Powered by Blogger.

Friday, March 4, 2011

WANITA: SOLAT DI MASJID ATAU DIRUMAH?

0 comments
Kita memang dh sedia maklum tentang ganjaran pahala yang Allah berikan kepada mereka2 yang solat secara berjemaah.Sesuai dgn sabda Nabi Muhammad SAW "Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian dengan 27 darjat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi orang lelaki, hukumnya fardhu kifayah. Bagaimana pula dengan wanita...

Wanita lebih baik solat di rumah, tetapi Rasulullah bersabda "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita ke masjid bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya beri keizinan kepada isteri kalau isteri nak ke masjid. Walaubagaimanapun, ulama sependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dikalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." Wajib atasnya menjaga adab-adab Islam iaitu mengenakan pakaian yang menutupi auratya, menjauhi pakaian-pakaian yang tipis dan pakaian yang menampakkan lekuk tubuhnya kerana sempit, tidak memakai wangi-wangi, tidak ikhtilat dengan lelaki lain pada shaf mereka namun di belakang shaf mereka.

Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda:"Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".

Walaupun demikian, Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram".

Ini kerana solat di Masjid al-Haram mempunyai kelebihan beratus ribu ganjaran pahalanya. Daripada 'Atha' daripada Jubari bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Solat di dalam masjidku (Masjid an-Nabawi) adalah lebih baik (afdal) daripada masjid-masjid lain kecuali al-Masjid al-Haram. Dan solat di al-Masjid al-Haram lebih baik (afdal) daripada seratus ribu masjid selainnya."


Ada hikmahnya kenapa isteri tak digalakkan berjemaah di masjid. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan fitnah juga supaya suami lebih tenang dalam beribadat kerana tahu anak-anak terjaga dengan baik dibawah pengawasan isteri di rumah. Isteri masih boleh mengumpul pahala dengan mengalakkan suami ke masjid dan meyediakan pakaiannya. Isteri juga boleh solat berjemaah di rumah bersama anak-anak.


Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik masjid bagi perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka." (HR Ahmad)


Wallahu'alam...

DOA BERKAITAN SYARIAT RUMAHTANGGA

0 comments
Pergi satu majlis kenduri kahwin, tuan rumah bagi buku kecil yang menghimpunkan doa-doa untuk amalan bersama..share kat sini...=)

Doa ketika hendak berjimak
"Ya Allah, ya Tuhanku,hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)."

Doa mendapat anak soleh
"Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)."

Zikir untuk mendapat anak
"Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Membentuk."

Doa mengekalkan kasih sayang suami/isteri/anak-anak yang terpisah agar tertambat hati antara satu sama lain.
"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beroleh kemenangan."
(Surah Al-Imran: 200)

Doa kasih sayang/pelembut hati suami/isteri/anak-anak
"Taha (Hai manusia). Tiada kami turunkan Al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."

Doa melindungi anak-anak daripada gangguan syaitan
"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat."


Doa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."


Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah SWT
"Ya Allah, janganlah Engkaupesonhkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki)."


Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga
"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez