Powered by Blogger.

Thursday, December 6, 2012

JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

0 comments
Wanita zaman sekarang dah jauh beza dengan wanita dulu. Salah satu yang berbeza...Dulu, orang perempuan lebih sinonim duk kat rumah jaga suami dan anak-anak. Jaga rumahtangga. Tapi perempuan sekarang lebih suka bekerja samaada tuk hilangkan bosan duk rumah, nak ada duit poket sendiri & tolong tambah pendapatan keluarga.

Saya seorang suri rumah. Sebelum ni saya pernah buat part-time ajar tuisyen, mengasuh. Tapi tetiba rasa macam nak buat sesuatu yang lebih lagi. Sesuatu yang boleh jana pendapatan lebih & pada masa yang sama bleh duk rumah uruskan makan minum & keperluan my husband.

Cara yang paling efektif pada saya adalah berniaga secara online. Dah ramai suri rumah yang berniaga sambil riba anak. Sambil lari pegi dapur buat air tuk suami. Opps...perlu ke lari. Setakat air, buat sendiri la bang. Ehh...tak boleh mcm tu. Kena tolong buat juga baru berkat.



Ok, dah ada misi nak berniaga online. So, sekarang kena fikir nak berniaga apa. Baju bajan ke?Pinggan-mangkuk ke?Aksesori ke? Kasut ke? Ke nak berniaga semua sekali. Fikir betul-betul. Kena pilih objek yang sentiasa akan dibeli tak kira masa.

Dah dapat keputusan, kena la ada modal & sumber nak dapatkan produk dari mana. Mana nak cari. Takpe, sekarang dah banyak peluang tuk jadi agen dropship dengan erti kata lain, jadi orang tengah. Promosikan barang, order pada company, bayar & company yang akan hantar. Tak payah susah simpan stok or pegi pos. Hasilnya kumpul buat modal.

Plan dah ada dalam minda..tinggal nak laksanakan je. Semoga berjaya.




 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez