Powered by Blogger.

Thursday, July 28, 2011

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRIKU =)

2 comments


DOA HARI LAHIR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Allah...Kurniakanlah aku ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada insan-insan disekelilingku.

Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Friday, July 15, 2011

KUKUHKAN CINTA BILA BERJAUHAN

0 comments
berjalan2 di alam maya sambil tambah ilmu, terjumpa la plak dgn petua tuk kukuhkan hubungan jarak jauh..walaupun saya tak duduk berjauhan dgn en.fariz tp disebabkan saya sekarang kerap ditinggalkan bila en.fariz kena belayar..rasa mcm sesuai plak tuk dipraktikkan..hihi..ada yang dh dipraktikkan pn sebenarnya..






Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan anda. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Limah. Tapi Limah suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaan anda bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.
Hargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah itu keterlaluan? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi.
Pancawarnakan Kehidupan Anda
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang? “Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan. Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.
Percayalah
Percaya perlu menebal dalam diri. Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tidak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan jangan mudah bosan walaupun berjauhan.  Bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan, jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat.


CREDIT: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU


p/s: minggu depan en.fariz belayar lagi..kesorangan lagi le nampaknya.. =)


Wednesday, July 6, 2011

SURAT SAMAN PTPTN + PENGHAKIMAN INGKAR

26 comments

masa kat kmpg hari tu ada posmen hntar surat tuk saya..rupanya surat saman dr ptptn mnta saya hadir kat mahkamah p.buntar 30/6/2011...cuak gila masa tu..kebetulan tarikh yg sama dgn flight saya balik sandakan.so, xdpt la saya nk pegi mahkamah tu..klu saya cancel flight saya tu maunya beratus plak saya kena bayar tuk beli tiket baru..


isnin lepas, masa saya tengah duk karang surat rayuan nak hantar kat ptptn, adik saya kat kmpg call bgtau ada surat dtg lagi mnta sy hadir ke mahkamah yang sama 7/7/2011 (esok la) tuk rekodkan penghakiman ingkar..

hr isnin tu juga saya call peguam yang mewakili ptptn tuk tnya psl ketidakhadiran saya tu..peguam tu suruh saya contact ptptn unit undang2..saya call tapi xberjawab..semalam pn saya call still xberjawab, so, saya ambik keputusan 'post'kan mslh saya kat forum ptptn..en.ptptn tu suh fax surat rayuan...

pg td try lagi call unit undang2..Alhamdulillah ada pn yg jwb..dia bagi saya no fon unit saman plak..call pg xberjawab..lps solat zohor td saya try lagi kali ni kalau xberjawab juga saya memang dh malas nk fikir..lantak le..

rupanya percubaan kali ni berjaya..saya crita la mslh saya sebab apa saya xleh dtg mahkamah tu..en. unit saman mnta no. ic & no. fon dia nk semak dlu then dia akan call balik...sementara tgu dia call memang saya duk doa Allah lembutkan hati en. unit saman..hihihi.

beberapa minit kemudian, ada call masuk. en.unit saman kata peguam diorg kata saya tetap kena penghakiman ingkar kecuali bayar pendahuluan mengikut jumlah yang tertunggak..jumlahnya agak bnyk la sebabnya saya memang xpernah bayar pn lagi..bukan xnak bayar tp ada la sebab2nya...huhu

memandangkan bru ni balik kampung dh berhabis banyak..xlama lagi nk raya plak...memang xde peruntukan la..huhuhu.so, saya redha je la dikenakan penghakiman ingkar & cas pentadbiran 8 peratus..bertambah le hutang saya..tu la kan sapa suh xnk bayar...

kesimpulannya...kalau dpt surat mahkamah tu pegi je la ye..jgn smpi kena penghakiman ingkar plak..nama dh tentu kena blacklist xleh p luar negara..xpun bayar je la takat mampu..janji akaun kita tu aktif..jgn biar pasif smpi ptptn pn xtau hidup lg ke tak kita ni..

terima kasih pada pn.peguam, en unit undang2 & en. unit saman atas kerjasama pihak en. yg sudi layan call saya..(mcm le diorg baca blog ko...huhu)


p/s: kalau rerasa nak komen 'padan muka, sapa suh xnak bayar' xperlu la kot sbb saya sndiri dh ckp benda yg sama pd diri sndiri & kdg2 rasa nyesal sbb buat pinjaman ptptn dlu kalau ku tahu begini jadinya..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian xde guna dh...=P

Monday, July 4, 2011

ENTRY LEPAS BALIK KAMPUNG

0 comments

lama betul xupdate blog..duk kat kampung memang xsempat nk update..nak2 balik sebab kenduri plak..banyak sangat hal yang nak kena settlekan..

balik 14hb hr tu, dlm pukul 11.30 mlm baru smpi rumah..lewat sebab tiket bas dari puduraya pukul 6.30 ptg..gila cantik pudu sekarang..nasib baik dh buat research sesiap pasal wajah baru pudu ni...kat mana nk beli tiket, kat mana nk makan, nk tunggu bas..kalau tak harus sesat...hihihi.

17hb plak busy dgn majlis nikah kakak..majlis petang so, minta tolong abang ipar saya masak mee kari tuk jamu tetamu yang dtg..nak makan nasi memang xsesuai dh pepetang cmtu kan..

bergmbr dgn hantaran tuk pihak lelaki


majlis akad nikah buat kat rumah je..saya dulu pn sama..yang tak bestnya masa majlis akad nikah saya tu, kami dh sedia tempat khas dgn karpet cntik tuk majlis akad nikah tup2 tok kadi minta buat kat luar rumah je dgn alasan panas duk dlm rmh..



tgk la ha..luar rumah je..dgn karpet buruknya...haha.
lagi satu yg terkilannya xde sapa pn yang panggil saya turun bawah tuk dgr lafaz & taklik yg suami saya baca..tau2 je kakak saya naik bgtau dh selamat..huhu.xpela..tutup kes..hihi

sehari sebelum kenduri, sebelah paginya sibuk pasang khemah & petang sembelih lembu..malamnya makan sup tulang..sedappppp...=)




25hb plak majlis kenduri.. majlis tuk 2 pasangan pengantin..kakak & adik lelaki saya..memang meriah la..ramai yang dtg smpi ada tetamu yang tak dpt cenderamata dr pihak tuan rumah..hihihi.





suka tgk mekap kakak saya ni...
smpi petang masa shoot kat taman tasik taiping tu pn still nmpk cntik je..hihi

esoknya 26hb, majlis sebelah suami kakak saya plak..

kena suh buat gaya bebas..ni je gaya bebas yang kami terfikir time tu...haha

kena jadi pengapit...hihihi


walaupun agak penat tapi memang seronok dapat kumpul reramai..



p/s: sekarang dh ada kat Sandakan balik..bosannya sebab cik abang dh kena belayar semalam..huhu.


 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez