Powered by Blogger.

Friday, June 1, 2012

REVIEW BUKU : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

0 comments


Buku ni memang sangat2 bermanfaat tuk semua. Penulisnya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. Yang menariknya, buku ni lengkap dengan gambar. Carta, jadual, rajah. 
Mudah nak faham & ingat.

Alhamdulillah, suami aku dapat buku ni, cenderahati dari warga Kapal Diraja YU (KD YU) masa jamuan perpisahan tuk suami aku sebelum kami pindah Lumut.

Buku ni lengkap terangkan tentang saat2 awal sambut kelahiran sampai la cara tuk uruskan jenazah. 


Bab 1: Panduan tuk mereka yang baru dapat baby. Bab 2 pulak panduan tuk didik anak.

Dalam bab 4, terangkan tentang cara bersuci, solat dll

Dalam bab 5: Munakahat (hukum perkahwinan). Terangkan tentang rukun nikah, tanggungjawab suami isteri dan ada doa2 berkaitan syariat rumahtangga dll.



 Mengurus jenazah. Salah satu topik dalam "Bab 6: Syariat dalam bermasyarakat".

Dalam bab 7 ni, terangkan tentang amalan2 sunat yang boleh kita laksanakan tuk isi masa. Berselawat, baca Al-Quran, Zikir. Juga ada doa dan amalan untuk ubati penyakit macam demam, sakit kepala dll.

Sangat sesuai kalau nak jadikan hadiah or cenderahati.

Harganya RM 55.00 sahaja. Sangat berbaloi.Kalau nk beli boleh cari kat kedai2 buku. Boleh beli secara online juga kat  MPHOnline atau pun kat website TELAGA BIRU.

SELAMAT MENAMBAH ILMU ;)

PINDAH RUMAH BARU

0 comments
Entry kedua untuk tahun 2012...hahaha. xtau kenapa di penghujung tahun lepas asyik malas je nak update blog. salah satu sebabnya masa yg sebelum ni agak lapang, dh jadi padat skit sebab dah keje.

awal bulan 4 tahun 2012, permohonan hubby tuk draf balik semenanjung berjaya..balik lumut. teruja sebab dekat dengan kampung..hohoho.
Dalam masa 2 minggu kena settlekan semua urusan nak pindah, biasa la, org keje gomen mcm2 prosedur nk kena buat..nak2 navy ko..huhu. tugas aku, hnyalah kemas barang2 masuk kotak. Barang kat rumah tu memang xbnyk mana pun tapi masa masuk kontena, 34 item juga la..tu kira skit tu..ada kawan smpi 80 item. Borong jati la sebab kat sana jati murah gile. Aku ngan hubby tak berapa minat sangat dgn jati2 ni, so, mmg xde beli sebiji habuk pun barang jati.



Ruang tamu


Pintu ke ruang makan & pintu ke dapur
Laluan tuk ke bilik

Rumah ni sekarang dah jadi kenangan. Sedih nak tinggal dia. Walau bukan rumah sendiri, 3 tahun dia la jadi tempat kami berlindung. Dia la yang buat aku rasa selamat bila tinggal sorang2  time hubby kena belayar dulu...huhu.


Sekarang dah duduk rumah baru. Persekitaran baru. Jiran2 baru.




 Barang dari Sandakan tak sampai2 lagi. Dah nak dekat sebulan dah. Rumah kosong je. Harapkan perabot kerajaan bagi je..hihi. Baik juga hadiah2 masa kawen dulu ada lagi tak guna. Angkut la mana yang patut macam periuk nasi, kettle, gelas. Dapur gas baru beli sebab tak lalu siang malam nk makan luar..hihi.


Akuarium angkut dari kampung juga. Bela puyu, belida & ikan lohan. Tv takde, so, tengok ikan je la tuk hiburkan hati =)


p/s: hari ni hari ulangtahun perkahwinan aku & hubby tuk ketiga tahun. Malangnya hubby duty malam ni..huhu



 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez