Powered by Blogger.

Wednesday, February 16, 2011

PENGALAMAN BERSALIN

2 comments
tajuk entry tu bukan tentang saya..tapi ttg pengalaman org lain...huhu.
petang tadi dlm sibuk nak uruskan itu dan ini sempat juga pegi melawat kwn yang bru bersalin kat hspital..Alhamdulillah, 2nd baby ni dia dpt anak lelaki..sblm ni dh ada anak pmpn umur dh 2 thn lebih..memang sronok sgt tgk baby..kecik je..comel sgt...tapi kesian kat ibunya..disebabkan kecuaian doktor..urat lehernya jadi tegang, nak gerakkan kepala pn susah..sakit katanya..doktor siap suruh dia minum air kopi la, air coca cola la..bg ubat tahan sakit..then suh dia cuba gerak-gerakkan kepala..huhu.si ibu yang sepatutnya boleh blk hr ni terpaksa kena duk kat wad lagi...smoga dia cepat sihat n bleh balik rumah sbb duk hospital memang tak best kan..

mcm2 pengalaman bersalin yang saya dengar..ada yang sakit sgt sampai trauma nak bersalin lagi..siap nasihat saya supaya biar lambat2 skit dpt baby..huhu..ada yang dh 2 3 kali operate..xmerasa lagi bersalin normal...ada yang dijaga nurse yang tak mesra alam..dh la sakit..terpaksa plak menahan sakit telinga dengar nurse membebel..termasukkan la baby tak cukup bulan..baby yang dijangka lahir bulan dpn rupanya dh tak sabar nak tgk dunia..
tak kurang juga yang takde masalah apa pn..sakit skit pastu dh bersalin..senang je..

bila dgr pengalaman orang buat saya makin teringin plak nak lalui sendiri..nak juga rasa apa yang org lain rasa..hehe..bila la agaknya..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya dan suami.

lupa plak..masa kat wad tadi, tgh syok2 melayan baby n ibunya,ttba masuk sorg lelaki ni..tgk muka ceria je..rupanya isteri dia baru bersalin 1st baby..patut la sronok semacam je..peramah yang amat plak tu..drpd lelaki ni juga la saya tau rupanya kat sini ada bnyk adat diorg uruskan uri baby tu..ada yang tanam...bagus la..ada yang buang dalam sungai je...ada juga yang terus gantung kat pokok..ada juga adat timbang baby..mcm2 le..nak crita pn bnyk sgt..smuanya bergantung pada fahaman masing2..

WASIAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

1 comments
Tengah best tgk crita Laskar Pelangi kat astro, tetiba en.F@riz blk dr main badminton.. Buka je pintu, lps bagi salam trus suruh buka channel 119. Rupanya nak tgk Halaqah..tajuk wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW..

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU

Pada yang terlepas siaran Halaqah malam tadi, bleh tgk siaran ulangan 21 Febuari, 9.00 pagi... =)


 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez