Powered by Blogger.

Wednesday, February 23, 2011

IKAN KERAPU MASAK 3 RASA

3 comments
Beberapa hari lepas, jiran saya bagi ikan kerapu hasil pancingannya..tgk je ikan tu trus terfikir nak masak 3 rasa..sebab saya tak tau masakan apa lagi yang sesuai dgn ikan kerapu ni..ada yang buat masak stim tapi saya tak brapa suka..
hari ni terhasillah ikan kerapu masak 3 rasa yang dh di plan tu..hehe..jarang sebenarnya masak lauk ikan sebab en.F@riz agak kurang suka makan ikan...


resepi ni blajar dr abg ipar saya..dia memang pandai masak sebab makayah pernah buka kedai makan...kalau buat knduri kecik2 msti suh dia yang masak..best la kakak saya..time ngandung relax je..tgu abg ipar saya blk keje tghari n dia yang akan masak...malam pn mcm tu gak..klu ttba dtg rumah diorg, sekejap je makanan dh terhidang..biasa la org lelaki kan masak laju je...hehe..
berbalik pada menu hari ni..selepas menghafal bahan n cara2 nak buat...1st time try masak 3 rasa, semua puji sedap..part tu yang best...bangga sekejap...maka, tiap kali ada yang teringin saya lah yang ditugaskan tuk masak..pdhal senang je pun..campak je bahan dlm kuali, kacau2 dah siap...huhu.


masa balik kampung hari tu, abah saya dh siap beli bahan2 suh saya masakkan..hehe.sejak jarang2 dapat balik ni memang air tangan saya sangat dirindui kat kampung tu..kikiki..dan sejak dh kahwin & duk rumah sndiri saya memang telah berubah dari seorg yang agak malas nak masak kepada yang agak rajin..google resepi sedap2 & masak tuk suami tercinta smbil harapkan pujian supaya mood saya tuk trus rajin masak berkobar2...hahahahahahaahaha.

ADAB BERJIRAN - jadilah jiran yang membahagiakan jiran

0 comments
Baca kat wall adik ipar saya yang mengadu ttg perangai pn.jirannya merangkap jiran mertua saya..saya dh boleh agak siap yang dia maksudkan..so, tnya la kenapa..rupanya pn.jiran ni menjaja cerita 1 taman kata fmly mertua saya ni gedik cat rumah warna hijau sedangkan pn.jiran dh pilih warna tu tuk tema kahwin anaknya & nak cat rumah color tu juga..rumah mertua & pn.jiran ni sebelah meyebelah je..masalahnya adik ipar saya kata diorg tak tau langsung yang pn.jiran ni nk guna tema hijau..kalau tak, takde diorg nk cat color tu..huhu.apa salahnya bila dh nmpk diorg cat tu bgtau elok2..xyah la bercrita sana sini...lgpun kndurinya lmbt lagi..bulan 11 kot..
Sebelum ikut en.F@riz ke sandakan, saya sempat juga duk rumah mertua..masa tu tolong mertua yang berniaga kantin sekolah..so, memang dh tau sgt perangai pn.jiran ni..hasil dari pemerhatian sndiri & crita dr keluarga mertua..tujuan utama diorg bercrita, supaya saya hati2..kalau duk dpn jiran ni kena sopan2 skit takut nti glamor plak 1 taman...keluarga mertua ni dh puas buat baik dgn pn.jiran, tolong tu..tolong ni..ingatkan pn.jiran hargai la..tetiba dituduh plak mcm2..mak mertua saya sndiri tak tau apa yang pn.jiran ni tak puashati sgt..depan kita bukan main baik lagi..tapi kat belakang,keje ngumpat kita je..
dalam kesibukan jaga hal keluarga orang lain, keluarga sndiri tah dah jadi apa..anak perempuannya yang baru tingkatan 2 pernah kena tangkap basah..tapi pn.jiran & suaminya kata xpe sebab baru pertama kali..huhu..anak perempuannya yang baru drjh 1 dh pndai mencuri@menipu bila beli makanan kat sekolah..curi duit kawan2..pecah lubang mak ayah yang ajar sebab si anak ni dgn bangga bercerita pengalaman mencuri dia dan makayahnya di satu supermarket..tak heran la anak keduanya pn pernah ditangkap tuan pnya stesen minyak sebab mencuri juga..bnyk lagi hal2 -ve keluarganya yang sepatutnya pn.jiran utamakan tuk dijaga..tapi pn.jiran mcm tak peduli je..

Rasulullah SAW bersabda:
"Perbaikilah melayani tetanggamu, maka jadilah engkau seorang muslim"
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah memuliakan jiran."
Dirawikan bahawa seorang lelaki datang kepada Ibnu Mas'ud ra seraya berkata, "Aku mempunyai tetangga yang menyakitiku, memaki dan menyedihkanku." Ibnu Mas'ud berkata, "Pergilah! Jika dia menderhakai Allah padamu, maka taatilah Allah padanya."
Dikatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang perempuan berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari, tetapi menyakiti tetangganya.Maka Rasulullah SAW bersabda:
"Dia akan dimasukkan ke neraka"
Seorang muslim yang berjiran seharusnya jaga tingkah laku dan pertuturan supaya segala apa yang kita luahkan tak menyakiti jiran kita. Bagi kita yang duk jauh dari fmly dan sedara mara, jiran la orang paling kita harapkan dapat tolong kita bila susah..berkongsi rasa bila senang..
Islam dh gariskan beberapa adab yang mesti diamalkan oleh seorang muslim selagi dia bergelar 'jiran'. Antaranya:

  • Hormat-menghormati
  • Sentiasa bermanis muka
  • Bertegur sapa
  • Ziarah menziarahi
  • Berbaik sangka
  • Bertolak ansur
  • Bermaaf-maafan 
  • Menutup keaiban jiran
  • Memberi keutamaan kepada jiran terdekat
  • Memelihara pandangan ke rumah jiran
  • Sedia memberi bantuan atau pertolongan
  • Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran
  • Mengucapkan tahniah atas kejayaan dan takziah ketika ditimpa musibah




 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez