Powered by Blogger.

Saturday, February 19, 2011

NOVEL AD+IZ - EURY ATHENA

0 comments


Minggu lepas beli novel Ad+Iz online kat KAKI NOVEL..dh dpt pn khamis td..sebelum ni dh baca online tapi biasa la dia letak suku je..nak baca sampai habis kena la beli..so, memandangkan dh baca sikit tak best la plak kalau xbaca last crita tu mcm mn, terus order 1...
Memang tak rugi saya beli..jalan critanya best..ada lawak, ada sedih, ada geram..

Novel ni berkisar tentang Adrianna Mayesa, Ad. yang keje kat butik pakaian..sanggup korban sara keluarga tiri dia yang tak pernah nak hargai kewujudannya..Salah faham berlaku masa Ad hantar baju yang ditempah ke rumah pelanggan butik..Ad diupah oleh Tengku Farriel Izumi, Iz, tuk menyamar sebagai kekasih dia sebab kekasih Iz, Marina, dh lari tinggalkan Iz...Tup2 nenda Iz yang berkenan sgt dgn Ad suruh diorg nikah malam tu juga..Nak tak nak terpaksa juga ikut..Bermula dari pernikahan tak terancang tu la mcm2 insiden berlaku..Bila cinta dh berputik, time tu juga la Marina dtg nak rebut Iz..Ihsan sepupu Iz jatuh cinta dgn Ad n desak Ad tinggalkan Iz, ayah Iz berkomplot dgn mak tiri Ad tuk pisahkan diorg, rahsia lama terbongkar meragut kebahagiaan Ad+Iz...
Part paling sedih bila Iz, yang dh berikrar nak sehidup semati dgn Ad tetiba bleh percaya dgn tipu helah n fitnah ayah dia pada Ad..sampai sanggup lukakan hati Ad..
Ending pun happy..nasib baik sebab saya sgt tak suka baca novel yang ending sedih...hehe.

NASI DAGING DAN AIR ASAM

0 comments
Menu hari ni Nasi Daging + Air Asam..dh banyak kali buat tapi baru kali ni nak share dlm blog..hehe..credit tuk nhudaahmad tuk resepi yang simple n sedap..

nasi daging

daging ni saya buat masak kurma..kalau ikutkan masuk je terus dlm nasi tu...tapi saja nak bagi rasa skit rempahnya...

air asam
kacang botol ni buat ulam
Bahan-bahan Nasi:
  • 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)2 cawan beras (dibersihkan)
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
  • daun pandan
  • 1/2 tomato (dicincang)
  • garam dan gula
  • daun ketumbar
Bahan tumis:
  • kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak zaitun.
  2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
  4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
  6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.
Bahan-bahan Air Asam:
(Blend)

  • asam jawa
  • cili padi
  • tomato
  • belacan
  • kerisik
  • gula
  • garam
Bahan B : (potong)
  • tomato
  • bawang besar
  • cili padi
Cara2:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A
p/s: Mesti cuba..en.F@riz puji sedap tau..hehehe..tu yang penting tu..baru semangat nak masak..=) 
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez