Powered by Blogger.

Saturday, May 28, 2011

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH

0 comments
Doa ni saya ambik dari PeRMaTa TerPeLiHaRa @ Lu'Lu' aLMakNuN..



Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku

Amin, Ya Rabbi Allamin…

MEE BANDUNG KESEPIAN

1 comments
memandangkan en.F@riz xde sbb belayar & mybe 1hb bru balik, so, saya tlh berposa dgn jayanya hari ni..Alhamdulillah...walaupun xbangun bersahur pepagi td tapi dpt juga perut ni bertahan..hehe.

sebagai juadah berbuka posa, dh plan nk masak mee..tp xtau nk masak mee goreng je ke, mee rebus ke, mee kari ke..mee goreng dh slalu sgt masak..mee rebus xbrapa minat..mee kari santan plak...akhirnya masak mee bandung je lah...saya bagi nama "mee bandung kesepian" sesuai dgn keadaan saya sekarang yang tengah kesepian ni...huhuhu..rindunya kat laki ku...=P

kuahnya memang agak kurang skit ye...mee je lebih...hihi.
kena plak dgn minuman febret teh ais..memang puashati..
 resepi mee bandung ni saya ambik dari SINI 


MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 biji bawang merah
3 biji bawang puteh
10 tangkai cili kering

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus1 paket udang kering ~ dimesin bersama kacang tanah
1/2 gram daging
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
air panas
1 sudu cuka 


1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili dan sos tomato.
** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, keluarkan dari periuk dan masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. 



xletak cili jeruk pn sbb xde bahan...

nanti bleh la buat lagi tuk en.F@riz...hihi


sebenarnya tadi ada buat apam nasi juga...resepi dari  myresepi.. tapi xnak share picnya sebab saya buat xcntik..malu nk tunjuk...tapi memang sedap..tak tau la kenapa tangan ni kalau bab2 mem'baking' or apa2 je la yang berupa puding or kek memang susah btl nk berjaya...rupanya selalu sangat tak macam yang diharapkan macam org lain buat...huhuhu..en.F@riz lagi pandai sebab kek pisangnya pernah dipuji oleh jiran sebelah sbb memang sedap la & naik cantik je...bila saya tunjuk skill hampeh..nk bagi jiran pn malu tau...sudahnya perabis masuk perut sndiri je...hehe.

tapi tangan ni la yg tanam pokok bunga kebangsaan kat bawah tu tau...pic laman rumah kat kampungku...asalnya pokok tu saya patahkan dr pokok jiran sebelah pastu tanam kat laman sendiri..xminta izin tuan pokok pn sebab tuan pokok xduk situ lepas kes dia kena rompak masa anak dia nk pegi sekolah pepagi..perompak tu siap bawa pisau lagi...lepas perompak tu blah bru auntie ni dtg bgtau abah saya..panggil auntie sbb jiran saya ni india..saya dengan tak bersalah berani patahkan sebab saya tau auntie tu tak kesah pn..hehehe.masa tanam tu still bujang lagi...kiranya pokok ni dh umur dlm 2thn or mybe lebih...

teringat plak lagu bunga raya tu...
bunga raya bunga kebanggaan..setiap warga di malaysia...hehe
kakak saya yang dengan baikhati mms pic ni kata bunganya ada la dlm 40 cmtu...gigih ni dia kira...bagus betul..haha

warna pink...cntik je tau...

p/s: sangat tak sabar nk tgu 14hb sebab nk terbang naik belon balik kampung wlupn ada brita sedih yang bru mak bgtau td...nti la update lain..




 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez