Powered by Blogger.

Wednesday, January 22, 2014

Check up arissa

0 comments
Pg td seawal 7 am gerak pegi hospital ipoh. Smpi sna dh 9 lebih,parking dh tentu2 la dah full. Maka,parking je la kat tepi jln yg sibuk tu. Tawakal je la mudahan xdpt surat cinta. Appoiment Arissa kat makmal jantung. Bapak ramai orang tunggu giliran. Tapi tu kat bahagian tuk check tekanan darah. Kat makmal jantung ramai la juga. Dapat nombor 23. Msa tu nombor yg dipanggil bru nombor 10. Baik juga dah bagi baby nyusu. Kalau x mau dia meragam nak tgu giliran. Tapi kalau dah lma sgt tgu mau lapar balik bdk tu..huhu.
Mujur juga la diorang dahulukan baby. So,dlm 30 minit tgu dah kena panggil masuk blik rawatan. Yang tak tahan tu,nurse kat situ beriya cakap kat saya supaya jgn gopoh gapah tapi saya tgk dia yang kalut lebih sampaikan xbagi saya cium anak saya. Takut baby jaga nanti dia kata. Pastu siap pesan berkali2 supaya sya tunggu kat luar blik doktor sbb ada baby lain tgh buat scan. Sya sampai tak terkata dah nk cakap trima kasih banyak kali kat dia..haha.
Alhamdulillah,hasil dr scan yang doktor buat,lubang pd jantung baby dh tertutup @ normal tpi doktor tgk jantung sebelah kiri nmpk besar skit dr sebelah kanan. So, bln 3 nnti kena dtg lg tuk jumpa dgn doktor pakar dri Penang. Tapi doktor pesan supaya jgn risau sebab tk serius pn.

Settle urusan kat hospital,jln2 tengok stadium ipoh kejap sbb ptg cik abang nk p stadium tgk perak vs pahang. Saya tengok kt tv je. Kalah sepakn penalti. Sabar je la.
Sekarang ada kat kampung. Jumaat ni nak berarak pegi Klantan. Adik ipar kawen dgn orang Bacok.

Monday, January 20, 2014

INTRODUCING: NUR ARISSA SOFEA

0 comments

23/10/2013, 9.59 pagi saya selamat melahirkan my lovely baby girl. 
Bersalin secara pembedahan atas sebab2 tertentu. Memang harap sangat dapat bersalin normal sebab nak rasa sakit bersalin, tapi apa kan daya, Allah lebih mengetahui.

Masa umur Arissa dua hari, doktor bagitau yang arissa ada masalah kurang gula. Masa mengandung, saya kena kencing manis. Tapi still dalam peringkat control diet. Tak la kena cucuk insulin lagi. Jadi, bila baby lahir, doktor akan check paras gula baby. Ibunya terlebih gula, baby kurang gula plak..huhu. 

Kat hospital tempat saya bersalin tu tak ada pakar kanak-kanak, jadi arissa terpaksa admit hospital Manjung. Sedih sebab saya still belum boleh discharge sebab luka belum ok. Malam tu ibu tidur tanpa baby. Nangis.....

Esoknya lepas doktor buka plaster luka baru la boleh kluar wad. Terus pegi Hospital Manjung. Admit sana plak temankan baby yang kena jaundice. Alhamdulillah, paras gula dah stabil. Sedih tengok baby macam tak ada tenaga. Lampu biru tu panas kot. Kita letak tangan bawah tu pun rasa haba panas, ni kan plak baby duk bawah tu berjam-jam. Serius, dia nangis pun pelan je. Mesti dahaga sangat. Ambik baby peluk kuat2 + bagi susu sementara hubby pegi jumpa doktor.

Dapat berita lain plak, doktor kata tiub pada jantung baby still tak tutup sepenuhnya. Biasanya lubang tu akan tertutup bila baby lahir, tapi ada sesetengah baby yang ambik masa tuk tutup. Termasuk la Arissa. 21/1/2014 (esok) nanti kena pegi Hospital Ipoh tuk detail check up.

Hari ke-4 dah bleh discharge. Terus balik Taiping. Masa Arissa umur 8 hari, dia kena jaundice lagi. Kali ni lagi teruk sebab bacaan kuning dia dah capai 24.06. Admit Hospital Taiping plak. Nurse letak bawah 3 lampu sekaligus + naked. Kesian tengok baby. Syukur juga la  sebab ada katil kosong, jadi saya boleh tunggu baby kat sna. Walaupun baby tak boleh duduk sebelah katil saya, tapi sekurang2nya saya tau dia ok. Alhamdulillah, esok pagi tu, tengok dia dah duk bawah 2 lampu, mean kuning dah turun & tengahari tu nurse dah letak baby sebelah katil saya. Petang dah discharge. Selang 2 hari kena check bacaan kuning kat klinik kesihatan. Sebulan juga la baru kuning hilang. Apa yang kami laki bini prasan, lampu kat taiping ni ok skit tak sepanas lampu kat hospital manjung. Pusat Arissa pun lambat jatuh ok. 30 hari baru le tanggal.

Masa kat hospital taiping. Bacaan kuning masa ni turun.
Disebabkan ada sejarah jaundice yang tinggi, baby akan selalu la melawat hospital sebab doktor nak tengok perkembangan + tumbesaran dia. Telinga dah check hari tu, Alhamdulillah, dua2 belah ok. 

Sejak ada baby ni, jadual ibu dah berubah. Sebelum ni bleh lenggang kangkong buat keje rumah. Sekarang, kelam kabut. Masa baby tidur tu la si ibu nak mandi, basuh baju, masak. Baru anak sorang..hihi. Macam ni gamaknya mak saya besarkan kami 9 beradik.


Saya dah 3 bulan.








 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez