Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2012

NOVEL : GEMERSIK KALBU

0 comments
Novel ni dah lama sebenarnya tersusun cantik je kat rak buku rumah MIL saya. Hak milik adik ipar saya. Tapi baru sekarang tergerak hati nak baca. 
Kan ke ada drama Gemersik Kalbu kat tv3, adaptasi novel ni la. Ramai yang kata drama tu best. Memandangkan drama kat tv tak tengok, makanya gigih la nak habiskan baca novelnya. Sambil baca, sambil bayangkan muka-muka pelakon yang pegang watak dalam drama..hohoho 


no preview
ini la penulisnya...ANIS AYUNI



Baru baca sampai bab 48..ada 40 bab lg..huhu

SINOPSIS

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Sumber: ::Alaf21::


Sekian... =)

Friday, July 13, 2012

MUSIM DEMAM DENGGI

0 comments
Makin menjadi-jadi pulak kes denggi kat tempat saya ni. Terbaru dengarnya 20 orang melapor kat hospital sebab kena demam denggi..huhu. Kena hati-hati ni. Petang tadi bukan main meriah dengan bunyi siren ambulans. Ingatkan ada orang sakit ke rupanya diorang nk buat semburan nyamuk dar. Time semburan tu kaum suami tunggu rumah, kaum isteri plak turun melepak kat bawah..hihi

Rumah saya kat  tingkat 9. Kekonon duk tinggi xde la nyamuk tapi rupanya ada juga...haha. Tak leh blah boleh plak en.fariz tanya saya...
"pelik la, macam mana nyamuk ni boleh sampai tingkat 9 ni? tinggi tu dia nk terbang.
Jawapan saya...
" apa susah, dia naik la lif.

Pastu sama2 gelak..apa la. Soalan macam budak2. Budak2 pn belum tentu tanya soalan tu..kikiki

no preview
ni la nyamuk aedes..gambar dari google. tak kuasa nak ambik gambar sendiri.

Sama-sama la kita jaga persekitaran rumah kita. Jangan biar air bertakung. Ternak nyamuk bukan bleh kaya pun. Bawa penyakit lagi ada. Kalau tetiba demam berpanjangan, cecepat la jumpa doktor.

Sekian.

Thursday, July 12, 2012

Saya mahu cantik dan sihat dengan VITAMIN C. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com

2 comments
http://www.ummiirfan.com/2012/07/giveaway-dari-ummiirfancom.html

Wednesday, July 11, 2012

RESEPI : NASI AYAM PENYET

2 comments
Menu hari sabtu lepas. Plan asal nak masak tuk buka pose hari khamis, tp pg khamis tu balik kampung. Terus terbantut program nak masak. Balik sekejap je pun. Hari jumaat dh gerak balik lumut sebab asben keje hari sabtu. 

Nasi ayam penyet versi ringkas...haha

Resepi lengkap bleh tengok kat blog  Potret Kasih

makan dengan sambal tempoyak... ;)

tak lupa juga sup kosong...haha

Sekian.. Wassalam..

Wednesday, July 4, 2012

MI KARI KERANG MUDAH & SEDAP

0 comments
Menu tuk lunch & dinner semalam...hihi.
Rasa dah lama sangat tak makan mi kari, jd gigih google resepi. Ada banyak resepi yang berbeza. Tapi resepi dari blog Potret Kasih jadi pilihan hati ku.


Ada ke patut pagi semalam pegi kedai beli barang2 tuk buat mi kari. Dah buat senarai barang2 yang nak dibeli tapi masa nak pegi kedai tu tak bawa pn senarainya. Ambik tu ambik ni. Tengok sekeliling sambil fikir apa lagi barang belum ambik. Rasanya dh cukup, terus bayar dan balik. Bila nak start masak, baru perasan,mana mi kuning aku..Cehhh.Apa kes nak buat mi kari tapi mi  tak beli..huhu. Fishcake ngan fish ball pn tak beli..haha. Apa la. Nasib baik kedai tu kat bawah blok je.


Dah siap masak kuah baru turun bawah beli mi kuning plak. 



Resepi Mi Kari Kerang
credit : POTRET KASIH

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.



sekian..

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez