ke? Ke nak berniaga semua sekali. Fikir betul-betul. Kena pilih objek yang sentiasa akan dibeli tak kira masa.

Dah dapat keputusan, kena la ada modal & sumber nak dapatkan produk dari mana. Mana nak cari. Takpe, sekarang dah banyak peluang tuk jadi agen dropship dengan erti kata lain, jadi orang tengah. Promosikan barang, order pada company, bayar & company yang akan hantar. Tak payah susah simpan stok or pegi pos. Hasilnya kumpul buat modal.

Plan dah ada dalam minda..tinggal nak laksanakan je. Semoga berjaya.




 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez