Powered by Blogger.

Thursday, March 31, 2011

FRIENDSTER KE FACEBOOK

0 comments
tetiba sy teringat ttg kewujudan akaun friendster yg dh sekian lama terbiar..sejak ada facebook, friendster tu mmg dh jarang2 buka..tah pa yg dh jadi kat akaun tu pn xtau...igtkan dh xwujud...ada lagi rupanya..
td juga saya baru igt yg saya ada blog under fs..hampeh...dh lama juga la tak update..mcm2 kenangan ada dalam blog tu..dr kes sesat kat bandaraya ipoh smpi le kes jatuh moto...kenangan time praktikal pn ada...hahaha..

salah satu khazanah yang ada dalam blog fs tu kat bawah ni...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN………=)

Sunday, March 27, 2011

PESTA MAKANAN 1 MALAYSIA

0 comments
hari ni dan semalam RK TLDM Sri Sandakan buat pesta makanan 1 Malaysia..macam2 ada..memang best la..duit pn mengalir mcm air je..tgk tu nk..tgk ni nak...hahahaha..
so, 2 hari ni memang cuti masak..pg ni cdg nk pergi pasar beli barang dapur sebab mgu depan en.F@riz dh lapor diri kapal..kena extra duty...so, memang xde masa dh nk kluar..tapi hujan dr malam td tak berenti2..trus cancel..pergi cari makan kat pesta makanan je..
bberapa minggu sebelum ni RK dh buat majlis persandingan 1 malaysia..ada 6 pengantin yang dirai..mlm tu memang makan puas hati la..siap ada yang menambah2 sbb tak ramai yang datang..mybe sebab hujan so orang lagi suka duk rumah je...

Friday, March 25, 2011

POPIA SARDIN

1 comments
en.F@riz minta buatkan popia sardin..buka blog KAK ANA SUZANA sebab hari tu ada terbaca entry psl popia sardin ni..nk tgk resepi la kononnya pdhal senang je pun..hehehe.

Popia Sardin
Bahan-bahan:
1 tin sardin 
1/2 bawang besar  - kisar or hiris, terpulang mn suka
4 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar (ni tuk bagi wangi kata kak ana, tp sy tak letak pun.. (= )
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Tumiskan bahan kisar
Masukkan sardin dan kacau..hancurkan isi ikan tu
Masukkan garam
Bila dh siap, sejukkan kejap lps tu boleh la buat popia tu..

ni la hasilnya..popia sardin...nyum..nyum..





Wednesday, March 23, 2011

SAMBAL UDANG & KUAH LODEH

6 comments
Ini menu semalam..en.F@riz call bgtau kawan dia jual udang..rm10 je sekilo..tnya saya nak beli ke tak..ms tu terbayang sambal udang...haha. apa lg.."beli le bang"..


Kalau ikut resepi asal yang saya ambik dr blog PERIUK TANAH..sambal udang tu masukkan petai sekali...suami saya tak berapa suka petai, jd saya tak letak..lagipun mmg takde stok pn..

Sambal Udang 
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
400gm udang harimau -dibuang ekor dan potong hujung kepalanya
1 peket petai siap dikopek (boleh guna petai keping, ikut citarasa) - saya tak letak
1/2 cawan cili kisar-pekat
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
sedikit belacan -hujung jari kelingking
1 sudu besar santan pekat
1 sudu besar air asam jawa cair
garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan petai, air asam jawa, santan dan belacan. Masukkan 1/2 cawan air. Didihkan.
3. Masukkan udang dan kacau rata hingga udang masak. (lebih kurang 2 minit) masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dinikmati.




Untuk resepi Kuah Lodeh ni plak, saya ambik dr POTRET KASIH...tak rancang pun nk masak kauh lodeh ni..so, sayur2nya tak lengkap...just masukkan tempe ngan kobis je.. =)

Kuah Lodeh
Bahan-bahan:
1/2 biji kobis
1 biji karot
1 biji terung
20 btg kacang panjang
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )
1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah
1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang besar
3/4 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 batang serai
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan
1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Saturday, March 19, 2011

MAN JUARA RAJA LAWAK 5

0 comments
memang seronok tak terkira bila diumumkan Man juara raja lawak 5..wlupun tak undi tp tetap bagi sokongan kat Man...kiki.
sebelum ni suka dengan persembahan R2 sebab ada pakcik slumber tu...tp masa final malam ni memang nmpk persembahan Man yang menyerlah drpd yang R2 n Balas...Balas pun ok juga  la tp suka sgt buat lawak 18SX kot...huhu..

tema raja lawak akhir bebas tuk persembahan pertama & muzikal komedi tuk persembahan kedua...

MAN Raja Lawak 5
JUARA

NAIB JUARA
TEMPAT KETIGA


apa pun smoga diorg smua success la ye..hehehe

Thursday, March 17, 2011

PENING...PENING...

0 comments
dua tiga hari ni asyik pening kepala je...rasa mcm ada roda impian dlm kepala..psl apa tak tau..adakah sebab kena hujan or sebab minum cappuccino...huhu.
en.F@riz kata tengok muka pucat je...mana tak pucat bang...tgh menahan kepeningan ni..rasa nk pengsan pun ada..perut pun rasa semacam je ni..
mlm tadi sambil urut tengkok, saya ngadu kat en.F@riz dada rasa sesak je sebab ada angin yang terperangkap kat dlm..xleh sendawa la mknanya...konon nk minta simpati..kot nk tolong urut ke...tp en.F@riz bantai gelak sambil bagi amaran...

"buang angin kot atas takpe...jgn buang kot bawah plak..."kata en.F@riz.
"cehh..mmg nk bagi kluar kot atas...abang ni bukan nk bersimpati." balas saya.
"ye..abang mmg simpati..tapi sayang pn kena simpati kat abang..kalau tetiba abang mati keras kat sini mcm mana??"kata en.F@riz lagi.

plak dh...huhh...lama2 bleh sakit jiwa layan en.F@riz ni..


p/s: header blog dh tukar baru..header lama dh msuk recycle bin....=P

Tuesday, March 15, 2011

EN.F@RIZ DRAF KAPAL

0 comments
huhu..en.F@riz duty lg hari ni..mlm td sy ngan en.F@riz dpt brita yg nm pertukaran unit baru tuk thn ni dh kluar...berdebar2 tgk senarai nama..rasa mcm berdebar2 nak tgk kputusan preksa...haha.wlupun mmg dh tau yg akan ada pertukaran unit awal thn ni tp still xtau akan tukar ke mana..en.F@riz yg dh 2 thn duk base je akhirnya kena naik kapal dh...hujung bln ni dh kena lapor diri..kot2 la dpt draf semenanjung ke best la juga..dh duk kapal nti lg kerap la duty..huhu.

malam td sesama tak leh tdo wlupun mata ngantuk yg amat...en.F@riz dh tentu fikir pasal draf kapal tu..sy plak fikir nk kena travel blk kampung sesorang le bln 6 nnti..=(

tuk pegetahuan, sy ngan en.F@riz memang dh plan nk blk bulan 6 nti sbb kakak & adik saya kawen..bt majlis serentak..tp nmpk gayanya en.F@riz kena tinggal le...huhu.

Monday, March 14, 2011

JAWATAN KOSONG : SPA NEGERI PERAK @ TAHNIAH CHONG WEI

0 comments
masa tengah lena dibuai mimpi..en.F@riz call..suh saya buka website SPA PERAK sebab tengah buka iklan kekosongan jawatan.tarikh iklan buka dr 13/3/2011 smpi le 1/4/2011..memandangkan abah, mak & saya sendiri lahir kat perak, maka secara automatiknya saya layak la mohon..hehe.baru je lepas online spa..dh berjaya hantar permohonan..so, tunggu je la..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya..dh banyak kali mohon kerja tapi bukan rezeki saya lagi.. =)

mood doremon.. =)

Tahniah pada Datuk Lee Chong Wei sebab juara All England 2011...lawan dengan Lin Dan tu..21-17, 21-17..sebelum tu lawan dgn Bao Chunlai, Chong Wei menang 21-16, 21-16...hehe.
tapi malangnya lupa plak nak tgk malam td..huhu..credit kat Beautifulnara...

go..go..go =P

Sunday, March 13, 2011

PESANAN BUAT ISTERI =)

0 comments
Kamu derhaka jika:

1.Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2.Membantah suruhan atau perintah suami. Sabd...a Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3.Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

4.Jahat lidah/mulut pada suamiSabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5.Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6.Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7.Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8.Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9.Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt

ENOVEL "MANGKUK TINGKAT"

5 comments
mood baca novel..hari tu saya ada buat review novel AD+IZ kan...so, hari ni nak review enovel MANGKUK TINGKAT...memang terbaik la..suka sgt jalan ceritanya..

Mangkuk Tingkat berkisar tentang  Edryna, sorang perempuan yang anti lelaki...dia benci semua lelaki kecuali ayah & abang dia..semuanya gara2 satu kes yang jadi masa dia tgh blaja..
juga tentang Ashraff, pilot yang cuba cari perempuan yg sempurna sbgai isteri..
dr gaduh2...then terpaksa kahwin atas desakan keluarga...akhirnya masing2 jatuh cinta..watak Ashraff yang romatik gila memang bleh buat perempuan cair..hehe..bila Ashraff terbang pergi oversea je..mesti dia sms Edryna dgn ayat2 manis dia..

dalam masa 1 hari je saya dh habis baca enovel 35 bab ni...dasyat2..memang dh melekat..baca skit dh tertarik2 nak baca smpi habis..=)

saya baru langgan novel DOKTOR CINTA yang dikatakan novel paling laris kat KAKI NOVEL...tgh tgu diorg pos..tak sabar nak baca...=)





update: 17/3/2011 novel DOKTOR CINTA ni dh selamat sampai..masa tuk baca.. =)

Wednesday, March 9, 2011

DAGING MASAK SAMUDERA

4 comments
menu utama hari isnin td, tp baru hr ni tempek dlm blog..Daging Masak Samudera..kasi nama sendiri tu...hehe.

tgk kat pic nmpk mcm gulai daging plak..

daging tu saya suka rebus dulu biar lembut..
kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas
tumis bahan kisar td..masukkan juga rempah kurma sikit, sos cili skit, serai, bunga lawang, bunga cengkih + kulit kayu manis..
bila dh pecah minyak, masukkan daging bersama air rebusan + santan pekat..
masukkan garam & gula..bila kuah dh agak pekat bleh la tutup api & hidangkan..

anak jiran saya, KakYa, suka sgt lauk ni...tak pernah2 dia makan lepas blk sekolah agama, tup2 hari tu dia makan lagi..padahal dh bawa bekal lauk yg sama...sedap la tu...hehe.

TOMYAM, IKAN TONGKOL GORENG BERSAMBAL & SAWI GORENG SOS TIRAM

5 comments
tomyam, ikan tongkol goreng bersambal & sawi goreng sos tiram..menu hari ni..

tomyam ayam + daging
tomyam tu masak guna kuib tomyam je..memandangkan daun limau purut xde so, xletak..kalau letak rasanya sedap lg sbb ada aroma daun tu kan..

ikan tongkol goreng bersambal
utk sambal tu, just tumis cili kering yg dikisar sm2 dgn bawang merah + bawang putih. masukkan serai, daun kesum, belacan skit, asam keping, garam & gula.

sawi goreng sos tiram
tumis bawang merah + bawang putih, masukkan sawi & sikit air..pastu masukkan sos tiram..sy masukkan ikan bilis skali..kalau nk masukkan udang kering pn boleh jg...

Monday, March 7, 2011

TIGA SUMBER SEGALA DOSA

0 comments
Nabi SAW bersabda:"Tiga hal yang merupakan sumber segala dosa, hindarilah & berhati-hatilah dengan ketiganya. Hati-hati terhadap keangkuhan, kerana keangkuhan menjadikan iblis enggan sujud kepada Adam & hati-hatilah terhadap tamak (rakus), kerana ketamakan menghantar Adam memakan buah terlarang, & berhati-hati terhadap irihati, kerana kedua anak Adam (Qabil dan Habil) salah seorang di antaranya membunuh saudaranya akibat dorongan iri hati." (HR Ibn Asakir melalui Ibn Mas'ud)

Jiwa kita selalu dibelenggu sifat riak/takabur bila kita miliki kelebihan, tak kira la samaada kelebihan dr segi ilmu pengetahuan, harta benda atau pangkat kedudukan. Waktu mcm ni la syaitan akan pasang perangkap dgn bisikkan kata-kata yang mampu jerumuskan kita ke arah tindakan yang buruk; mencela, menghina, merendahkan org lain..

Kita juga slalu melihat betapa rakusnya manusia pertahankan apa yang ada dalam genggamannya. Tak nak berkongsi nikmat yang Allah SWT berikan & tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia miliki apatah lagi nak bersyukur. Padahal Allah SWT menjanjikan dan ingatkan kita berulangkali bahawa sekecil mana  pun kebaikan yang kita buat, Allah SWT akan bagi ganjaran. ‎"Barang siapa yang mahu berbuat baik walau sebesar biji zarah pun Allah SWT akan membalasnya." (QS Alzalzalah [99]:7)


Sunber dosa yang ketiga; Dengki & iri hati ialah perasaan tak rela atau tak suka dengan kelebihan atau nikmat yang org lain dapat. Sanggup buat apa je tuk pastikan org yang ada kelebihan ni hancur musnah tak kira dengan apa cara sekali pun. Semua kebaikan yang selama ni diperolehi hilang macam tu je. Perbuatan baik jadi sia-sia bila dalam diri kita ada sifat iri hati.


Sebagai hambaNya yang dipinjamkan dengan nikmat yang melimpah ruah, kita seharusnya muhasabah diri dan berusaha untuk jadi hambaNya yang terbaik. Jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan  hati dan fikiran kita. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan memandu segala perbuatan tingkah laku kita.


Wallahu'alam.... =)

Friday, March 4, 2011

WANITA: SOLAT DI MASJID ATAU DIRUMAH?

0 comments
Kita memang dh sedia maklum tentang ganjaran pahala yang Allah berikan kepada mereka2 yang solat secara berjemaah.Sesuai dgn sabda Nabi Muhammad SAW "Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 darjat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi orang lelaki, hukumnya fardhu kifayah. Bagaimana pula dengan wanita...

Wanita lebih baik solat di rumah, tetapi Rasulullah bersabda "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita ke masjid bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya beri keizinan kepada isteri kalau isteri nak ke masjid. Walaubagaimanapun, ulama sependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dikalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." Wajib atasnya menjaga adab-adab Islam iaitu mengenakan pakaian yang menutupi auratya, menjauhi pakaian-pakaian yang tipis dan pakaian yang menampakkan lekuk tubuhnya kerana sempit, tidak memakai wangi-wangi, tidak ikhtilat dengan lelaki lain pada shaf mereka namun di belakang shaf mereka.

Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda:"Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".

Walaupun demikian, Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram".

Ini kerana solat di Masjid al-Haram mempunyai kelebihan beratus ribu ganjaran pahalanya. Daripada 'Atha' daripada Jubari bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Solat di dalam masjidku (Masjid an-Nabawi) adalah lebih baik (afdal) daripada masjid-masjid lain kecuali al-Masjid al-Haram. Dan solat di al-Masjid al-Haram lebih baik (afdal) daripada seratus ribu masjid selainnya."


Ada hikmahnya kenapa isteri tak digalakkan berjemaah di masjid. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan fitnah juga supaya suami lebih tenang dalam beribadat kerana tahu anak-anak terjaga dengan baik dibawah pengawasan isteri di rumah. Isteri masih boleh mengumpul pahala dengan mengalakkan suami ke masjid dan meyediakan pakaiannya. Isteri juga boleh solat berjemaah di rumah bersama anak-anak.


Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik masjid bagi perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka." (HR Ahmad)


Wallahu'alam...

DOA BERKAITAN SYARIAT RUMAHTANGGA

0 comments
Pergi satu majlis kenduri kahwin, tuan rumah bagi buku kecil yang menghimpunkan doa-doa untuk amalan bersama..share kat sini...=)

Doa ketika hendak berjimak
"Ya Allah, ya Tuhanku,hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)."

Doa mendapat anak soleh
"Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)."

Zikir untuk mendapat anak
"Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Membentuk."

Doa mengekalkan kasih sayang suami/isteri/anak-anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu sama lain.
"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan."
(Surah Al-Imran: 200)

Doa kasih sayang/pelembut hati suami/isteri/anak-anak
"Taha (Hai manusia). Tiada kami turunkan Al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."

Doa melindungi anak-anak daripada gangguan syaitan
"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat."


Doa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."


Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah SWT
"Ya Allah, janganlah Engkaupesonhkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."


Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga
"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."

Tuesday, March 1, 2011

MEE GORENG MAMAK & MEE BANDUNG

5 comments
jumaat lepas saya masak mee goreng mamak..en.F@riz tak minat sgt mee tapi sebab saya teringin sgt nak makan so, saya buat juga..tuk en.F@riz suh dia makan nasi..hehe..tapi malam tu dia makan juga mee ni skit..

mee goreng mamak
hari ahad en.F@riz duty..so, memang dh plan nak masak mee goreng mamak lagi tuk dinner..bahan2 semua ada lagi..tumis cili kering yang dh dikisar sama2 dgn bawang besar & bawang putih..masuk sos cili, masuk serbuk kari skit, kicap kipas udang..masukkan daging bersama air rebusan...udang bersama air rebusan...masuk kobis n sawi...banyak le plak kuahnya..igt nk tgu bagi kering skit...lambat plak terus saya campak je mee dlm tu..pecahkan telur..kacau2 kejap smpi telur masak..tutup api..dari mee goreng mamak terus jadi mee bandung...hehe.

mee bandung 
siap send mms kat en.F@riz...gedik betul...hahaha.

ASTRO FIRST - KHURAFAT

0 comments
dh tengok crita khurafat mlm td dgn en.F@riz..wayang kat rumah je..start tgk pukul 9.50..habis crita tu 11.10..ngantuk2 pun tgu jg sebab nk tgk dgn en.F@riz..tengok sorang2 xbest..huhu.
critanya ok la..nak kata seram sangat mcm yg disebut2 tu tak juga kot..mungkin salah satu sebabnya gmbr gelap..mcm mana rupa hantunya pun tak brapa jelas..hehe.
elok je nak lelapkan mata, tercium plak bau cat minyak..tah sapa yang tersangat rajin mengecat malam2 buta tu pun xtau la..takpun cat minyaknya tumpah..memang kuat sgt smpi naik pening kepala..en.F@riz yang dh tidur pun saya kejutkan sebab nak suruh dia cium gak...hehe.pagi ni bangun tdo, sakit kepala n pening2 lagi..
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez