Powered by Blogger.

Sunday, October 23, 2011

PULUT INTI

0 comments
en.Suami tgk gmbr pulut inti kat fb Kulaan Banjar

en. Suami : sedapnya pulut inti, lama xmkn.dulu mak slalu buat.
pn. Isteri   : aah kan..dlu klu kenduri je msti ada buat pulut ni.abang nk ke. nti syg buatkan.
en. Suami  : tau ke mcm mn nk buat?
pn. Isteri   : tau la..senang je.klu nk nti beli la beras pulut. nti masakkan tuk abang.

dalam hati pn.Isteri dh plan nk google resepi. Pertama kali pn.Isteri nk masak pulut inti. Sebelum ini hanya melihat makcik-makcik di kampungnya masak pulut inti tersebut.

Semalam, selepas men'google' pn.Isteri mendapat resepi dari trymasak . Maka pn.Isteri berjaya masakkan khas untuk suaminya.




=)

Sunday, October 16, 2011

JOIN KURSUS KELUARGA CEMERLANG

0 comments
11 - 13 Oktober lepas, saya ngan suami ikut kursus keluarga cemerlang. Mulanya cik abang bgtau yang nama kami tersenarai tuk dengar ceramah keluarga. Ok, xde masalah. Pagi 11hb tu baru saya tau rupanya 3 hari berturut2..bukannya sehari..huhu. Baik juga kursus ni dibuat kat dalam kawasan rumah keluarga (RK) TLDM juga. Jadi mudah la skit. Agak2 xde xtvt,bleh la balik rumah..hihi. Kursus ni anjuran Pejabat Agama KD Sri Sandakan. Free xyah bayar apa pn. Bawa diri je.

Rata2 yang join tu dh beranak pinak pn. Siap ada yang angkut anak2 masuk dalam bilik kuliah skali. Baik gak penceramah tu tak kisah sebab dia pn faham la kan. Kalau dh suami isteri kena pegi, anak2 nk tinggal mana. Bawa la skali.

Ada juga yg baru kahwin. Inai pn xhilang lagi. Bagus la blaja ilmu rumahtangga. Pengisian kursus ala2 mcm pegi kursus kahwin. Dapat sijil & t-shirt lagi. Memang tak rugi la join. Makan pn 3 hari tu memang mewah yang amat. Puashati la. Baik juga 3 hari je, kalau seminggu, gemuk semua. Habis tu dh makan sedap2 pastu duduk je dengar ceramah..huhu.

Hari terakhir kursus, ada majlis penutup & penyampaian sijil. 




Mudahan dengan ilmu yang dapat sepanjang kursus ni akan eratkan lagi hubungan kami suami isteri. Amin.



Sunday, October 9, 2011

NASI BERIANI AYAM

0 comments
Plan masak tuk lunch, tapi air xde la plak dari pagi smpi la ke ptg..Dalam kul 5 mcm tu baru la kelam kabut masak. Alhamdulillah, menjadi juga. Bagi jiran sebelah sikit. Kembang kempis bila diorg puji sedap. Tapi kembang tak kempis2 bila en.suami pn puji gak..




Nasi beriani..warnanya sebenarnya kuning tp disebabkan teknik pencahayaan yang tak bagus, nmpk pucat je kan..
Nasi tu still dalam loyang lagi sebab lps masak guna rice cooker,saya kukus plak bagi tekstur nasi tu lembut.


Ayam Beriani

en.suami kata masak sedap dh tapi...

"Sayang ni kalau masak suka xde kuah kan. Kering je"

"La, memang mcm ni la abang sbb nasi tu kan dh ada rempah dia"

"Xla, orang buat ada kuah la"

" =) "

Bukan xtau en.suami kalau makan nasi suka kuah banyak, tapi pn.isteri suka xnak lebihkan kuah...kikiki

Xpe..lps ni kita masak lagi, kita biar kuah banyak ye... =)

Untuk resepi nasi beriani yang sedap ni, bleh tengok kat My Resepi


Friday, October 7, 2011

BICARA HATI ...DARI NOVEL KE DRAMA

4 comments
Nampaknya makin banyak drama adaptasi novel-novel hits kat pasaran. Still terbayang2 lagi drama Nora Elena adaptasi novel 'Kasih Yang Suci' yang memang meletup habis tu. 

Terbaru novel 'Bicara Hati' hasil tangan penulis Damya Hana plak yang bakal ditayangkan.Sekarang dlm proses pengambaran lagi. Drama arahan Osman Ali ini mengandingkan Cristina Suzanne yang pegang watak Zahlia & Sharnaaz Basir Ahmad pegang watak Tengku Syahran.

Damya Hanna dgn Cristina Suzanne
(gmbr ambik dr fb Damya Hanna)


Sharnaaz




Sinopsis novel 'Bicara Hati'

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Tak sabar nak tengok drama ni sbb novel ni memang best sangat... =)

Thursday, October 6, 2011

Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk

2 comments
Bila tengok je tajuk GA trus rasa nk join. Kenapa?? Sebab saya suka main game angry bird wlupun asyik kalah je..hihi.


Tarikh luputnya 28 oktober 2011. 

Bleh la klik link kat bwh ni...


Jom join reramai.... =)


Wednesday, October 5, 2011

JAMU RATU DARA...apa yang wanita inginkan

2 comments
Makan jamu la plak...hahaha. Baru je trima parcel Jamu Ratu Dara  (JRD) yang saya order dari fb Puteri Anggun. Memandangkan duk Sabah, so hrganya rm35. Saya beli 2 botol dengan harga rm70 + free gift sabun susu beras & free postage lg.. =)



Ramai dh yang cuba jamu ni, & komen2 yang dibagi mmg positif. Sebab tu nk try juga makan. Kalau baca khasiat JRD ni, salah satunya tuk lancarkan haid. Period sy ni memang dh xbrapa nk betul. Pernah hari tu smpi 4 bulan tak period. Ingatkan dh ada isi, tapi rupanya gangguan hormon je..hihi. Start dr tu, bila period je mmg kuar skit2 je..huhu. Risau juga dia duk bkumpul dlm perut ni. Pastu katanya bleh bantu tuk dpt zuriat. Apa salah cubakan..

Ada banyak lagi sebenarnya khasiat JRD ni. Nah, copy paste je..

~ Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
~ Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
~ Merawat keputihan dengan berkesan.
~ Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
~ Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
~ Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
~ Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
~ Meningkatkan kesuburan wanita.
~ Membantu mendapatkan zuriat.
~ Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
~ Membantu menurunkan berat badan.
~ Mencegah barah payudara dan rahim.
~ Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.


Yang bagusnya, JRD bukan hanya tuk yang dh kahwin je, yang anak dara pn bleh mkn. Dos je yang beza. Mudahan dgn izinNya, dpt la atasi masalah2 dalaman or luaran kita.. =)

Marilah kita sesama jd lebih hangat dan mantap...kikiki




Tuesday, October 4, 2011

KEISTIMEWAAN AYAT AL-KURSI

2 comments

AYAT Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah:

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.


2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.


3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.


5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, Insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.


7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga Insya Allah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.



 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez