Powered by Blogger.

Friday, December 3, 2010

Tip kuruskan badan

0 comments
Memandangkan badan ni dh semakin 'bulat' bak kata suami saya, tetiba rasa nak kuruskan badan. Berikut 10 tip untuk kuruskan badan dengan cara pro..tip ni saya dapat dr blog petua sejagat.

1. Tetapkan matlamat untuk kurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tapi jangan terlalu memaksa kalau tak mencapai sasaran awal. Kalau dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat  untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.Bagi yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan minum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan setiap hari.
Contohnya:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri supaya makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan rehat yang cukup. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Boleh ke nk ikut 10 tip ni..=)

Panduan kira waktu subur

0 comments
Senang je rupanya kalau kita nak tahu waktu subur kita. Panduan ni boleh digunakan untuk mereka2 yang nk anak or nk rancang anak.

Caranya:
Tempoh kitaran period - 14 = hari subur

Contoh; kalau tempoh period 28 hari, so, 28-14=14. hari ke-14 tu la waktu subur..kalau tempoh period 30 hari, 30-14=16.jadi hari ke-16 tu la waktu subur. Bagi yang nak anak, seeloknya bersama sebelum hari subur tu. Bagi yang rancang, elakkan waktu subur anda.

Untuk yang agak2 malas nk kira sendiri, boleh juga kira secara online..KLIK SINI.

Petua Suami Isteri

0 comments
63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Kedudukan rahim ke belakang

5 comments
KEDUDUKAN rahim ke belakang atau 'tilted uterus' atau 'retroverted uterus' didapati berlaku kepada 20-30 peratus wanita yang mana sebahagian besar daripadanya tidak tahu yang dia mempunyai kedudukan rahim yang sebegitu kecuali dia telah menjalani pemeriksaan 'pelvik' dan doktor yang memberitahunya.

Kebiasaannya kedudukan rahim ke depan. Ketika tumbesaran rahim berlaku rahim yang ke belakang sepatutnya bergerak ke depan tetapi sebaliknya kekal dengan posisi ke belakang. Jadi untuk sebilangan besar wanita kedudukan rahim ke belakang ialah perkara semula jadi dan tidak perlu dipulihkan.

Ada juga wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang selepas bersalin. Ada juga wanita yang kedudukan rahim ke belakang akibat penyakit endometriosis atau lekatan tisu (adhesions) yang menambat rahim ke belakang! atau akibat ketumbuhan fibroid.

Wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang akan dapati air mani suaminya tidak kekal dalam faraj walaupun mereka membuka peha dan melegakan pembukaan faraj, air mani masih keluar. Ini kerana bahagian dalam faraj tertindih oleh rahim yang berkedudukan ke belakang. Ini mungkin sebab wanita itu gagal mencapai kehamilan!

Keadaan ini boleh diubah dengan memposisikan badannya secara menyujud rahim akan beralih ke depan dan sekiranya hubungan kelamin dilakukan dengan memasukkan zakar dari belakang, air mani akan kekal dalam faraj. Wanita itu boleh berubahkan posisi dari menyujud kepada mengiring beberapa minit kemudian.

Posisi rahim ke belakang tidak boleh diubah melalui urut kerana otot yang terlibat ada di dalam dan tidak sampai untuk mengalihkannya. Ada sesetengah pakar urut barat menyarankan wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang melakukan senaman seakan akan menyujud dan kononnya rahim akan kembali ke depan. Tiada kajian yang dibuat tentang ini. Posisi rahim hanya boleh diubah melalui pembedahan yang mana kaedah ini tidak lagi disyorkan kerana risiko kecederaan dalaman.

Wanita yang mendapati posisi rahimnya ke belakang tidak perlu buat apa apa persediaan atau persiapan mengenai hubungan seksual, iaitu dia boleh lakukan hubungan kelamin bila-bila masa tetapi ketika dia dalam keadaan subur dia perlu melebihkan hubungan seksual melalui posisi belakang.

Dpenghujung 2010

0 comments
3 Disember 2010..hari ketiga dlm bulan terakhir 2010 ini. Cuma tinggal 28 hari sebelum kita akan melangkah ke tahun yang baru 2011..pastinya tahun ni membawa berjuta kenangan pahit manis yang akan sentiasa diingati.
Tahun ini ada yang baru berkahwin. Menjalani kehidupan sebagai seorang suami atau isteri. Saling melengkapi antara satu sama lain. Ada juga yang baru mendapat cahayamata menjalani kehidupan sebagai suami, isteri, ayah dan ibu. Juga mungkin ada yang baru mendapat pekerjaan menjalani rutin harian yg sudah pasti berbeza dari sebelumnya. Bangun seawal pagi berbekalkan kerja yang bersilih ganti dan hujung bulan yang membawa kepuasan. Bagi yang menghadapi tahun2 akhir bergelar pelajar, masa untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh cabaran dan dugaan yang lebih besar. Rentetan pengalaman yang akan lebih mematangkan.
Bagi saya, tahun ini boleh dikatakan tahun pelangi buat saya. Tahun yang dihiasi pelbagai warna. Tahun pertama manjalani kehidupan sebagai isteri di rumah sendiri sebab sebelumnya tinggal bersama mertua. Rajin memasak. Menjadi perantau di negeri bawah bayu sebab mengikut suami yang bekerja. Mendapat jiran baru. Menghantar berpuluh permohonan kerja yang menghampakan. Keinginan menjadi ibu yang belum dimakbul. Bergelar cikgu pada anak-anak murid yang pelbagai ragam. Pertama kali menyambut raya korban berdua bersama suami tanpa keluarga sebab tak balik kampung. Sebelumnya menyambut raya puasa sedondon dengan suami bertema biru..Tahun aktif berfacebook,pasif berfriendster..2 kali mohon KPLI tapi still xberjaya tuk temuduga...dan macam2 lagi...=)
Alhamdulillah, semua saya lalui dengan kasih sayang suami dan lebih penting lagi kasih sayang dari ALLAH..Dengan kekuatan, ketabahan, kesabaran yang dibekalkan saya mampu untuk hadapi kisah hidup saya. Alhamdulillah juga ALLAH panjangkan umur saya untuk terus menikmati keindahan ciptaanNya. Dunia ini luas. Masih banyak untuk diterokai dan dihargai. Masih banyak untuk dipelajari dan dihayati..
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez