Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

JEJALAN PART I - KUNDASANG

0 comments
Agak lama sebenarnya plan ngan en.Fariz nk g jejalan Kundasang. Tapi asyik terbantut je atas sebab2 tertentu. Hari Sabtu lps bersamaan 26/11/2011 dapat juga jejak kaki kat sana..hihi.

Perjalanan dari Sandakan ambik masa lebih kurang 5-6 jam. Keadaan jalan yang kadang2 ok, kadang2 berlubang sana sini, bengkang-bengkok plak mybe salah satu sebab kenapa ambik masa gak tuk sampai sana. Jarak dari Sandakan ke Kundasang dalam 240km cmtu la. Jauh tu. Penat duk lelama dlm kete. En.Fariz yang bawa kete tu lagi la letih.

Tapi bila dapat merasai kesejukan angin kat sana rasa puas sangat. Kundasang ni ala2 Cameron Highlands, sejuk, banyak orang tanam sayur, bunga. Kami cari juga ladang strawberry kat sna tapi xjumpa. Tanya orang  kat situ pn ada yg xtau, ada yang bagi salah tempat..huhu.

Kami pegi balik hari, jadi xbnyak tempat yg dapat pergi sebab berkejar dengan masa. Sampai sana pn dh 2.30 ptg.


ms ondaway tu bleh nmpk puncak Gunung Kinabalu..nak daki sampai atas tak boleh, dapat tengok puncak pn jd le..huhu


tiap tahun, navy kat sini akan buat aktiviti daki Gunung Kinabalu. Tapi xde stamina la nk join.. =P

Sesampai je kat Kundasang, isi perut dulu pastu baru la pegi sana sini. 1st sekali  singgah JS Nursery. Banyak bunga cantik2 kat sini. Tak beli pn. Tengok2 je. 




suka sangat tengok bunga merah menyala ni. Harga dlm 30 hinggit sepasu. kalau xsilap la..hihihi. Takde tanda harga, jadi kalau berkenan sila tanya kat pekerja kat situ. 

Lepas tengok2 bunga, singgah kat Kundasang War Memorial. Bayaran masuk RM2.00 sorg.









Lepas ambik gambar bagai, berdezup plak pegi kat gerai2 tepi jalan tempat orang jual sayur mayur ngan buah buahan. Kat situ kami just beli buah je ngan madu lebah. Lupa nak snap pic..huhu.

Masa tu dh pukul 4.00 ptg. Plan ondaway balik nak singgah ladang teh sabah. Kawan en.Fariz kata ada jual teh perasa strawberry. Tu yang nk pegi sangat sebab en.Fariz suka. Risau juga takut sampai sana kang dh takleh masuk. Tapi Alhamdulillah sempat juga. Tapi sedih sebab mana ada jual teh perasa strawberry macam yang kwn en.Fariz ckp tu..Cehh..Yang ada perasa tongkat ali, pandan, kulit kayu manis..huhu. =P. Kat ladang teh ambik gambar gitu2 je sebab kalut nk balik dh.



Dengan perasaan hampa. terus balik Sandakan. Perjalanan waktu malam lagi mencabar. Dengan hujan lebat, jalan plak berlubang2, lori besar2 banyak. Letih lagi. Rasa macam nk terbang je biar cepat skit sampai. Bila nampak je signboard Sandakan, rasa lega sangat. 

Banyak sebenarnya tempat2 menarik kat sini. Tapi kami je tak sempat nk pegi..huhu.

Next entry akan crita part II plak. Jejalan Sepilok =)







Sunday, November 13, 2011

KAMI NAK DRAF SEMENANJUNG JUGA...

2 comments
dari bulan lps ramai sangat kawan2 kat kuaters navy ni yg dh draf semenanjung...majoriti cik abang diorg dh berkhidmat lebih 3 thn kat sni..ada jg yg peralihan sbb dh nk pencen.. antara yang tersenarai jiran sebelah rumah saya..sedih dh xde jiran yang nk bagi lauk pauk bila cik abang saya blayar..saya ni klu cik abang xde memang kemalasan tuk masak sangat tinggi..jadi jiran ni la yang slalu ketuk pintu bagi lauk..hihi. kami saling bertukar2 juadah sbb xkan nk pulang pinggan kosong kan..masak la sesuatu yang sesuai..

saya ngan cik abang berharap la nama tersenarai juga sebab kalau boleh nk balik duk semenanjung..tapi belum rezeki kami lg..sabar je la..

bukan tak seronok duduk sini..tapi bnyk faktor yang difikirkan.salah satunya mana tau ada kes2 emergency kat kampung..susah oo..bukan dekat..kos nk balik lg..last2 minit ni tiket mahal x ingat..huhu

Insyaallah...harap2 tahun dpn dapat la draf semenanjung..xdpat duk lumut pn xpe..yang penting semenanjung..

Sunday, October 23, 2011

PULUT INTI

0 comments
en.Suami tgk gmbr pulut inti kat fb Kulaan Banjar

en. Suami : sedapnya pulut inti, lama xmkn.dulu mak slalu buat.
pn. Isteri   : aah kan..dlu klu kenduri je msti ada buat pulut ni.abang nk ke. nti syg buatkan.
en. Suami  : tau ke mcm mn nk buat?
pn. Isteri   : tau la..senang je.klu nk nti beli la beras pulut. nti masakkan tuk abang.

dalam hati pn.Isteri dh plan nk google resepi. Pertama kali pn.Isteri nk masak pulut inti. Sebelum ini hanya melihat makcik-makcik di kampungnya masak pulut inti tersebut.

Semalam, selepas men'google' pn.Isteri mendapat resepi dari trymasak . Maka pn.Isteri berjaya masakkan khas untuk suaminya.




=)

Sunday, October 16, 2011

JOIN KURSUS KELUARGA CEMERLANG

0 comments
11 - 13 Oktober lepas, saya ngan suami ikut kursus keluarga cemerlang. Mulanya cik abang bgtau yang nama kami tersenarai tuk dengar ceramah keluarga. Ok, xde masalah. Pagi 11hb tu baru saya tau rupanya 3 hari berturut2..bukannya sehari..huhu. Baik juga kursus ni dibuat kat dalam kawasan rumah keluarga (RK) TLDM juga. Jadi mudah la skit. Agak2 xde xtvt,bleh la balik rumah..hihi. Kursus ni anjuran Pejabat Agama KD Sri Sandakan. Free xyah bayar apa pn. Bawa diri je.

Rata2 yang join tu dh beranak pinak pn. Siap ada yang angkut anak2 masuk dalam bilik kuliah skali. Baik gak penceramah tu tak kisah sebab dia pn faham la kan. Kalau dh suami isteri kena pegi, anak2 nk tinggal mana. Bawa la skali.

Ada juga yg baru kahwin. Inai pn xhilang lagi. Bagus la blaja ilmu rumahtangga. Pengisian kursus ala2 mcm pegi kursus kahwin. Dapat sijil & t-shirt lagi. Memang tak rugi la join. Makan pn 3 hari tu memang mewah yang amat. Puashati la. Baik juga 3 hari je, kalau seminggu, gemuk semua. Habis tu dh makan sedap2 pastu duduk je dengar ceramah..huhu.

Hari terakhir kursus, ada majlis penutup & penyampaian sijil. 




Mudahan dengan ilmu yang dapat sepanjang kursus ni akan eratkan lagi hubungan kami suami isteri. Amin.



Sunday, October 9, 2011

NASI BERIANI AYAM

0 comments
Plan masak tuk lunch, tapi air xde la plak dari pagi smpi la ke ptg..Dalam kul 5 mcm tu baru la kelam kabut masak. Alhamdulillah, menjadi juga. Bagi jiran sebelah sikit. Kembang kempis bila diorg puji sedap. Tapi kembang tak kempis2 bila en.suami pn puji gak..




Nasi beriani..warnanya sebenarnya kuning tp disebabkan teknik pencahayaan yang tak bagus, nmpk pucat je kan..
Nasi tu still dalam loyang lagi sebab lps masak guna rice cooker,saya kukus plak bagi tekstur nasi tu lembut.


Ayam Beriani

en.suami kata masak sedap dh tapi...

"Sayang ni kalau masak suka xde kuah kan. Kering je"

"La, memang mcm ni la abang sbb nasi tu kan dh ada rempah dia"

"Xla, orang buat ada kuah la"

" =) "

Bukan xtau en.suami kalau makan nasi suka kuah banyak, tapi pn.isteri suka xnak lebihkan kuah...kikiki

Xpe..lps ni kita masak lagi, kita biar kuah banyak ye... =)

Untuk resepi nasi beriani yang sedap ni, bleh tengok kat My Resepi


Friday, October 7, 2011

BICARA HATI ...DARI NOVEL KE DRAMA

4 comments
Nampaknya makin banyak drama adaptasi novel-novel hits kat pasaran. Still terbayang2 lagi drama Nora Elena adaptasi novel 'Kasih Yang Suci' yang memang meletup habis tu. 

Terbaru novel 'Bicara Hati' hasil tangan penulis Damya Hana plak yang bakal ditayangkan.Sekarang dlm proses pengambaran lagi. Drama arahan Osman Ali ini mengandingkan Cristina Suzanne yang pegang watak Zahlia & Sharnaaz Basir Ahmad pegang watak Tengku Syahran.

Damya Hanna dgn Cristina Suzanne
(gmbr ambik dr fb Damya Hanna)


Sharnaaz




Sinopsis novel 'Bicara Hati'

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Tak sabar nak tengok drama ni sbb novel ni memang best sangat... =)

Thursday, October 6, 2011

Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk

2 comments
Bila tengok je tajuk GA trus rasa nk join. Kenapa?? Sebab saya suka main game angry bird wlupun asyik kalah je..hihi.


Tarikh luputnya 28 oktober 2011. 

Bleh la klik link kat bwh ni...


Jom join reramai.... =)


Wednesday, October 5, 2011

JAMU RATU DARA...apa yang wanita inginkan

2 comments
Makan jamu la plak...hahaha. Baru je trima parcel Jamu Ratu Dara  (JRD) yang saya order dari fb Puteri Anggun. Memandangkan duk Sabah, so hrganya rm35. Saya beli 2 botol dengan harga rm70 + free gift sabun susu beras & free postage lg.. =)



Ramai dh yang cuba jamu ni, & komen2 yang dibagi mmg positif. Sebab tu nk try juga makan. Kalau baca khasiat JRD ni, salah satunya tuk lancarkan haid. Period sy ni memang dh xbrapa nk betul. Pernah hari tu smpi 4 bulan tak period. Ingatkan dh ada isi, tapi rupanya gangguan hormon je..hihi. Start dr tu, bila period je mmg kuar skit2 je..huhu. Risau juga dia duk bkumpul dlm perut ni. Pastu katanya bleh bantu tuk dpt zuriat. Apa salah cubakan..

Ada banyak lagi sebenarnya khasiat JRD ni. Nah, copy paste je..

~ Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
~ Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
~ Merawat keputihan dengan berkesan.
~ Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
~ Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
~ Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
~ Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
~ Meningkatkan kesuburan wanita.
~ Membantu mendapatkan zuriat.
~ Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
~ Membantu menurunkan berat badan.
~ Mencegah barah payudara dan rahim.
~ Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.


Yang bagusnya, JRD bukan hanya tuk yang dh kahwin je, yang anak dara pn bleh mkn. Dos je yang beza. Mudahan dgn izinNya, dpt la atasi masalah2 dalaman or luaran kita.. =)

Marilah kita sesama jd lebih hangat dan mantap...kikiki




Tuesday, October 4, 2011

KEISTIMEWAAN AYAT AL-KURSI

2 comments

AYAT Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah:

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.


2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.


3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.


5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, Insya Allah akan berhasil hajatnya.


6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, Insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.


7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga Insya Allah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
* Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.



Friday, September 30, 2011

BLOG KENA SERANG MALWARE

1 comments
Baru je update blog tadi tetiba bila nk view blog kuar warning malware detected plak dh..tak tau macam mana nak remove. Puas juga la google. Finally jumpa juga penyelesaiannya.

Malware ni sebenarnya dtg dari satu blog yang i follow. Semua blog yang i follow kan i akan letak link dlm blog i. So, i try la remove link blog itu dari blog i & try view blog i blk.(apa punya ayat ni)
ermm... boleh pn..dh xde kuar warning lg..

Kalau ada sesapa yang dpt mslh mcm i, buat je step yang sama ye..Insyallah, selesai la mslh u all..huhuhu

MAIN 'KUTU'

0 comments
Sekarang ni musim main kutu ke..huhu.Bukan kutu kepala, kutu cik bab or kutu embun ye..'Kutu' simpan duit reramai tu..

Masa jamuan raya minggu lps, kawan i ajak join main kutu. RM50 sebulan.. main 20 org..kiranya sorg dpt 1000..mulanya mcm nak join tp bila fikir balik. 20 org = 20 bulan..lama bebenor la plak. trus xjadi nk join..buatnya undi dpt last sekali..jenuh jg nk tgu..haha.

Semalam, jiran ni plak ajak main. Tapi yang ni bukan dpt duit tunai. Dapat penapis air Zhulian tu (jiran i tu ahli zhulian). Pun malas nk join. I bagi la alasan xde duit..haha.Dia mcm nk suruh juga join. Pastu i ckp la i nk menyimpan nk beli tv baru..hahaha. Baru la dia x pujuk2 i lagi.. =)


p/s: sekolah dlu rajin jg main kutu..

Friday, September 16, 2011

TENGOK HANTU BONCENG ASTRO 1ST

2 comments



Masa raya hari tu lagi saya dh beriya ajak suami saya tengok filem Hantu Bonceng ni. Tapi dia xnak sebab malas nak berasak2 kat panggung wayang. En. fariz kata kalau agak2 xsempat tengok kat wayang, tengok kat astro first je kang.

Bila dapat tau yang crita ni dh kuar kat astro, terus suh en.fariz beli. Boleh tahan la crita ni. Banyak juga selit pengajaran. Pada yang tak sempat tengok kat panggung, bleh la tengok kat astro first je.. =)

Wednesday, September 14, 2011

TERBANG BERSAMA FIREFLY

1 comments
Ini bukan entry giveaway or contest firefly ye..hihi.

Sebenarnya nk crita pasal balik kampung raya hari tu. Flight saya & suami dari Sandakan ke KLIA 24/8/2011 pukul 10.15 pagi. Kalau ikut jadual perjalanan 1.00pm smpi KL, tapi hari tu  dalam 12.30pm cmtu kami dh sampai KLIA.

Memandangkan 1st time terbang naik firefly, memang 'jakun' skit la. Siap bandingkan servis dengan Airasia.Masa flight balik semenanjung tu layanan ok je, tapi masa flight balik Sandakan je suami saya kata agak xmesra alam sebab peramugarinya macam susah je nk senyum..hihi.

duduk tepi tingkap..dpt la snap pic..

duk row belakang..28 ke 23 tah lpa dh..huhu


Sampai je KLIA trus menapak pegi tempat bagasi. Jauh juga la..huhu. Pastu cari kaunter tiket bas plak.


Naik YOYO Bus. Senang sebab ada bas direct trus pegi Taiping. Tapi sebelum tu transit kat Ipoh dlu. Tiket RM53 sorang. Bas gerak pukul 2.00pm. So, sempat la pegi cari makanan tuk buka posa. Memang dh biasa sebenarnya naik YOYO bus ni. Tapi sebelum ni naik dari LCCT. Bas ni akan ambik penumpang kat LCCT dulu lps tu baru KLIA. 

Masa balik Sandakan pn kami naik bas yang sama. Dari Taiping pukul 6.00am. Sampai Ipoh kena tunggu sejam sebab bas dari Ipoh gerak pukul 8.00am. 

Sampai KLIA, trus naik tingkat 5. Bila dh tau kat mana kaunter nak check-in nti baru la pegi isi perut. Flight kami 5.30pm. Makan kat McD sebab kat Sandakan dh tak leh makan. Kang teringat2 plak..hihi.
Perut dh kenyang, misi cari roti Gardenia plak. Roti ni pun takde kat sini, sebab tu tiap kali nak balik sini je kami mesti borong buat bekal kat sini. Kebetulan kawan tempah plak memang kena beli juga la. Cari kat tingkat 5 xde kedai yang jual. Turun tingkat 3 baru la jumpa.

Pastu melepak je la tengok orang lalu lalang.

bagasi kami..siap angkut pekasam lagi dua balang..walau dh packing baik punya tapi still ada bau lagi..huhu.tapi bau dia tu xde la smpi menarik perhatian org..hihi.tu yang pegi wrapping beg tu. baru la xde bau lagi.

beg plastik putih tu penuh dgn roti gardenia yang kami borong...huhu.dalam kotak tu plak sport-rim hubby punya. baik juga dh online tambah bagasi jadi 40kg sebelum balik tu.

sementara tunggu nak check-in melepak je la tgk orang. nak pegi jejalan tgk kawasan dengan troli beg lagi. baik duduk je dediam..

masa ni tengah tunggu nak naik flight.

duduk row 15..tepi tingkap lagi.ternampak plak gincu kat sayap tu..huhu.trus snap..

suka tengok pic ni..indahnya ciptaan Allah.

Kami sampai airport sandakan pukul 8.15pm..xlama lps tu hujan lebat. Alhamdulillah dh selamat sampai. Cuaca sepanjang terbang pn ok je. Masa nk dekat sampai tu je ada gegar2 skit maybe sebab awan tebal. 

Nanti crita pasal raya plak..raya tahun ni ada kureng skit..huhu










Tuesday, August 23, 2011

BALIK KAMPUNG...HOHOHO...BALIK KAMPUNG

1 comments
Seronok sangat sebab hari ni cik abang balik...dh 11 hari tak jumpa..Rindu..hahaha

Esok dh gerak balik kampung.1st time balik nak naik FIREFLY. Selalunya kami naik AirAsia. Tapi disebabkan last minute baru tergedik nak balik, haruslah tiket mahal. Tiket dlm lingkungan RM300++ smpi la RM900++ per person. Kalau ada promo pn flight malam.

Kebetulan Firefly dh start perkhidmatan dia tuk Sandakan - KLIA, jadi cuba la juga check flight kat firefly tu. Murah skit la daripada AirAsia. Memikirkan banyak lagi nak guna duit tuk raya nanti, kami tempah le tiket firefly je. Tapi memang banyak juga la buat research dlu. Ramai yang tak puashati sebab firefly suka delay flight. So, ganggu la jadual penumpang. Tapi ramai juga yang cakap ok, selesa & semua yang baik2 la.

Firefly ni katanya gegar agak kuat sebab flightnya kecik. Risau juga ni.Tapi kalau tak silap flight tuk penerbangan semenanjung berbeza daripada flight tuk Sabah & Sarawak. Agak besar skit katanya ala-ala AA juga. Harap2 cuaca ok esok.

Selesai bab flight, kena memikir transport dari KLIA ke Perak plak. Kami tak booking tiket bas pun sebab nk tengok keadaan kat KLIA tu dulu. Kalau LCCT memang tak kisah sangat la sebab dh biasa melepak kat sana. Lepas tu kena beli bekal tuk buka siap2 sebab dh tentu dh kena buka dalam bas. Dah la buka lewat kat semenanjung tu. Kat sini imsak pukul 4.35am, 6.20 cmtu dh buka pose. Tapi esok haruslah terlebih masa. Walaupun lambat 1 jam je tapi terasa oo.. Letih satu hal. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, semoga selamat sampai. 
Family saya tak tau lg ni yang kami balik raya tahun ni sebab saya cakap  kat diorg kami raya kat sandakan. Saja nk suprise skit..hahaha.Family mertua je yang dh tau awl2 lagi sebab tetiba mertua nk taja tiket flight balik kampung...kikikiki.




Sunday, August 21, 2011

SESUAI KE MUKA BULAT PAKAI SHAWL..

0 comments
minggu ni banyak menempel tgk shawl cantik kat butik2 kat facebook tu..dulu bila tgk org pakai shawl, nmpk cntik je tp xde plak teringin nk pakai.tapi ntah angin apa tetiba je terasa macam nk cuba la..hahaha.tambah plak shawl tu cantik.corak mcm2 dh.warna pn kalerpul..

kalau nk kata kena tulah sebab kutuk org pakai shawl rasanya xpernah plak saya kata apa2 sebab tu semua terpulang atas keselesaan kita kan..kan.

masalahnya muka saya ni bulat, jadi mcm tak sesuai je nk pakai shawl kan..nanti tambah2 bulat plak.tengok orang pakai punya la cntik tp bila sndiri pakai..huhuhu.kenapakah sangat merendah diri ni..haha

sebenarnya kes yang sama dengan tudung yang jenis sarung tu. dulu saya tak suka pakai tudung tu sebab tak nak nampak kebulatan muka saya.pernah try pakai tudung akak saya dan hasilnya dpt pujian dri dari cik abang..

"tak cntik la syg pki tudung tu, muka nmpk bulat."

ayat tu buat membatalkan hasrat tuk pakai tudung jenis sarung ni...hihi

lepas tu tetiba rasa nk beli tudung sarung sebab senang nk pegi buang sampah ke, pegi beli lauk kat bawah..xyah la sesusah nk pakai kerongsang bagai..haha.

kebetulan jiran bawah tu ada jual tudung..hubby pn suruh saya pegi tengok2.time saya tengah sibuk masak plak tu..tapi bukan setakat tengok je..2 helai saya ambik.sehelai rm35..haha.ambik 2 dh rm70..saya ckp kat cik abang.. 

"abang la ni suruh sayang pegi tengok, kan dah beli smpi 2 ni"

kikiki..padahal sndiri yang gedix.

kesannya kemana pn keje nk pakai tudung tu je. sekali lagi dapat pujian.

"suka la pakai tudung tu..dh tau muka tu bulat, lagi tambah bulat ada la"
"ala, senang la abg, sarung je.nanti sayang pakai tudung lain abang kena tunggu lama plak"

rasa berdosa plak sebab buat benda yang dh tau suami tak suka..huhuhu.

tapi lama2 dia sndiri mengakui keayuan saya pakai tudung tu, walaupun nmpk bulat tapi sweet je..kahkahkah.mak perasan btl la.

ni la muka perasaan sweet tu..pic haruslah snap sndiri.

tak lama lagi ada la entry bru update pakai shawl plak...hahahaha








MENULIS DI ATAS PASIR DAN BATU

0 comments
Ada sebuah kisah  tentang sepasang suami istri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang  diherdik, merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir : HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis dimana mereka memutuskan untuk mandi. Si Istri, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan diselamatkan suaminya. Ketika dia mula sedar dan rasa takutnya hilang dia menulis di sebuah batu : HARI INI SUAMIKU YG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.


Suami bertanya  : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu ?”

Istrinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku boleh melupakannya... Dan bila sesuatu yang baik dan luar biasa dilakukan suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak akan hilang ditiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."

Dalam hidup ini selalu wujud perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Kadang2 menyakitkan, jadi cubalah  untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu. Apa yang penting..

"Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."

Semoga kita semua mengerti betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.



Friday, August 19, 2011

SEJUKK.....

0 comments
Tak tau knapa malam tadi tengah online sambil layan tv, tetiba je badan rasa sejuk sgt.Padahal kipas tak ON pn..terus masuk bilik ambik comforter, selimut badan tp still juga rasa sejuk.Sangat  tak selesa kalau sakit time cik abg xde..Kalau cik abg ada bleh gak manja2 minta picitkan kepala ke. Bila sesorang ni ko layan la sendiri.

Tido malam td memang tak berapa nk lena.Asyik terjaga je.Rasanya 5-6 kali juga la. Badan memang rasa lemah sangat. Alarm bunyi pukul 3.30 trus bangun panaskan lauk tuk sahur.Tapi yang tak best semua yang dimakan rasa tawar je..huhu.Paksa juga makan.Sebabnya dari awal pose lagi walaupun dh sahur pepagi perut ni rasa pedih je.So, kalau tak makan sahur kang mau nya pengsan...huhuhuhu.Macam budak2 betul la.

Sekarang pn kepala rasa berat sangat ni tapi gagahkan juga sebab tak nak layan sangat sakit ni.Kang kalau dilayan memang apa pn tak boleh.


Thursday, August 18, 2011

SAYA SELALU DITINGAL-TINGGALKAN

0 comments
Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-18 puasa.Dalam tempoh 18 hari ni, baru 4 kali dapat buka puasa sesama dgn cik abang..huhu.Sekarang cik abg tengah belayar.Insyaallah 23hb bru balik.

Tapi saya bersyukur sekurangnya Allah bagi juga peluang tu kat saya.Ce bayang isteri-isteri yang terpaksa duk jauh dari suami.Contoh kawan saya sorang ni .Dari 1st puasa lagi dh terpisah dr suami dia.Dah la tengah pregnant (Insyallah bln 9 due).Dia kata sedih sangat bila jejalan kat bazar orang tengok je macam dia takde suami.

Saya ingatkan dia yang Allah tak pernah abaikan pengorbanan kita. Besar pahala yang Allah bagi pada isteri-isteri yang tunggu kepulangan suaminya.Sambut dengan senyuman & layan suami dengan sebaik mungkin.Lagi kita sabar lagi banyak ganjaran yang Allah bagi kat kita.

Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.Patut la suami saya selalu sangat tinggal saya..hahaha.Aduyaii..

Perasaan pertama kali ditinggalkan cik abang yang memenuhi tuntutan keje dia lepas hampir dua tahun kawen memang tak terkata.Sedih sangat..huhu.Duk rumah sorang2.Seriusly..kerap sangat nangis bila dh rasa bosan.Bila cik abang tau memang dia risau gila la.Dia selalu ingatkan saya jangan tension.Banyakkan sabar & layan je. Apa yang saya buat, tiap kali teringatkan dia saya akan peluk baju dia (kikiki) & doa semoga Allah bagi kekuatan pada kami berdua tuk hadapi dugaanNya. Saya percaya ada hikmahnya.Saya rasa sejak kerap terpisah ni rasa rindu-rinduan tu makin kuat, masing2 lebih terbuka, komunikasi pun makin baik.Selalu sangat luah perasaan walaupun just dlm sms je.Ye la kan, kadang2 ada benda yang macam susah skit nk ckp depan2.takut xdpt kawal emosi.Dah le saya ni sensitip terlebih..hahaha.

Ada juga orang kata kalau sayang isteri jangan tinggal-tinggalkan. Sebabnya takut nti isteri cari lelaki lain yang boleh kepit dia 24 jam.Bukan sikit kes isteri curang bila suami takde.Pada saya semua terpulang pada diri kita sndiri.Sebagai isteri kita kena pandai jaga diri.Bukan setakat jaga maruah kita je, tapi kena jaga juga  maruah suami & keluarga kita. Kalau kita buat apa2 yang buruk, orang takkan tanya "sapa dia tu?", tapi orang akan tanya "isteri sapa tu?". Dengan suami kita sekali dpt nama..hihi.

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan kita sndiri... =)

mood cute2 macam bear..haha






Wednesday, August 17, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

0 comments
ni menu buka pose semalam..gara2 tgk kuali oh kuali kat tv3 yang tunjuk cara2 masak asam pedas, rasa teringin pulak nak makan..tu yg beli bahan2 semua..tapi apek sayur xbawa daun kesum la.bunga kantan pn xde.jadinya agak xbrapa nk lengkap jg la.tapi still sedap..ecehh, puji sndiri..hahaha

resepi asam pedas ni ambik dari myresepi..kebetulan resepi tu mmg tak letak cik kesum + cik kantan..mmg kena tema btl la..

abaikan kecomotan kat tepi tu sbbnya dh mkn bru teringat nk snap..hihi

memang suka la..1st time masak asam pedas ni..rasa mcm nk asam pedas ikan pari, tp bila ingat balik kenangan buruk beli ikan pari kat pasar dlu tu dh tawar nk beli..kalau nk pn beli dh siap masak la kot..

layan juga gambar roti jala..pn percubaan pertama.Alhamdulillah cik abg kata sedap.Tu yang penting



p/s: hari ni menu berbuka masak nasi goreng je..=)





Wednesday, August 10, 2011

MAJLIS BUKA POSE

0 comments
berbuka pose kat hotel sabah smlm..sebabnya ada majlis buka pose untuk smua ahli keluarga KD YU..open air lg..Alhamdulillah xhujan time tu walau nmpk cuaca mcm mendung je dgn angin yg sepoi2 bahasa..ecehhh..haha

puas gak la mkn2..mcm2 ada.biasa la bila dh mkn kat hotel haruslah bufet..mkn le apa ko nk mkn.Agak2 dh letih melantak, bleh terjun dlm kolam renang..haha. oh ye..bercerita psl kolam renang,sesampai je kami dh di sambut dgn pemandangan yg agak mengurangkan pahala pose..puas gak la menjaga pandangan..habis dh meja ko sblh kolam renang harus la ko ter'tengok' kan..haha

duduk semeja dengan bujang2 lapok, jenuh nk tahan gelak tau..ada je lawak diorg..harus masuk raja lawak la.saya sorang je pmpn kat meja tu..cik abg la ni yg pilih tempat.smpaikan ada pegawai tegur..

"ni semua geng bujang..ni makcik sapa?"

*makcik tu merujuk pada isteri la ye...

tp mybe pegawai ni still ingat muka isteri anak buahnya ni sbb pernah terserempak masa melawat KD Mahawangsa..makanya dia sndiri yang jawab soklan dia tadi..huhu.sy just angguk je..hihi

lps mkn2, solat maghrib semua..sesi bagi duit raya plak..hihi.

pastu sapa nk sambung melantak pn bleh..

sebelum balik, pakat2 ambik gambar reramai ye..semua nk cepat sebab masa tu angin dh kuat sesangat  & ondaway balik tu hujan turun dgn lebatnya..


Thursday, August 4, 2011

BERBUDI PADA TANAH

4 comments
Baru berjinak2 dengan hobi baru, tanam pkok..tapi tak banyak pn 4 pasu kecik je..asalnya beli pasu & tanah sebab nak tanam pokok lidah buaya..anak pokok lidah buaya tu saya import dari rmh mak kat perak.jauh tu..kiki.Alang2 beli pasu, xkan nk beli 1 je, beli la lebih skit. Lepas tu beli benih pokok bendi.



Sebab musabab tanam pokok lidah buaya ni adalah nk ambik lendir dia sapu kat kepala.Bagus tuk suburkan rambut ni. Bleh juga sapu kat bulu mata bagi panjang skit...hihihi.

Pasu kedua, tanam pokok bendi la..kan dh beli benihnya...


50 ke 55 hari lepas tanam dh bleh tuai..lama lagi nk tgu ni baru bleh makan buahnya..kiki


Daun bawang...bleh la potong bila masak sup ke...hihi


Selain tu, tanam pokok cili api..hihi. Dalam pasu ni juga ada kunyit tu kat dalam tu, tapi lama bebenor tunggu xkluar2 pn tunasnya tu yang tanam cili tu...haha.Agak tak sabar nampaknya ye.. =P


Itu je la pokok2 yang saya tanam setakat ni.. Ingat nk tanam pokok pandan & daun kari plak nti..




HARI NI HARI KE- 4 PUASA

0 comments
Dah subuh pn..hr ni bersahur dengan lauk buka pose semalam je..menu yg sama.sambal sotong, ayam goreng kfc & air soya cincau..tak dilupakan kuih cara.

Berbuka semalam dengan cik abg...jadi agak excited smpi tak ingat langsung nk snap gmbr menu berbuka..dh 3 hari posa bru malam td dpt bka posa sesama..mana  tak excited..hihihi

Lepas solat maghrib, cik abg trus gerak g tempat keje balik..mulanya dia nk tunggu Isyak tp tengok kat luar mcm nk hujan je dengan angin yang kuat,jadi kluar awal takut kena hujan tetengah jalan.

Ok lah..dh azan subuh..nk solat dulu.. =)


Wednesday, August 3, 2011

SAYA YANG KE'PENING'AN

0 comments
Saat ini kepala tengah pening2 lalat..mungkin sbb xcukup tdo..hihi.mlm td pkul 1.30 bru tergedik2 nk tdo..awl2 tu on9 fb..pastu bila terbaca status kwn ku psl solat terawih trus terasa nk solat terawih plak..walau lebih afdal solat terawih secara berjemaah, saya agak segan tuk tunjuk muka kat surau sbb kaum adam yg sangat ramai..lgpun cik abg ku xde, jd rasanya lebih selesa tunaikan kat rumah je seseorang..mudah je kan..hihi
Wktu tu dh pkul 12 lebih..jgn risau, solat terawih bleh dibuat selepas solat isyak hingga la sebelum subuh..

Alarm jam berbunyi pkul 3.30am tp kesan tdo lambat, saya dgn tanpa rasa bersalah pejam mata balik lps tutup alarm, kekonon nk tdo2 ayam..hasilnya bangun secara mengejut pada masa jam menunjukkan pukul 4.16am..trus kelam kabut pegi dapur..asalnya nk mkn nasi..tp macam ambik masa je jadi saya mkn bihun sup..gila pelahap saya makan sebab nk kejar wktu imsak pkul 4.33am dan waktu subuh 10 minit kemudian..Alhamdulillah sempat..minum 4 gelas air sebab kepedasan sambal kicap yang dimasukkan dlm bihun sup tu..pagi ni asyik ulang alik ke toilet je..huhu.

Lepas solat subuh, tak nak tdo jadi trus on laptop dan tv..tv just peneman je sebab saya tak tengok pn..fikiran  lebih kepada laptop depan mata..

Pagi tadi sms cik abg minta izin tuk turun bawah beli buah tomato sebab rasa macam nk masak sweet n sour tuk berbuka nti...sekaligus buang sampah yang dh penuh dlm plastik..cik abg kata dia balik agak lewat hr ini dan mungkin juga tak balik sebab alang2 je nti pukul 3 nk kena pegi semula..hari ini Mail sayur bawa sotong besar bersamanya..jadi saya telah beli sotong tersebut sebanyak 1/2 kilo @ rm3.50...dalam kepala otak dh terbayang nasi lemak sambal sotong manakala menu sweet sour telah di pospon sbagai juadah tuk esok je...kikiki

Sekian...saya nk tdo sebab kepala saya makin pening..rasa nk uwekkk tp cuba tuk bertahan sebab saya nk puasa hr ni... =P

Tuesday, August 2, 2011

MENU BERBUKA PUASA 2 RAMADHAN

0 comments
Hari ni buka pose makan nasi goreng kosong + ayam goreng ala2 kfc + sup ayam...air teh ais.. =)


siap sedia dihidang tuk di ngapp..


nasi goreng

sup ayam jiran ku bagi

ayam goreng ala2 kfc

teh ais


Alhamdulillah..syukur atas rezeki hari ni... =)






 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez