Powered by Blogger.

Wednesday, January 19, 2011

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

2 comments

kisah ni saya dpt dr blog KISAH KEHIDUPAN KU yg juga berkongsi dr blog yg tak dinyatakan..just nk berkongsi semoga jadi pengajaran buat insan2 bergelar isteri...


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu
taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.
Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.

AWASI 10 GEJALA KEMURUNGAN

0 comments

  1. Rasa sedih melampau - slalu rasa sedih tnpa sebab yg munasabah..ttba je nangis..
  2. Perubahan dalam selera makan - sblm ni suka mkn..tp ttba dh xsuka plak..pdahal tu mknan febret...
  3. Bimbang atau resah - slalu sgt rasa ada benda yg tak kena..cepat je marah or hati berkocak.
  4. Sikap tak peduli - tak nak ambik tau apa2 pn..
  5. Kurang bertenaga - cepat hilang tenaga tuk lakukan sesuatu...
  6. Rasa tak berguna - slalu rasa bersalah & anggap diri tak berguna...
  7. Teragak-agak buat keputusan - susah tuk bt keputusan..rasa xyakin...
  8. Hilang minat - tak rasa seronok bila buat xtvt yg sebelum ni suka sgt buat..
  9. Rasa sakit yg tak dapat dijelaskan - sakit tapi tak tau nk terangkan rasa sakit tu mcm mn...
  10. Rasa nk bunuh diri - tak boleh hadapi kehidupan dan rasa bunuh diri adalah jalan terbaik tuk lepaskan diri dari masalah...
Kurangkan tekanan adalah antara cara utk selesaikan masalah kemurungan..sentiasa fikir +ve dan mnta pandangan or pndapat org2 terdekat...=)

ASTRO FIRST CHANNEL

0 comments
en.suami tnya nk tgk wayang x..sy jwb la nk..bestnya nk kluar..rupanya tgk wayang kat rumah...
mgu lps tgk crita aku masih dara...mgu ni tgk ngangkung plak..layan kat tv..hehe.bgus jg ada Astro First ni..xyah ssh2 nk g wayang..kat sndakan ni mmg ssh nk tgk crita melayu ditayang di pawagam (mmg xde tayang rasanya)..klu nk tgk jg kena cri dvd...

filem aku masih dara tu bleh tahan la..dr 10 bintang sy bg 5 je..tgk skali dh xrasa nk tgk lg..seksa btl tgk filem tu..huhu..tgk promonya mmg pakaian pelakonnya mcm xckup kain...blm babak berpeluk sakan..layan jg..tgk crita yg sengaja dikontroversikan dgn ayat2 trend remaja skrg...

filen ngangkung pn ok gak la..layan jg 3,4 kali sbb asyik ter'miss' part akhir..hehe.up skit sy bg 8 bintang..


TIP LANJUTKAN HAYAT TELEFON BIMBIT

0 comments
telefon bimbit @ handset mmg dh sinonim dgn gaya hidup kta skrg kan..klu dulu just org2 ttentu je yg mampu guna handset tp skrg bdk2 sekolah pn dh ramai yg ada handset sndiri..


makin canggih handset yg kta gn makin ssh la nk jg...ada handset yg sgt2 sensitif smpi jatuh skit pn dh 'hang'..inikan plak jatuh berkali2..kebanyakannya jg sensitif pada habuk & air..so, klu boleh elakkan la dr habuk n lembapan sbb litar dlm handset tu mudah rosak disebabkan hal2 mcm ni...
bersihkan juga handset dgn lap gn kain yg dh dibasahkan dgn sabun & air..tp kena jg2 juga sbb penggunaan bhn kimia yg mhakis, pelarut pembersih, serbuk pencuci or larutan pencuci yg kuat boleh rosakkan handset tu..klu ssh sgt cuci gn kain lembap pn dh ckup...
suhu yg tlalu tinggi pn boleh rosakkan komponen dlmannya...jgn gatal2 nk simpan handset dlm peti sejuk plak..or panaskan dlm microwave...hehe.
jgn cas bateri handset tlalu lma smpi bateri tu jd tlalu panas..ini antara punca yg pendekkan hayat bateri n menurunkan prestasinya..
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez