Powered by Blogger.

Tuesday, August 23, 2011

BALIK KAMPUNG...HOHOHO...BALIK KAMPUNG

1 comments
Seronok sangat sebab hari ni cik abang balik...dh 11 hari tak jumpa..Rindu..hahaha

Esok dh gerak balik kampung.1st time balik nak naik FIREFLY. Selalunya kami naik AirAsia. Tapi disebabkan last minute baru tergedik nak balik, haruslah tiket mahal. Tiket dlm lingkungan RM300++ smpi la RM900++ per person. Kalau ada promo pn flight malam.

Kebetulan Firefly dh start perkhidmatan dia tuk Sandakan - KLIA, jadi cuba la juga check flight kat firefly tu. Murah skit la daripada AirAsia. Memikirkan banyak lagi nak guna duit tuk raya nanti, kami tempah le tiket firefly je. Tapi memang banyak juga la buat research dlu. Ramai yang tak puashati sebab firefly suka delay flight. So, ganggu la jadual penumpang. Tapi ramai juga yang cakap ok, selesa & semua yang baik2 la.

Firefly ni katanya gegar agak kuat sebab flightnya kecik. Risau juga ni.Tapi kalau tak silap flight tuk penerbangan semenanjung berbeza daripada flight tuk Sabah & Sarawak. Agak besar skit katanya ala-ala AA juga. Harap2 cuaca ok esok.

Selesai bab flight, kena memikir transport dari KLIA ke Perak plak. Kami tak booking tiket bas pun sebab nk tengok keadaan kat KLIA tu dulu. Kalau LCCT memang tak kisah sangat la sebab dh biasa melepak kat sana. Lepas tu kena beli bekal tuk buka siap2 sebab dh tentu dh kena buka dalam bas. Dah la buka lewat kat semenanjung tu. Kat sini imsak pukul 4.35am, 6.20 cmtu dh buka pose. Tapi esok haruslah terlebih masa. Walaupun lambat 1 jam je tapi terasa oo.. Letih satu hal. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, semoga selamat sampai. 
Family saya tak tau lg ni yang kami balik raya tahun ni sebab saya cakap  kat diorg kami raya kat sandakan. Saja nk suprise skit..hahaha.Family mertua je yang dh tau awl2 lagi sebab tetiba mertua nk taja tiket flight balik kampung...kikikiki.




Sunday, August 21, 2011

SESUAI KE MUKA BULAT PAKAI SHAWL..

0 comments
minggu ni banyak menempel tgk shawl cantik kat butik2 kat facebook tu..dulu bila tgk org pakai shawl, nmpk cntik je tp xde plak teringin nk pakai.tapi ntah angin apa tetiba je terasa macam nk cuba la..hahaha.tambah plak shawl tu cantik.corak mcm2 dh.warna pn kalerpul..

kalau nk kata kena tulah sebab kutuk org pakai shawl rasanya xpernah plak saya kata apa2 sebab tu semua terpulang atas keselesaan kita kan..kan.

masalahnya muka saya ni bulat, jadi mcm tak sesuai je nk pakai shawl kan..nanti tambah2 bulat plak.tengok orang pakai punya la cntik tp bila sndiri pakai..huhuhu.kenapakah sangat merendah diri ni..haha

sebenarnya kes yang sama dengan tudung yang jenis sarung tu. dulu saya tak suka pakai tudung tu sebab tak nak nampak kebulatan muka saya.pernah try pakai tudung akak saya dan hasilnya dpt pujian dri dari cik abang..

"tak cntik la syg pki tudung tu, muka nmpk bulat."

ayat tu buat membatalkan hasrat tuk pakai tudung jenis sarung ni...hihi

lepas tu tetiba rasa nk beli tudung sarung sebab senang nk pegi buang sampah ke, pegi beli lauk kat bawah..xyah la sesusah nk pakai kerongsang bagai..haha.

kebetulan jiran bawah tu ada jual tudung..hubby pn suruh saya pegi tengok2.time saya tengah sibuk masak plak tu..tapi bukan setakat tengok je..2 helai saya ambik.sehelai rm35..haha.ambik 2 dh rm70..saya ckp kat cik abang.. 

"abang la ni suruh sayang pegi tengok, kan dah beli smpi 2 ni"

kikiki..padahal sndiri yang gedix.

kesannya kemana pn keje nk pakai tudung tu je. sekali lagi dapat pujian.

"suka la pakai tudung tu..dh tau muka tu bulat, lagi tambah bulat ada la"
"ala, senang la abg, sarung je.nanti sayang pakai tudung lain abang kena tunggu lama plak"

rasa berdosa plak sebab buat benda yang dh tau suami tak suka..huhuhu.

tapi lama2 dia sndiri mengakui keayuan saya pakai tudung tu, walaupun nmpk bulat tapi sweet je..kahkahkah.mak perasan btl la.

ni la muka perasaan sweet tu..pic haruslah snap sndiri.

tak lama lagi ada la entry bru update pakai shawl plak...hahahaha








MENULIS DI ATAS PASIR DAN BATU

0 comments
Ada sebuah kisah  tentang sepasang suami istri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang  diherdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Istri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan diselamatkan suaminya. Ketika dia mula sedar dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.


Suami bertanya  : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Istrinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku boleh melupakannya... Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak akan hilang ditiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."

Dalam hidup ini selalu wujud perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Kadang2 menyakitkan, jadi cubalah  untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Apa yang penting..

"Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."

Semoga kita semua mengerti betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.



Friday, August 19, 2011

SEJUKK.....

0 comments
Tak tau knapa malam tadi tengah online sambil layan tv, tetiba je badan rasa sejuk sgt.Padahal kipas tak ON pn..terus masuk bilik ambik comforter, selimut badan tp still juga rasa sejuk.Sangat  tak selesa kalau sakit time cik abg xde..Kalau cik abg ada bleh gak manja2 minta picitkan kepala ke. Bila sesorang ni ko layan la sendiri.

Tido malam td memang tak berapa nk lena.Asyik terjaga je.Rasanya 5-6 kali juga la. Badan memang rasa lemah sangat. Alarm bunyi pukul 3.30 trus bangun panaskan lauk tuk sahur.Tapi yang tak best semua yang dimakan rasa tawar je..huhu.Paksa juga makan.Sebabnya dari awal pose lagi walaupun dh sahur pepagi perut ni rasa pedih je.So, kalau tak makan sahur kang mau nya pengsan...huhuhuhu.Macam budak2 betul la.

Sekarang pn kepala rasa berat sangat ni tapi gagahkan juga sebab tak nak layan sangat sakit ni.Kang kalau dilayan memang apa pn tak boleh.


Thursday, August 18, 2011

SAYA SELALU DITINGAL-TINGGALKAN

0 comments
Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-18 puasa.Dalam tempoh 18 hari ni, baru 4 kali dapat buka puasa sesama dgn cik abang..huhu.Sekarang cik abg tengah belayar.Insyaallah 23hb bru balik.

Tapi saya bersyukur sekurangnya Allah bagi juga peluang tu kat saya.Ce bayang isteri-isteri yang terpaksa duk jauh dari suami.Contoh kawan saya sorang ni .Dari 1st puasa lagi dh terpisah dr suami dia.Dah la tengah pregnant (Insyallah bln 9 due).Dia kata sedih sangat bila jejalan kat bazar orang tengok je macam dia takde suami.

Saya ingatkan dia yang Allah tak pernah abaikan pengorbanan kita. Besar pahala yang Allah bagi pada isteri-isteri yang tunggu kepulangan suaminya.Sambut dengan senyuman & layan suami dengan sebaik mungkin.Lagi kita sabar lagi banyak ganjaran yang Allah bagi kat kita.

Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.Patut la suami saya selalu sangat tinggal saya..hahaha.Aduyaii..

Perasaan pertama kali ditinggalkan cik abang yang memenuhi tuntutan keje dia lepas hampir dua tahun kawen memang tak terkata.Sedih sangat..huhu.Duk rumah sorang2.Seriusly..kerap sangat nangis bila dh rasa bosan.Bila cik abang tau memang dia risau gila la.Dia selalu ingatkan saya jangan tension.Banyakkan sabar & layan je. Apa yang saya buat, tiap kali teringatkan dia saya akan peluk baju dia (kikiki) & doa semoga Allah bagi kekuatan pada kami berdua tuk hadapi dugaanNya. Saya percaya ada hikmahnya.Saya rasa sejak kerap terpisah ni rasa rindu-rinduan tu makin kuat, masing2 lebih terbuka, komunikasi pun makin baik.Selalu sangat luah perasaan walaupun just dlm sms je.Ye la kan, kadang2 ada benda yang macam susah skit nk ckp depan2.takut xdpt kawal emosi.Dah le saya ni sensitip terlebih..hahaha.

Ada juga orang kata kalau sayang isteri jangan tinggal-tinggalkan. Sebabnya takut nti isteri cari lelaki lain yang boleh kepit dia 24 jam.Bukan sikit kes isteri curang bila suami takde.Pada saya semua terpulang pada diri kita sndiri.Sebagai isteri kita kena pandai jaga diri.Bukan setakat jaga maruah kita je, tapi kena jaga juga  maruah suami & keluarga kita. Kalau kita buat apa2 yang buruk, orang takkan tanya "sapa dia tu?", tapi orang akan tanya "isteri sapa tu?". Dengan suami kita sekali dpt nama..hihi.

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan kita sndiri... =)

mood cute2 macam bear..haha






Wednesday, August 17, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

0 comments
ni menu buka pose semalam..gara2 tgk kuali oh kuali kat tv3 yang tunjuk cara2 masak asam pedas, rasa teringin pulak nak makan..tu yg beli bahan2 semua..tapi apek sayur xbawa daun kesum la.bunga kantan pn xde.jadinya agak xbrapa nk lengkap jg la.tapi still sedap..ecehh, puji sndiri..hahaha

resepi asam pedas ni ambik dari myresepi..kebetulan resepi tu mmg tak letak cik kesum + cik kantan..mmg kena tema btl la..

abaikan kecomotan kat tepi tu sbbnya dh mkn bru teringat nk snap..hihi

memang suka la..1st time masak asam pedas ni..rasa mcm nk asam pedas ikan pari, tp bila ingat balik kenangan buruk beli ikan pari kat pasar dlu tu dh tawar nk beli..kalau nk pn beli dh siap masak la kot..

layan juga gambar roti jala..pn percubaan pertama.Alhamdulillah cik abg kata sedap.Tu yang penting



p/s: hari ni menu berbuka masak nasi goreng je..=)





Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS BUKA POSE

0 comments
berbuka pose kat hotel sabah smlm..sebabnya ada majlis buka pose untuk smua ahli keluarga KD YU..open air lg..Alhamdulillah xhujan time tu walau nmpk cuaca mcm mendung je dgn angin yg sepoi2 bahasa..ecehhh..haha

puas gak la mkn2..mcm2 ada.biasa la bila dh mkn kat hotel haruslah bufet..mkn le apa ko nk mkn.Agak2 dh letih melantak, bleh terjun dlm kolam renang..haha. oh ye..bercerita psl kolam renang,sesampai je kami dh di sambut dgn pemandangan yg agak mengurangkan pahala pose..puas gak la menjaga pandangan..habis dh meja ko sblh kolam renang harus la ko ter'tengok' kan..haha

duduk semeja dengan bujang2 lapok, jenuh nk tahan gelak tau..ada je lawak diorg..harus masuk raja lawak la.saya sorang je pmpn kat meja tu..cik abg la ni yg pilih tempat.smpaikan ada pegawai tegur..

"ni semua geng bujang..ni makcik sapa?"

*makcik tu merujuk pada isteri la ye...

tp mybe pegawai ni still ingat muka isteri anak buahnya ni sbb pernah terserempak masa melawat KD Mahawangsa..makanya dia sndiri yang jawab soklan dia tadi..huhu.sy just angguk je..hihi

lps mkn2, solat maghrib semua..sesi bagi duit raya plak..hihi.

pastu sapa nk sambung melantak pn bleh..

sebelum balik, pakat2 ambik gambar reramai ye..semua nk cepat sebab masa tu angin dh kuat sesangat  & ondaway balik tu hujan turun dgn lebatnya..


Thursday, August 4, 2011

BERBUDI PADA TANAH

4 comments
Baru berjinak2 dengan hobi baru, tanam pkok..tapi tak banyak pn 4 pasu kecik je..asalnya beli pasu & tanah sebab nak tanam pokok lidah buaya..anak pokok lidah buaya tu saya import dari rmh mak kat perak.jauh tu..kiki.Alang2 beli pasu, xkan nk beli 1 je, beli la lebih skit. Lepas tu beli benih pokok bendi.



Sebab musabab tanam pokok lidah buaya ni adalah nk ambik lendir dia sapu kat kepala.Bagus tuk suburkan rambut ni. Bleh juga sapu kat bulu mata bagi panjang skit...hihihi.

Pasu kedua, tanam pokok bendi la..kan dh beli benihnya...


50 ke 55 hari lepas tanam dh bleh tuai..lama lagi nk tgu ni baru bleh makan buahnya..kiki


Daun bawang...bleh la potong bila masak sup ke...hihi


Selain tu, tanam pokok cili api..hihi. Dalam pasu ni juga ada kunyit tu kat dalam tu, tapi lama bebenor tunggu xkluar2 pn tunasnya tu yang tanam cili tu...haha.Agak tak sabar nampaknya ye.. =P


Itu je la pokok2 yang saya tanam setakat ni.. Ingat nk tanam pokok pandan & daun kari plak nti..




HARI NI HARI KE- 4 PUASA

0 comments
Dah subuh pn..hr ni bersahur dengan lauk buka pose semalam je..menu yg sama.sambal sotong, ayam goreng kfc & air soya cincau..tak dilupakan kuih cara.

Berbuka semalam dengan cik abg...jadi agak excited smpi tak ingat langsung nk snap gmbr menu berbuka..dh 3 hari posa bru malam td dpt bka posa sesama..mana  tak excited..hihihi

Lepas solat maghrib, cik abg trus gerak g tempat keje balik..mulanya dia nk tunggu Isyak tp tengok kat luar mcm nk hujan je dengan angin yang kuat,jadi kluar awal takut kena hujan tetengah jalan.

Ok lah..dh azan subuh..nk solat dulu.. =)


Wednesday, August 3, 2011

SAYA YANG KE'PENING'AN

0 comments
Saat ini kepala tengah pening2 lalat..mungkin sbb xcukup tdo..hihi.mlm td pkul 1.30 bru tergedik2 nk tdo..awl2 tu on9 fb..pastu bila terbaca status kwn ku psl solat terawih trus terasa nk solat terawih plak..walau lebih afdal solat terawih secara berjemaah, saya agak segan tuk tunjuk muka kat surau sbb kaum adam yg sangat ramai..lgpun cik abg ku xde, jd rasanya lebih selesa tunaikan kat rumah je seseorang..mudah je kan..hihi
Wktu tu dh pkul 12 lebih..jgn risau, solat terawih bleh dibuat selepas solat isyak hingga la sebelum subuh..

Alarm jam berbunyi pkul 3.30am tp kesan tdo lambat, saya dgn tanpa rasa bersalah pejam mata balik lps tutup alarm, kekonon nk tdo2 ayam..hasilnya bangun secara mengejut pada masa jam menunjukkan pukul 4.16am..trus kelam kabut pegi dapur..asalnya nk mkn nasi..tp macam ambik masa je jadi saya mkn bihun sup..gila pelahap saya makan sebab nk kejar wktu imsak pkul 4.33am dan waktu subuh 10 minit kemudian..Alhamdulillah sempat..minum 4 gelas air sebab kepedasan sambal kicap yang dimasukkan dlm bihun sup tu..pagi ni asyik ulang alik ke toilet je..huhu.

Lepas solat subuh, tak nak tdo jadi trus on laptop dan tv..tv just peneman je sebab saya tak tengok pn..fikiran  lebih kepada laptop depan mata..

Pagi tadi sms cik abg minta izin tuk turun bawah beli buah tomato sebab rasa macam nk masak sweet n sour tuk berbuka nti...sekaligus buang sampah yang dh penuh dlm plastik..cik abg kata dia balik agak lewat hr ini dan mungkin juga tak balik sebab alang2 je nti pukul 3 nk kena pegi semula..hari ini Mail sayur bawa sotong besar bersamanya..jadi saya telah beli sotong tersebut sebanyak 1/2 kilo @ rm3.50...dalam kepala otak dh terbayang nasi lemak sambal sotong manakala menu sweet sour telah di pospon sbagai juadah tuk esok je...kikiki

Sekian...saya nk tdo sebab kepala saya makin pening..rasa nk uwekkk tp cuba tuk bertahan sebab saya nk puasa hr ni... =P

Tuesday, August 2, 2011

MENU BERBUKA PUASA 2 RAMADHAN

0 comments
Hari ni buka pose makan nasi goreng kosong + ayam goreng ala2 kfc + sup ayam...air teh ais.. =)


siap sedia dihidang tuk di ngapp..


nasi goreng

sup ayam jiran ku bagi

ayam goreng ala2 kfc

teh ais


Alhamdulillah..syukur atas rezeki hari ni... =)






MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADHAN

0 comments
masa taip entry ni, saya tengah tgu services team dtg repair mesin basuh saya..dh lama dh rosak tp baru sekarang nak repair.elok je habis warranty dia nk rosaknya pn..huhu. mgu lps cik abg belikan mesin basuh baru tp mcm sayang plak kat mesin basuh lama tu sbb body cntik lg kan  sebab tu ambik keputusan untuk panggil org repair..

semalam cik abg duty, jadinya menu buka pose saya simple je..masak bihun sup..then cik abg ada belikan kuih muih sikit sebelum dia pegi keje..



 yg dh letak kuah sup lpa plak nk snap..dh masuk mulut bru le teringat...kiki


kuih muih dr bazaar ramadham RKTLDM


ditemani juga dgn air tropicana twister (air febret adik bongsu saya)
gambar twister ni ehsan en.google


Alhamdulillah..selesai pose hari pertama...=)

Monday, August 1, 2011

CERITA PETANG SEMALAM

0 comments
Petang semalam, dgn tak mkn tengahari lg cik abg ku bawa pegi tgk kapal KD Mahawangsa yg tengah open tuk public dtg melawat.


Kapal ni berpengkalan kat TLDM, Lumut. Datang sini sempena Karnival 1MINDEF 23 & 24 Julai lepas. Sebelum ni diorg pegi Kota Kinabalu dlu ada event dgn Menteri Pertahanan.Lepas tu pegi Tawau.Lps tu baru la singgah Sandakan.Memandangkan masa diorg open mgu 1st ramai sangat orang berpusu-pusu datang, jadi hari sabtu & ahad td diorg open lg..Minggu 1st tu je dekat 12 ribu juga yang dtg.

Bukan senang tau nk dpt peluang naik kapal TLDM ni.Nak kena tunggu ada event besar baru diorg akan open.Kalau tak tgk dr kejauhan je la.Selain drpd tgk2 apa yg ada, dpt juga tmbh ilmu.



Yang baju putih biru tu salah sorang warga Mahawangsa.Kawan cik abg @ kulaan..hihi.
Habis tiap ceruk kapal dia bawa kami. Sampai ke stor barang tu. Kalau ikutkan stor segala bagai tu memang xleh masuk tapi sebab cik abg saya kan navy juga, jadi ada kelonggaran skit la kot..huhu. Bagi isteri2 navy ni kenal skit tempat keje laki mereka..=P



habis saya halau org2 yg duk lepak kat area ni sbb saya nk ambik gmbr sesorang je..xnak reramai..hihi. Tak la..saya tak la xde la sejahat tu nk halau org..diorg sndiri yg faham2 trus blah dr situ..lps saya dh ambik gmbr diorg lepak balik kat situ..


kat bahagian depan kapal


baik punya penerangan


ada ke kwn saya tnya bru lps gunting rambut ke..hihi..gara2 krusi kat tepi tu la..jgn main2 wehh. tu krusi pegawai memerintah @ CO kapal tu..jgn sesuka hati nk duk kat krusi tu..hihi


kat bahagian belakang

bila tgk balik gmbr kami kat kapal ni, bru saya prasan.rupanya gaya saya ngan cik abg ni asyik sama je..dh xde gaya lain ke..dia peluk bahu saya, saya peluk pinggang dia..tu je la gayanya..kikiki,bila saya ckp kat cik abg, jawapannya "habis tu nk buat gaya mcm mana lgi"....kikiki


ni kapal tempat keje cik abg, KD YU..lps melawat kapal besar, cik abg bawa melawat kapal kecik dia plak. KD YU ni tak open tuk public..thn lps masa navy day diorg buka la.tapi masa tu cik abg still keje kat base lagi..

Dah penat ronda2 tgk kapal, trus pegi beli barang plak..cik abg belayar lama kan , jadi banyak le barang dapur yg dh kehabisan..hihi.Bukan tak nak beli sndiri, tp malas nk angkut banyak2..dengan cik abg senang.aku bawa 1 beg plastik je.yang lain dia angkut..hihi

cukup le tuk kali ni.. =P


ENTRY 1 RAMADHAN

0 comments
Alhamdulillah dipanjangkan umur tuk sambut ramadhan lagi tahun ni..

Wahh..entry pepagi buta ni..tgh best membuta td, hset bunyi plak..tgk jam 3.36am..dgr ringtone pn dh tau siapa yg call..

"dh bngn ke syg"
"baru nk bngn..hihi"
"owh..g la sahur"
"ha..ok"
"ok..ok..tah2 tdo blk ni..hihi"
"eh..x la.."

Terus bngn g dapur cri benda makan..

Memandangkan cik abg ku duty..jadi sahur & buka hari ni seseorang je..makanya, tuk sahur pagi ni saya just makan sebiji epal n air 3 cawan..hihi.Ingat nk juga la masak nasi sesiap mlm td so, senang le pagi ni bngn just goreng telur je, tp sibuk bebenor berfacebook smpi lpa..tdo pn awl mlm td sbb ptg smlm bersuka ria g melawat  kapal mahawangsa yang dtg dr lumut..

Dengan epal kat tangan ,on tv..on laptop... on9 facebook..trus ternmpk post kak ANA SUZANA..ada entry bru la..tp kenapa xleh nk sign in..untuk pengetahuan, kak ana dh privatekan blog dia, so, org yg di invite je bleh baca..dgn kesedihan sbb xdpt nk sign in, komen la kat post tu..akhirnya, saya bru je lps baca entry terbaru tsebut..hihi.mknanya dh bleh msuk la..

kat sni dh azan subuh pn..jd saya dh xleh mkn la..mereka2 kat semenanjung sure duk tung tang tung tang masak lg ni..kami kat sni 4.30 dh imsak...

teringat posa thn lps..balik raya..sahur kat sni kul 4.00..smpi semenanjung kelaparan la tgu waktu buka 7.30..buka dlm bas plak tu..klu ikut wktu buka sabah, 6.30 dh bleh mkn dh..kiki.tp dh ada kat semenanjung, kena ikut time kat sana la..

 selamat berpuasa..semoga Allah permudahkan segala urusan kita.. =)











 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez