Powered by Blogger.

Sunday, May 29, 2011

MATINYA SI IKAN LOHAN

1 comments
Mood balik kampung dh ni...tp agak sedih skit la..

Masa balik raya posa thn lepas, saya ngan en.F@riz ada la beli 2 ekor ikan lohan..sekor bagi family saya bela, sekor lg bg family en.F@riz bela..sebabnya nk bawak balik sandakan xboleh..binatang peliharaan kan xleh bawak naik flight..hehe..nk beli kat sini mahal kot..pdhal ikannya kecik je pn..
kat semenanjung bru rm10 - rm15..

Beberapa hari lepas balik sandakan, adik ipar saya merangkap adik en.F@riz sms bgtau ikan lohan yang diorg jaga tu dh mati...owh..xpela sbb still ada sekor lagi kat rumah family saya..tepon rumah je msti tnya psl ikan...siap suh kakak saya mms gmbr terbaru lagi..wah...makin cntik...bongol dh nmpk..

saya ngan en.F@riz pnya la xsabar2 nk balik sebab nk tgk ikan tu depan mata...sebelum ni asyik tgk gmbr je kan..tapi sayangnya tinggal 2 mggu je lagi nk balik, mak saya bgtau ikan tu bru je mati...patut la asyik nyorok je mak saya kta..pastu dh xde nk main kejar2 mcm selalu..rupanya dia sakit...huhu..nampaknya memang xde rezeki saya ngan en.F@riz nk tgk live ikan tu lepas nk dekat 9 bulan jg la ikan tu ditinggalkan..sedih sebab ikan tu dh besar kot..wlupun bukan kami yang bela tp sayang la..huhu

ni la ikannya...ada bnyk lagi sebenarnya pic ikan ni...tp ada dlm hset en.F@riz

bila post kat wall fb, kwn saya kta ikan ni sakit sebab terantuk sebab dahi ikan tu benjol tu kan..huhu..aah..yela tu..pendarahan dalaman agaknya...huhu.








Saturday, May 28, 2011

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH

0 comments
Doa ni saya ambik dari PeRMaTa TerPeLiHaRa @ Lu'Lu' aLMakNuN..



Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suamiku

Amin, Ya Rabbi Allamin…

MEE BANDUNG KESEPIAN

1 comments
memandangkan en.F@riz xde sbb belayar & mybe 1hb bru balik, so, saya tlh berposa dgn jayanya hari ni..Alhamdulillah...walaupun xbangun bersahur pepagi td tapi dpt juga perut ni bertahan..hehe.

sebagai juadah berbuka posa, dh plan nk masak mee..tp xtau nk masak mee goreng je ke, mee rebus ke, mee kari ke..mee goreng dh slalu sgt masak..mee rebus xbrapa minat..mee kari santan plak...akhirnya masak mee bandung je lah...saya bagi nama "mee bandung kesepian" sesuai dgn keadaan saya sekarang yang tengah kesepian ni...huhuhu..rindunya kat laki ku...=P

kuahnya memang agak kurang skit ye...mee je lebih...hihi.
kena plak dgn minuman febret teh ais..memang puashati..
 resepi mee bandung ni saya ambik dari SINI 


MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 biji bawang merah
3 biji bawang puteh
10 tangkai cili kering

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus1 paket udang kering ~ dimesin bersama kacang tanah
1/2 gram daging
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
air panas
1 sudu cuka 


1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili dan sos tomato.
** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, keluarkan dari periuk dan masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. 



xletak cili jeruk pn sbb xde bahan...

nanti bleh la buat lagi tuk en.F@riz...hihi


sebenarnya tadi ada buat apam nasi juga...resepi dari  myresepi.. tapi xnak share picnya sebab saya buat xcntik..malu nk tunjuk...tapi memang sedap..tak tau la kenapa tangan ni kalau bab2 mem'baking' or apa2 je la yang berupa puding or kek memang susah btl nk berjaya...rupanya selalu sangat tak macam yang diharapkan macam org lain buat...huhuhu..en.F@riz lagi pandai sebab kek pisangnya pernah dipuji oleh jiran sebelah sbb memang sedap la & naik cantik je...bila saya tunjuk skill hampeh..nk bagi jiran pn malu tau...sudahnya perabis masuk perut sndiri je...hehe.

tapi tangan ni la yg tanam pokok bunga kebangsaan kat bawah tu tau...pic laman rumah kat kampungku...asalnya pokok tu saya patahkan dr pokok jiran sebelah pastu tanam kat laman sendiri..xminta izin tuan pokok pn sebab tuan pokok xduk situ lepas kes dia kena rompak masa anak dia nk pegi sekolah pepagi..perompak tu siap bawa pisau lagi...lepas perompak tu blah bru auntie ni dtg bgtau abah saya..panggil auntie sbb jiran saya ni india..saya dengan tak bersalah berani patahkan sebab saya tau auntie tu tak kesah pn..hehehe.masa tanam tu still bujang lagi...kiranya pokok ni dh umur dlm 2thn or mybe lebih...

teringat plak lagu bunga raya tu...
bunga raya bunga kebanggaan..setiap warga di malaysia...hehe
kakak saya yang dengan baikhati mms pic ni kata bunganya ada la dlm 40 cmtu...gigih ni dia kira...bagus betul..haha

warna pink...cntik je tau...

p/s: sangat tak sabar nk tgu 14hb sebab nk terbang naik belon balik kampung wlupn ada brita sedih yang bru mak bgtau td...nti la update lain..




Friday, May 27, 2011

HALO MATAHARI

2 comments
Rupanya hr ni terjadinya fenomena halo..saya xtau pun...adik ipar post kat wall dia bru le tau...hehehe



Menurut Wikipedia Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari dan Bulan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.Apabila nk halo ni , pastikan mata kita dilindungi drpd pancaran cahaya matahari. Jangan pandang terus or lelama.Nak ambik gmbr pn kena hati2 sebab bahaya kot...

hati2 tgk pic kat bawah ni...kikikiki



patut la xleh tgk terus & lelama...tgk gmbr ni pun dh sakit mata kot.....huhu

p/s: gambar ambik dr fb adik ipar ku...




USTAZ KAZIM - JANGAN MENGELUH..BERDOALAH

0 comments
Jangan mengeluh bila kita menghadapi kesulitan tetapi lakukanlah
hal berikut ini. Tutuplah mata kita, tarik nafas panjang, tahan
sebentar dan kemudian hembuskan perlahan-lahan dari mulut kita, buka
mata kita, tersenyumlah dan pikirkanlah bahwa suatu hari nanti kita
akan bersyukur atas semua yang terjadi pada saat ini...



PETIKAN RANCANGAN 'TANYALAH USTAZ' TV9

Rasulullah SAW berkata" Kalau kamu menjaga Allah, Allah akan menjaga kamu. Kalau kamu memelihara Allah, nescaya kamu akan mendapati Allah akan menolong kamu. Bila kamu bermohon, bermohonlah kepada Allah. Kalau kamu ingin meminta bantuan, meminta pertolongan, meminta manfaat, mintalah kepada Allah. Ketahuilah, kalau seluruh umat manusia berkumpul untuk menolong kamu, jika Allah berkata tidak, maka tiada siapa dapat menolong kamu"

Kalau diberi ujian oleh manusia, dihina, dikeji, tidak dinilai kebaikan yang kita berikan, relax, tenang sbb kita lakukan kerana Allah. Sabarlah kerana Allah menilai kita. Musibah yang menimpa kita, adalah penghapus dosa, menaikkan darjat dan memberikan pahala. Bila ditimpa ujian; sabar,solat, dan doa serta yakin kepada Allah SWT.

Thursday, May 26, 2011

SIPUT BABI =)

0 comments
siput babi pic google

mlm td ms jalan kaki balik dari kelas tuisyen, ank murid saya drjh 4 tnya..

"cikgu, siput B.A.B.I tu mcm mana..siput biasa tu mcm mana?"

 (tulis dlm huruf besar sbb kami xsebut pn perkataan tu, just eja je..bdk2 ni mmg xkan sebut pnya,kalau kta tersebut mula la diorg buat muka mcm buat salah besar plak...hehe)

berbalik pada soalan td, saya pn  jwb la..

"siput B.A.B.I tu cengkerangnya tajam kat belakang, pastu besar..siput biasa tu bulat je"

"yg saya nmpk td tu siput B.A.B.I ke?"

"la, mana la saya tau kamu nmpk siput apa..kalau cengkerangnya tajam kat belakang tu ia la tu"

"kenapa nama dia siput B.A.B.I?"

" mmg dh namanya mcm tu..agaknya org yg bagi nama tu nampak siput,pastu kat sebelah siput tu ada B.A.B.I..jadi, dia pn sebut la..ehh..ada siput, ada B.A.B.I...siput, B.A.B.I...siput, B.A.B.I....lama2 jadi la siput B.A.B.I"

lepas tu kami sesama gelak..kikikiki.
maknanya sesama faham crita sy tu crita rekaan semata sebab sy sndiri xtau mcm mana siput tu dapat nama siput B.A.B.I...

tetiba nmpk siput B.A.B.I kat tepi jalan, ada dua lagi..laki bini kot..heheh

" ha..ni la siput B.A.B.I..yang kamu nmpk td siput ni ke?"

"aah...eeee..besarnya"

mcm2 lg sebenarnya yg dia tnya saya psl siput ni..saya pn jawab je la ikut logik sndiri...=P

siput biasa tu merujuk pada siput ni la...hehe
p/s: banyak bebenor perkataan B.A.B.I tu dlm entry ni...habis dh tajuk pn 'siput babi'..harus la kena sebut bnyk kali....hehehehe..ni pun bleh jadi entry ke..dh sah2 xde idea la ni....kikikiki




Wednesday, May 25, 2011

Gempak! Giveaway daripada Firdaus Kasim

4 comments


dh lama xjoin giveaway...jom le reramai join giveaway Firdaus Kasim ni...

antara syaratnya, of coz la kena follow...

pastu buat satu entry dgn tajuk kat atas tu...& crita latar belakang pendidikan & sejak bila buat blog...kat bwh ni crita saya...hehe


masa sekolah rendah, ayah saya hantar saya belajar kat SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MEDAN..lepas UPSR, pakat ramai2 ngan mber2 pergi daftar kat SMK ABU BAKAR AL-BAQIR..blaja la kat sekolah ni smpi tingkatan 5...pastu sambung lagi tingkatan 6 kat SMK ALANG ISKANDAR..lokasi sekolah2 saya ni  kat Bagan Serai, Perak...Alhamdulillah lepas STPM, sambung ambik ijazah sarjanamuda kat UUM...grad thn 2009....

mula berblogging awal 2010...tp start aktif hujung 2010..ms tu la bru nk rajin berBW..jd follower blog2 lain...rajin update blog wlupun kadang kekeringan idea...huhu.

follower yang pertama : lydiamiza

kalau nk maklumat lebih lanjut mcm hadiahnya apa, tarikh tutupnya bila, 
klik header penganjur kat bwh ni... =)

!  Firdaus Kasim

MAKAN...MAKAN...

0 comments
menu hari ni...simple je....hehehe

sup tulang

ikan kering gelama

ulam kacang botol

sambal belacan
minggu lepas dh 2 kali masak sup tulang ni...minggu ni masak lagi atas permintaan en.F@riz...
sebelum ni kata cik abg dia xpernah makan sup ngan sambal2 bagai ni...salah satu sebabnya dia xtahan pedas..tapi hr tu saya buat dia terjatuh cinta plak...asyik kata sedap je...=)

memandangkan hr ni en.F@riz off duty so, bleh la masak..walaupun dia ada keje juga hari ni tapi dh msj bgtau nk lunch kat rumah...ni penangan sup tulang la ni...hehehe..

jemput...jemput...=)




Tuesday, May 24, 2011

TAZKIRAH SELASA.....Ciri-ciri Pemimpin Yang Diredhai

0 comments
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa.

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Monday, May 23, 2011

TUKAR TEMPLATE

0 comments
ermm...tukar template lagi..sebabnya template lama tu mcm bermasalah je..puas le mengodek setting sana sini..rupanya bukan salah setting, salah template...huhu.


sebelum ni guna header yg kat atas ni...memandangkan nk kena setting bru, so ingat nk buat header baru juga la kot...tengok la nti rajin2...setakat ni guna default header dulu..hehe.

lagipun cantik apa default header tu, cute & simple je...gmbr baju baby..mana la tau kot2 lekat baby sorg dalam perut ni...hehehehe.

pastu follower tu pn dh letak panjang kat atas, sebelum ni kecik je kat tepi...bila dh besar, baru le nmpk semua muka2 follower..hehe..



DAGING MASAK MERAH

0 comments
menu utama hari ni, daging masak merah....dh lama xmakan daging masak merah menu yg selalu mak saya masak..ni bukan daging masak merah ala  thai tu ye..resepi ni letak kacang tanah tuk bagi pekat kuahnya..dpt makan ngan air asam mmg sedap la...ala2 lauk kenduri...hehehe..

layan gambar dulu...

gigih tepon mak tnya mcm mana nak masak..rupanya resepinya sama je macam masak daging masak merah biasa, just tambah kacang tanah je..ermm...ingat ada la tambah bahan2 lain..kacang je nih...hahaha.


Bahan-Bahan:

Bahan A
daging dipotong nipis sederhana besar- basuh dan toskan dan rebus sampai empuk
1 sudu besar tomato puri (sos tomato)
1 sudu besar sos cili
segenggam kacang tanah digoreng, buang kulit & kisar halus
4 sudu besar cili kisar
3 biji cili merah dibelah 4
2 labu bawang besar dipotong 4, nk potong bulat pn bleh..
sedikit santan 
garam, gula & serbuk perasa

Bahan B

5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan B, kemudian  masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato. Biar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging bersama air rebusan,masak sekejap supaya daging tu sebati dengan kuahnya.
  3. Bila dh agak pekat skit, masukkan santan, kacang tanah & bawang besar. Biarkan hingga pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan cili merah, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Sedia dihidang..=)


selamat mencuba ye.... =)

AIR TAKDE...HUHU

0 comments


air ni mmg saja nk main chipmore tau..kejap ada...kejap xde plak..

start dr ptg sbtu tu lg tetiba air tak kluar dr kepala paip kat rumah ni & rumah jiran2 saya...kiranya satu RK la xde air..nsb baik ada air tangki, tu pn dpt bertahan smpi pg tghari ahad je..mybe sbb duk sorg so, jimat le skit kot..huhu..dh la cik abg balik dr belayar malam td..saya sambut dia balik dgn badan yg tak mndi...hehehe.

sangat la tak selesa..baik gak la dlm kul 10 cmtu dh ada air, apa lagi trus basuh semua pinggan mangkuk yg ada kat dapur, pastu mandi...baru best nk tido..klu tak dgn badan melekit2..huhuhu.

tetiba pg td dia buat hal lagi...time2 nak masak plak tu...pastu ada balik...tup2 skrg ni takde plak...jgn jd mcm semalam dh le...=P

Sunday, May 22, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH 21/5/2011

3 comments
semalam berlaku tragedi menyayat hati..sekali lagi tanah runtuh mengorbankan nyawa dan kali ni melibatkan penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah A-Taqwa di Hulu Langat..16 terkorban termasuk 2 dewasa...Al-fatihah untuk semua mangsa...semoga roh mereka dicucuri rahmat dariNya....amin.





pic dr fb metro online


HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam. 
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.



Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.


“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.



Sumber: myMetro




Saturday, May 21, 2011

TERBAIK MAHARAJA LAWAK MINGGU 8

0 comments
Mcm yg dh diumumkan oleh AC minggu lepas, ada undi masuk tuk peserta2 maharaja lawak yang dh tersingkir...akhirnya undi masuk menang kat R2..dpt la tgk persembahan R2 lg...

lepas semua buat persembahan, tak disangka2 Nabil antara nama yang dipanggil untuk bottom 3 sama2 ngan Man & Balas...tapi akhirnya Man yang tersingkir selepas Amir minggu lepas..

Persembahan terbaik minggu ke-8, SEPAH...memang terhibur.. 






MACAM2 HAL LA....HUHU

0 comments
Blogwalking hr ni setelah sekian lama berehat panjang jumpa plak topik panas pasal kes sorg blogger ni yg dgn lantang mengutuk pmpn2 yg bertudung fesyen bagai2 ni...mmg glamor la blogger ni sbb rmi jg la kot yg buat entry psl dia termasuk la saya....hahahaha...

kalau ikut apa yg dia smpikan tu memang le ada betulnya..saya sendiri pn terasa juga sbb saya sedar cara bertudung saya ni kena baiki lagi...

tp bahasa yang digunakan oleh tuan blog ni sangat la dasyat..terkedu saya baca ayat2 dia....penulis blog tu sendiri kata dia bukan nk nasihat tp nk kutuk so sebab tu la kot dia guna ayat xleh diterima akal...biar terasa tajam skit tikam2 jantung, hati segala...huhuhu..& maybe mmg tu la cara si penulis sbb bukan setakat fesyen tudung ni je...ada juga topik2 lain yg hujah2 dia tu disampaikan dgn bahasa yg buat saya geleng kepala bila baca...huhuhuhuhuhhuhuhuhhu

org kata cermin diri sendiri dlu sbelum nk tegur kesalahan org lain, sebab org2 disekeliling kita tu ibarat bayangan diri kita sendiri...kalau baik org2 disekeliling kita, Insyaallah baik la kita..kalau sebaliknya..faham2 la..

pernah juga baca sorg kwn post kat wall fb dia
 "Untuk menasihati, tidak perlu untuk tunggu diri sempurna. Untuk mengeluarkan nasihat kepada orang lain, jangan tunggu sehingga anda sempurna seperti malaikat. Kerana anda seorang manusia, bukan malaikat."

tp pandai2 la susun ayat tu biar kena caranya...jangan sampai org yg ditegur tu sentap plak..kena berhikmah biar hati orang tu lembut & lebih baik baiki diri sendiri dulu sebelum nk baiki org lain..so, org xde point nk bangkang or 'panah' kta balik...=)


Friday, May 20, 2011

HOME ALONE + DEMAM

4 comments
pic dr pakcik google

dugaan...dugaan....time xbrapa sihat ni le cik abg dpt signal kapal dia kena blayar plak..mula dgn sakit tekak je pastu diikuti dengan selesema & batuk..memang selalunya mcm tu la...ala2 sakit 3 serangkai gitu...huhu..walaupun dh ambik langkah pencegahan dgn makan ubat bila dh sakit tekak tu sbb sangat tak selesa bla kena selesema tp tetap juga selesema...smbil menaip ni pn sambil batuk & street...street...hehehe.

Alhamdulillah, hr ni dh ok skit drpd semalam sbb semalam mmg bnyk tdo je...penangan makan ubat..badan mmg rasa lemah je..panas tp sejuk...mcm mana tu...huhu.

dh terbiasa bila abg xde je mesti tdo pukul 12.00 am ke atas...tetiba malam td kul 8.30 dh berselubung atas katil....hehe..smpi hset bunyi abah call pn xdgr..

kalau la cik abg ada bleh juga nk manja2...tp dh xde ni layan je la...nk buat mcm mana kan..sedia berkorban...=)





Saturday, May 14, 2011

SAMBUTAN HARI IBU KD SRI SANDAKAN

1 comments
wah...lama bebenor xupdate blog...dh ada labah2 yg buat sarang...nk kena cuci balik ni...hehe

hr ni ada sambutan hari ibu kat RKTLDM KD Sri Sandakan...macam2 aktiviti ada..mulanya macam malas nk pergi sbb sy bukan sorg ibu...huhu.belum ada rezeki lagi...kang ada plak yg tegur kang..."hai, ada juga ke"..ish3...xbaik buruk sangka kat org...hehe.

ada cabutan bertuah sekali td, tp mcm biasa nombor saya memang jarang dpt luck..hehe.

best je tgk ibu2 ngan anak2 diorg..ada yg pakaikan anak cntik2 tuk masuk pertandingan pakaian beragam.comey n cute2 je..

smoga satu hari nnti saya dapat juga pakaikan anak saya cntik2 macam tu...skrg xdpt le sbb ada anak tekak je ni...hehe

bukan setakat anak2 je yg buat persembahan bersajak, nasyid, menari...ibu2 pn join skali pertandingan karaoke...cayalah ibu2 anggun..kalau saya mmg xlepas le nak nyanyi depan org ramai..nyanyi dlm bilik tidur bleh le dodoikan cik abg...kikiki.

skrg ni fikiran dh melayang2 kat kampung...tak sabarnya nk balik..bulan 6 ni kenduri rumah saya...kakak & adik saya kahwin..Insyaallah bulan 12 nti knduri sebelah cik abg plak...adik ipar saya kahwin, pn buat 2 org skali...senang.save budget..hehehe



Thursday, May 5, 2011

MEE GORENG MAMAK

0 comments
menu ringkas...biasa la bila home alone mmg malas nak masak nasi lauk bagai2 sbb yg nk makannya sorg je pun...masak mee je sng...cmpak je dh siap..seimbang sbb smua sayur, udang, ayam dll ada dlm 1 hidangan...hehehe.


 resepi  asal dari majalah mingguan wanita tp dh sy edit skit ikut resepi sndiri...

Bahan-bahan
1 mangkuk mee
udang
fish ball
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 sudu kicap manis
sedikit sayuran  sawi, taugeh
1 keping tauhu
1 biji telur
2 sudu sos cili 
serbuk perasa, garam & gula


Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng udang sekejap bersama dgn bawang putih, bila kulit udang dh tukar jd kemerahan masukkan fish ball, cili kisar, sos cili, kicap manis, serbuk perasa, garam & gula.
3. Bila dh naik bau, masukkan mee. Kacau sebati. Then, masukkan tauhu, sayuran..
4. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam mee dan kacau sampai menjadi pekat.








Wednesday, May 4, 2011

ENTRY SERIUS : SABAR JE LA

0 comments
setiap pagi saya bangun dengan semangat yang berkobar-kobar, tapi setiap pagi juga la kemudiannya semangat saya di 'down' kan...

saya tak berapa suka bila saya dipaksa dan terpaksa buat keje yang sepatutnya jadi tanggungjawab org lain dan bila mana saya tau org tu boleh buat tapi sengaja nak menambahkan keje saya..apa yg buat saya terkilan, si dia cuma perlu peruntukan 5 minit saja lagi  masa dia tuk selesaikan keje dia tu ..sedangkan saya mungkin perlukan 10 minit sbb saya kena mula dari awal...
mybe ada yg kata, "ala, 10 minit je, tolong je la siapkan, dapat pahala tolong org. tu pun nk kecoh." Pada saya buat apa saya selesaikan keje org kalau tiap2 pagi mood saya terganggu, stress..lagipun dia mampu selesaikan kejenya tu sebelum ni tapi kenapa tak sekarang dan 2 bulan lepas..ye, dh 2 bulan saya cuba tuk fikir positif, tanamkan dalam diri yang kita kena jaga hati kawan2 kita, kena buat baik dgn org...tapi sampai satu tahap saya dh tak mampu lagi...

awalnya niat saya ikhlas tolong bila kadang2 dia kata pada saya yang dia tak sempat nak selesaikan sbb tergesa2..saya tak kesah dan dgn senang hati tolong...tapi sekarang, bukan lagi kadang2 sebaliknya tugas tu dh jadi rutin keje saya setiap pagi..selesaikan keje 5 minit dia. adakah salah saya yang tak reti nak kata 'tak boleh' or  'tak nak'.

sblm ni ada sorg kwn saya cakap lebih kurang mcm ni la 
"kita tak boleh terlalu baik dgn org, nti org pijak kepala kita..dan bila kita rasa kepala kita di pijak, kita kena ajar sikit org tu supaya dia respect kita dan kita kena belajar tuk cakap tak boleh" 
saya nasihatkan kwn saya tu teruskan je buat baik, kita dapat pahala..

tapi skrg bila saya rasa kepala saya dipijak, saya mcm tak mampu nk teruskan buat baik..tetiba terasa apa yg kwn saya kata tu betul..tapi mslhnya saya tak reti nak "ajar" org..huhu

p/s: sabar, teruskan bersabar & cuba bersabar....


 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez