Powered by Blogger.

Sunday, February 27, 2011

CBOX BERMASALAH

0 comments
buka je blog hari ni..cbok tak juga kluar..kalau kluar pn ada error plak..dh puas godek kat html nya..tapi still sama juga..malas nak fikir terus buat yang baru je..semua komen n link yang ada kat cbox dh ghaib dgn sendirinya...huhuhu

KENA TINGGAL...HUHU

0 comments
en.F@riz memang suka sgt main badminton..tiap2 malam main kecuali mlm jumaat sbb ada tahlil kat surau..
malam tadi ada perlawanan persahabatan kat dewan RKTLDM.sebab kesian kan saya  yang tinggal sorg2 kat rumah, en.F@riz ajak saya pergi sekali..mulanya mcm segan nak pergi..kang saya sorg2 je pompuan kat situ..tapi lepas dipujuk en.F@riz, saya ikut le juga..
en.F@riz kata dia nak kluar beli ais cube kejap..dlm 7.30 dia balik bleh la kami pergi..sementara tu saya layan fb dulu..7.30 tu memang btl en.F@riz balik..

"Sayang, jom pergi."
"Ok..kejap.nak siap..sayang siap kejap je."

So, saya masuk bilik pakai simple2 je..en.F@riz siap2 kan barang dia..masa saya tengah pakai tudung..

"Sayang, abang tgu kat bawah ye."
"Ok..kejap lagi sayang turun."

Bila dh siap, saya pn turun la bawah..masa turun tangga tu saya tercari2 juga mana en.F@riz sebab tak nmpk pn kat tmpt parking..sampai bawah memang sah xde..kena tinggal dh la ni..trus call..gelak sakan la dia..huhu..apa darr..punya excited smpi tinggal bini tu..baik gak dewan tu dekat je..so, saya jalan kaki je pergi sana..yang en.F@riz dh kikikikiki kat dewan...

"Sorry2..abang lupa.Sembang dengan ustaz td terus lupa kat sayang....hahahaha"
"Cehh..teruk betul abang ni.Ajak orang tapi tinggal plak."

Dalam pukul 8 cmtu, game start..dalam dewan tu saya sorg je pompuan..buat bodo je la..sempat gak ambik gambar...
ni la barisan pemain handalan..kiki

si baju putih tu la en.F@riz...hehehe
Lama juga la diorg ni main..lepas kemas apa yang patut nak dekat pukul 11 juga la bru balik..tp sebelum tu pergi makan char kuey teaw dulu isi perut yang lapar...=)

Friday, February 25, 2011

CARA NAK SEBUT "YAHOO!" DGN BETUL

4 comments
hahaha...masa berfacebook td baca wall post en.mohd.adha mohd.zain tuan pnya myadha.com di facebooknya..
tau tak macam mana nak sebut "yahoo!" dgn betul..

  1. Kuatkan volume komp or laptop..
  2. Buka web Yahoo! & klik TITIK (.) kat tanda seru logo Yahoo! tu..


Dengar & sebut betul2.....Yahooooooooooo....=)

Wednesday, February 23, 2011

IKAN KERAPU MASAK 3 RASA

3 comments
Beberapa hari lepas, jiran saya bagi ikan kerapu hasil pancingannya..tgk je ikan tu trus terfikir nak masak 3 rasa..sebab saya tak tau masakan apa lagi yang sesuai dgn ikan kerapu ni..ada yang buat masak stim tapi saya tak brapa suka..
hari ni terhasillah ikan kerapu masak 3 rasa yang dh di plan tu..hehe..jarang sebenarnya masak lauk ikan sebab en.F@riz agak kurang suka makan ikan...


resepi ni blajar dr abg ipar saya..dia memang pandai masak sebab makayah pernah buka kedai makan...kalau buat knduri kecik2 msti suh dia yang masak..best la kakak saya..time ngandung relax je..tgu abg ipar saya blk keje tghari n dia yang akan masak...malam pn mcm tu gak..klu ttba dtg rumah diorg, sekejap je makanan dh terhidang..biasa la org lelaki kan masak laju je...hehe..
berbalik pada menu hari ni..selepas menghafal bahan n cara2 nak buat...1st time try masak 3 rasa, semua puji sedap..part tu yang best...bangga sekejap...maka, tiap kali ada yang teringin saya lah yang ditugaskan tuk masak..pdhal senang je pun..campak je bahan dlm kuali, kacau2 dah siap...huhu.


masa balik kampung hari tu, abah saya dh siap beli bahan2 suh saya masakkan..hehe.sejak jarang2 dapat balik ni memang air tangan saya sangat dirindui kat kampung tu..kikiki..dan sejak dh kahwin & duk rumah sndiri saya memang telah berubah dari seorg yang agak malas nak masak kepada yang agak rajin..google resepi sedap2 & masak tuk suami tercinta smbil harapkan pujian supaya mood saya tuk trus rajin masak berkobar2...hahahahahahaahaha.

ADAB BERJIRAN - jadilah jiran yang membahagiakan jiran

0 comments
Baca kat wall adik ipar saya yang mengadu ttg perangai pn.jirannya merangkap jiran mertua saya..saya dh boleh agak siap yang dia maksudkan..so, tnya la kenapa..rupanya pn.jiran ni menjaja cerita 1 taman kata fmly mertua saya ni gedik cat rumah warna hijau sedangkan pn.jiran dh pilih warna tu tuk tema kahwin anaknya & nak cat rumah color tu juga..rumah mertua & pn.jiran ni sebelah meyebelah je..masalahnya adik ipar saya kata diorg tak tau langsung yang pn.jiran ni nk guna tema hijau..kalau tak, takde diorg nk cat color tu..huhu.apa salahnya bila dh nmpk diorg cat tu bgtau elok2..xyah la bercrita sana sini...lgpun kndurinya lmbt lagi..bulan 11 kot..
Sebelum ikut en.F@riz ke sandakan, saya sempat juga duk rumah mertua..masa tu tolong mertua yang berniaga kantin sekolah..so, memang dh tau sgt perangai pn.jiran ni..hasil dari pemerhatian sndiri & crita dr keluarga mertua..tujuan utama diorg bercrita, supaya saya hati2..kalau duk dpn jiran ni kena sopan2 skit takut nti glamor plak 1 taman...keluarga mertua ni dh puas buat baik dgn pn.jiran, tolong tu..tolong ni..ingatkan pn.jiran hargai la..tetiba dituduh plak mcm2..mak mertua saya sndiri tak tau apa yang pn.jiran ni tak puashati sgt..depan kita bukan main baik lagi..tapi kat belakang,keje ngumpat kita je..
dalam kesibukan jaga hal keluarga orang lain, keluarga sndiri tah dah jadi apa..anak perempuannya yang baru tingkatan 2 pernah kena tangkap basah..tapi pn.jiran & suaminya kata xpe sebab baru pertama kali..huhu..anak perempuannya yang baru drjh 1 dh pndai mencuri@menipu bila beli makanan kat sekolah..curi duit kawan2..pecah lubang mak ayah yang ajar sebab si anak ni dgn bangga bercerita pengalaman mencuri dia dan makayahnya di satu supermarket..tak heran la anak keduanya pn pernah ditangkap tuan pnya stesen minyak sebab mencuri juga..bnyk lagi hal2 -ve keluarganya yang sepatutnya pn.jiran utamakan tuk dijaga..tapi pn.jiran mcm tak peduli je..

Rasulullah SAW bersabda:
"Perbaikilah melayani tetanggamu, maka jadilah engkau seorang muslim"
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah memuliakan jiran."
Dirawikan bahawa seorang lelaki datang kepada Ibnu Mas'ud ra seraya berkata, "Aku mempunyai tetangga yang menyakitiku, memaki dan menyedihkanku." Ibnu Mas'ud berkata, "Pergilah! Jika dia menderhakai Allah padamu, maka taatilah Allah padanya."
Dikatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang perempuan berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari, tetapi menyakiti tetangganya.Maka Rasulullah SAW bersabda:
"Dia akan dimasukkan ke neraka"
Seorang muslim yang berjiran seharusnya jaga tingkah laku dan pertuturan supaya segala apa yang kita luahkan tak menyakiti jiran kita. Bagi kita yang duk jauh dari fmly dan sedara mara, jiran la orang paling kita harapkan dapat tolong kita bila susah..berkongsi rasa bila senang..
Islam dh gariskan beberapa adab yang mesti diamalkan oleh seorang muslim selagi dia bergelar 'jiran'. Antaranya:

  • Hormat-menghormati
  • Sentiasa bermanis muka
  • Bertegur sapa
  • Ziarah menziarahi
  • Berbaik sangka
  • Bertolak ansur
  • Bermaaf-maafan 
  • Menutup keaiban jiran
  • Memberi keutamaan kepada jiran terdekat
  • Memelihara pandangan ke rumah jiran
  • Sedia memberi bantuan atau pertolongan
  • Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran
  • Mengucapkan tahniah atas kejayaan dan takziah ketika ditimpa musibah




Monday, February 21, 2011

DAGING MASAK HITAM

2 comments
Menu utama hari ni, Daging Masak Hitam..resepi asalnya dpt dr arwah jiran saya kat kampung yang saya panggil Mak Ngah...tapi saya dh edit skit ikut suka hati...hehe

nama pn daging masak hitam...memang hitam sungguh la...haha
Cara nak buat senang je..
Bahan-bahan: (bahan2 ni xde sukatan sebab saya main agak je bnyk mn nk masukkan)
Daging - dihiris nipis & direbus sampai lembut
Kicap manis cap kipas udang
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk rempah kurma
Serai
Kerisik
Minyak masak
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga (4 bradik)
Santan
Minyak masak
Daun limau purut (optinal)
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Cili kering
Cara-cara:
*Tumiskan bahan kisar bersama dgn serbuk jintan manis, jintan putih, rempah kurma, serai & 4 bradik..
*Biar sampai pecah minyak baru masukkan daging bersama air rebusan td..pastu biar sampai empuk..
*Masukkan santan pekat skit n kerisik...kacau sampai kuah pekat..jgn lupa masukkan kicap manis..agak2 la  ikut kehitaman yg kita suka..bleh masukan daun limau purut kalau nak..kacau kejap..
*Sedia tuk dihidang..

tak sabar nak makan...tunggu en.F@riz balik keje makan sesama...=)

Saturday, February 19, 2011

NOVEL AD+IZ - EURY ATHENA

0 comments


Minggu lepas beli novel Ad+Iz online kat KAKI NOVEL..dh dpt pn khamis td..sebelum ni dh baca online tapi biasa la dia letak suku je..nak baca sampai habis kena la beli..so, memandangkan dh baca sikit tak best la plak kalau xbaca last crita tu mcm mn, terus order 1...
Memang tak rugi saya beli..jalan critanya best..ada lawak, ada sedih, ada geram..

Novel ni berkisar tentang Adrianna Mayesa, Ad. yang keje kat butik pakaian..sanggup korban sara keluarga tiri dia yang tak pernah nak hargai kewujudannya..Salah faham berlaku masa Ad hantar baju yang ditempah ke rumah pelanggan butik..Ad diupah oleh Tengku Farriel Izumi, Iz, tuk menyamar sebagai kekasih dia sebab kekasih Iz, Marina, dh lari tinggalkan Iz...Tup2 nenda Iz yang berkenan sgt dgn Ad suruh diorg nikah malam tu juga..Nak tak nak terpaksa juga ikut..Bermula dari pernikahan tak terancang tu la mcm2 insiden berlaku..Bila cinta dh berputik, time tu juga la Marina dtg nak rebut Iz..Ihsan sepupu Iz jatuh cinta dgn Ad n desak Ad tinggalkan Iz, ayah Iz berkomplot dgn mak tiri Ad tuk pisahkan diorg, rahsia lama terbongkar meragut kebahagiaan Ad+Iz...
Part paling sedih bila Iz, yang dh berikrar nak sehidup semati dgn Ad tetiba bleh percaya dgn tipu helah n fitnah ayah dia pada Ad..sampai sanggup lukakan hati Ad..
Ending pun happy..nasib baik sebab saya sgt tak suka baca novel yang ending sedih...hehe.

NASI DAGING DAN AIR ASAM

0 comments
Menu hari ni Nasi Daging + Air Asam..dh banyak kali buat tapi baru kali ni nak share dlm blog..hehe..credit tuk nhudaahmad tuk resepi yang simple n sedap..

nasi daging

daging ni saya buat masak kurma..kalau ikutkan masuk je terus dlm nasi tu...tapi saja nak bagi rasa skit rempahnya...

air asam
kacang botol ni buat ulam
Bahan-bahan Nasi:
  • 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)2 cawan beras (dibersihkan)
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
  • daun pandan
  • 1/2 tomato (dicincang)
  • garam dan gula
  • daun ketumbar
Bahan tumis:
  • kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak zaitun.
  2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
  4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
  6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.
Bahan-bahan Air Asam:
(Blend)

  • asam jawa
  • cili padi
  • tomato
  • belacan
  • kerisik
  • gula
  • garam
Bahan B : (potong)
  • tomato
  • bawang besar
  • cili padi
Cara2:

  1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A
p/s: Mesti cuba..en.F@riz puji sedap tau..hehehe..tu yang penting tu..baru semangat nak masak..=) 

Thursday, February 17, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

0 comments
Join GA Tote Boutique....tarikh tutup 18//2/1011..so, sempat lagi join...hehe


pada yang nak join bleh KLIK SINI

GooD LUCk.... =)

ENTRY "CICAK" LE PLAK

0 comments
Makin banyak plak la cicak kat rumah ni..kalau dulu nak nmpk sekor pn susah..kalau ada pn still kategori anak2..tapi sekarang bukan setakat anak; mak bapak atok nenek pn dh ada..Port paling si cicak ni suka belakang peti sejuk..tiap2 malam duk buat konsert kat belakang tu..mcm2 muzik yang kluar..bila buka lampu..trus senyap..elok je tutup lampu, si cicak ni sambung balik..kadang2 main kejar2 mcm crita hindustan..geram je rasa..
Tak cukup dengan buat bising, membuang plak merata-rata..sabar je la..
Tadi try la google petua tuk halau cicak ni.. macam2 plak petuanya..ada yang suruh letak daun pandan, kulit telur, cili kering..nak kena cuba juga ni..mana la tau berjaya..hehehe..nak beli ubat bunuh cicak takut nanti dia mati merata plak..kalau mati tgh2 ruang xpe gak..bleh buang..buatnya mati tempat tersembunyi..bau bangkai plak kang rumah ni..huhu.

Wednesday, February 16, 2011

PENGALAMAN BERSALIN

2 comments
tajuk entry tu bukan tentang saya..tapi ttg pengalaman org lain...huhu.
petang tadi dlm sibuk nak uruskan itu dan ini sempat juga pegi melawat kwn yang bru bersalin kat hspital..Alhamdulillah, 2nd baby ni dia dpt anak lelaki..sblm ni dh ada anak pmpn umur dh 2 thn lebih..memang sronok sgt tgk baby..kecik je..comel sgt...tapi kesian kat ibunya..disebabkan kecuaian doktor..urat lehernya jadi tegang, nak gerakkan kepala pn susah..sakit katanya..doktor siap suruh dia minum air kopi la, air coca cola la..bg ubat tahan sakit..then suh dia cuba gerak-gerakkan kepala..huhu.si ibu yang sepatutnya boleh blk hr ni terpaksa kena duk kat wad lagi...smoga dia cepat sihat n bleh balik rumah sbb duk hospital memang tak best kan..

mcm2 pengalaman bersalin yang saya dengar..ada yang sakit sgt sampai trauma nak bersalin lagi..siap nasihat saya supaya biar lambat2 skit dpt baby..huhu..ada yang dh 2 3 kali operate..xmerasa lagi bersalin normal...ada yang dijaga nurse yang tak mesra alam..dh la sakit..terpaksa plak menahan sakit telinga dengar nurse membebel..termasukkan la baby tak cukup bulan..baby yang dijangka lahir bulan dpn rupanya dh tak sabar nak tgk dunia..
tak kurang juga yang takde masalah apa pn..sakit skit pastu dh bersalin..senang je..

bila dgr pengalaman orang buat saya makin teringin plak nak lalui sendiri..nak juga rasa apa yang org lain rasa..hehe..bila la agaknya..mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya dan suami.

lupa plak..masa kat wad tadi, tgh syok2 melayan baby n ibunya,ttba masuk sorg lelaki ni..tgk muka ceria je..rupanya isteri dia baru bersalin 1st baby..patut la sronok semacam je..peramah yang amat plak tu..drpd lelaki ni juga la saya tau rupanya kat sini ada bnyk adat diorg uruskan uri baby tu..ada yang tanam...bagus la..ada yang buang dalam sungai je...ada juga yang terus gantung kat pokok..ada juga adat timbang baby..mcm2 le..nak crita pn bnyk sgt..smuanya bergantung pada fahaman masing2..

WASIAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

1 comments
Tengah best tgk crita Laskar Pelangi kat astro, tetiba en.F@riz blk dr main badminton.. Buka je pintu, lps bagi salam trus suruh buka channel 119. Rupanya nak tgk Halaqah..tajuk wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW..

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU

Pada yang terlepas siaran Halaqah malam tadi, bleh tgk siaran ulangan 21 Febuari, 9.00 pagi... =)


Sunday, February 13, 2011

LAKSA UTARA

6 comments
Gara2 terliur tgk pic laksa kat blog KAK SURI SOLEHAH hari ni dgn jayanya saya masak laksa juga..saya memang hantu laksa dari kecik lagi..kalau mak saya masak laksa mau 2 3 mangkuk saya bedal smpi adik beradik lain pelik..siap tnya 'tak kenyang ke??'...hehehe.
siap buat cucur udang tu..potong kecik2 tabur atas laksa..
pagi tadi pegi pasar beli bahan2..kalau kat kampung saya suka guna ikan sardin..tapi kat pasar tu xde la plak..tnya kat tauke ikan pn ada yg buat muka pelik mcm xpernah dgr..hehe..sblm ni ada kwn en.F@riz suggest guna ikan basong..kwnnya kata lagi sedap sebab isinya manis..so, beli la ikan tu..xpasti kat semenanjung panggil apa sebab saya sndiri pertama kali dgr nama ikan tu..kiki..ikannya mcm ikan sardin juga..tapi en.F@riz kata bukan ikan sardin...ermm adik beradik kot..hehe.xkesah la guna ikan apa pn..yang penting sedap...kan..kan..kan..
cara nak buat rasanya smua dh tau..so, tak perlu la kot saya letak resepi kat sini..kalau ada yang baru nak blaja bleh tgk kat blog kak suri je..ada resepi kat situ..

I LOVE LAKSA... =)

update 16/2/11: baru dpt tau..ikan basong tu kalau kat smnjung ikan sardin la..apa dar...hehe

Saturday, February 12, 2011

HOME ALONE & HAMPIR PENGSAN

2 comments
Malam tadi saya hampir2 pengsan dalam bilik air..kebetulan en.F@riz duty..so, home alone...sblm tu ok je..tgk raja lawak astro siap bleh gelak ramai2 dgn penonton kat studio..smuanya bermula masa giliran kump R2 .tetiba je..gara2 salah makan perut memulas2, sakit sgt..rasa nk muntah n kepala dh berat je..mata dh berpinar..tunggu masa je nak tumbang..tapi sebab fikirkan saya tinggal sorg2 kat rumah gagahkan juga jegilkan mata..ambik air sapu kat muka, jirus kepala dengan air...tp tetap rasa nak pitam gak..akhirnya saya jolok kerongkong dgn jari supaya muntah...maka keluar la segala yg saya dh makan..huhu...Alhamdulillah lepas tu trus lega, tapi still pening2 lagi..trus tutup tv masuk bilik...sblm tu msj hubby dulu ngadu ngan dia..sempat juga pesan jgn risau sebab dh ok..pastu baru terfikir dh tau xnak dia risau yg bgtau tu sapa suruh kan...kikiki..kononnya nak manja2 la..hehe
Hal2 macam ni la sbnrnya yang buat saya takut tinggal sorg2 kat rumah time en.F@riz duty..takut jadi apa2 kat saya n takde sapa tau..huhu..en.F@riz pn risau..dia selalu pesan kat saya " Sayang kalau abang takde jangan nak memanjat-manjat tau." (igt monyet ke nak panjat2...hehe)..jangan tu..jangan ni...tak nak hubby susah hati saya ikutkan je..kesimpulannya segala hal2 yang libatkan ketinggian or yang berisiko skit en.F@riz je bleh buat...en.F@riz kan 'sedia berkorban'.. =)

Friday, February 11, 2011

Amal 5 i Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

6 comments
  1. Ingat-mengingati - selalu ingatkan pasangan tentang tanggungjawab dalam rumahtangga..suami perlu jalankan tugas sebagai ketua keluarga bertindak membimbing isteri dan mencari nafkah kehidupan..isteri pula bertindak sebagai tulang belakang suami, mendidik anak-anak, menguruskan rumahtangga.
  2. Iman - iman merupakan asas kehidupan.tanpa iman hancurlah hidup kita. ajak pasangan tuk dekatkan diri dengan Allah swt..
  3. Ilmu - banyak dugaan dan cabaran dalam berumahtangga..jadi penuhkanlah diri dengan ilmu supaya kita dapat hadapi semua dugaan, cabaran yang dtg. 
  4. Ikhlas - Ikhlas menyayangi pasangan..jangan terima sebab terpaksa, kesian or sbb nak jaga hati..dari ikhlas akan dtg kejujuran yg buatkan kita akan sntiasa berusaha untuk gembirakan pasangan..
  5. Insaf - insafkan diri dan bersedia tuk berubah untuk jadi lebih baik..hidup kat dunia smentara, smpi masa kita akan dijemput bertemuNya..

Tuesday, February 8, 2011

MENARI POCO-POCO

2 comments
Perjumpaan ahli BAKAT hr ni aktiviti menari poco-poco..sronok tuk org2 yang pandai ikut step poco-poco tu..tp bagi saya yang keras mcm kayu ni mmg la sgt xbest..tgk org lain senang je..yang saya ni dh mcm robot..huhu..

kata menari poco-poco tapi kenapa smua duduk je...hehe..ni time rehat bersama kit kat
persembahan selingan time rehat
sempat lagi duk belakang ambik gmbr..baru je duduk kejap mem besar dh suh bangun...huhu
Memandangkan dh buat entry psl poco-poco, kononnya nak la msukkan skit info asal usul poco-poco ni...terkejut juga bila baca artikel yang kata poco-poco ni berasal dari Filipina bukannya Indonesia dan ditarikan oleh masyarakat kristian  masa  hadiri upacara sembahyang mingguan..pergerakan ke kiri, kanan, depan dan belakang tu dh menyerupai bentuk salib katanya...saya tak pasti samaada isu ni baru ataupun saya yang ketinggalan zaman..hehe..mungkin ada sesetengahnya tak perasaan dan menari dengan tujuan nak bersenam ataupun saja suka-suka..(mcm saya tadi sebab masa tu tak tau lagi..huhu).
kalau baca komen-komen yg dihantar oleh pembaca2 artikel tu mmg ramai yg tolak tarian ni...tak kurang juga yang kata tak salah sebab takde bukti or fakta yang kukuh..saya plak tak nak komen lebih2 sebab semua orang ada pandangan masing2...
kalau nak baca detail lagi boleh KLIK SINI dan KAT SINI JUGA..boleh baca komen-komen kat situ..
ataupun search je kat internet..berlambak artikel yang bincangkan isu ni..

=)

ChanteQ's 1'st GIVEAWAY

0 comments

Giveaway dgn hadiah yg best..

Extravaganza Kombo A
Shimmering Body Lotion Guess Gold
Shimmering Wash Shampooing Guess Gold



Extravaganza Kombo B
Pink Grapefruit Pure Body Lotion from The Body Shop
Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions

Trial Pack Face Lifting Cream Bio Essence


ada lagi hadiah2 lain..nak tau apa KLIK SINI

Monday, February 7, 2011

GIVEAWAY - Adialuvluze : My First GA

3 comments
Mood join contest GA makin berkobar2 ni...hehe.GA ke-3 yang saya join tuk bulan ni tuan tanahnya ADIALUVLUZE.. 


Jom join sebelum 28hb Feb 2011

Sunday, February 6, 2011

GIVEAWAY - RAINBOW CHICK RESOURCES

2 comments
Join giveaway lagi KAT SINI
Hadiahnya....

macam2 ada...

Closing date 28th Feb 2011

HSUE CRAFT 2011 GIVEAWAY

0 comments
1st time nak join giveaway macam ni...mana la tau rezeki kan...hehe..

First prize

Ada 2nd & 3rd giveaway prize juga...jom join sebelum 21 Feb 2011
More info HSUE CRAFT

Saturday, February 5, 2011

BACA AYAT KURSI SEBELUM TIDUR

0 comments
Kisah teladan untuk dikingsi bersama... =)
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. 
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi." Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Friday, February 4, 2011

BOSAN + SAKIT HATI

0 comments
Dari semalam membawa ke hari ni saya tersangat la bosan & sakit hati dengan prestasi broadband saya yang tersangat la lembab macam kura2 padahal bil dh bayar tu..tapi kenapa still terkedek2..line tak ok ke...check online rupanya last payment 28/12/2010 padahal baru je bayar 2/2/2011 hr tu..biar betik...apa lg ngadu la dgn en.F@riz...
en.F@riz dengan secepat kilat call Celcom Centre tanya pasal bil..rupanya disebabkan kami bayar bil transfer from BSN so, prosesnya agak lambat..patut la..hehe..ttba terlupa ttg kelewatan BSN berbanding bank2 lain..kiki..
Memandangkan broadband lembab so, mood tuk berBW memang lembab gak la..sempat singgah beberapa blog je hari ni..tu pn nk loading page bukan main lama lg..
Hujan yang turun mencurah2 membuatkan mood tidur mengatasi semua mood2 lain.. =)

Thursday, February 3, 2011

Suai Kenal BLOGGER BARU : Edisi Febuari

0 comments
Baru nk join ni...sesapa nk juga KAT SINI ye...kalau ikut kat entri tu en.Ben kata dh tutup tapi nk buat2 tak nmpk bleh tak..sry ye en.Ben ttba saya jd org yg tak faham bahasa...hehe..

BEN ASHAARI

Kata en.Ben kalau nk join segmen ni kena bt entri khas...mula2 kena tampal header BEN ASHAARI BLOG mcm kat atas..lps tu tajuk entri mcm kat atas tu juga...

Pendapat saya ttg 1Tube..bgus la sebab kita dh ada platform sndiri tuk share video..dengan maksimum upload 500MB dan takde had masa rasanya memang memberi kepuasan tuk mereka2 yang suka share video dan tgk video..dengan interface yg simple & bagi saya mesra pengguna mmg takde mslh tuk 1Tube bersaing dgn video site lain..harap2 dlm 1Tube jangan ada video yang bleh buat mata jd buta dh la (faham2 la ye)..baru la nmpk beza skit dgn yang lain2 tu..hehe.

DUNIA BLOG SEMAKIN MENARIK DI MALAYSIA kerana kemeriahannya terasa sangat..dari latar belakang yang berbeza semuanya bersatu dalam dunia blog...banyak info yang dikongsi bersama dari hal2 keagamaan, teknologi, pembelajaran, resepi masakan yang sedap-sedap,berkongsi suka duka sesama blogger..warna warni yang buat hati tertarik untuk terus aktif..paling best bila ada blogger2 yang senior @ otai yang dengan murah hati sudi kongsi tips2 berblogging n sentiasa tolong blogger2 baru macam saya..terima kasih wahai yang baik hati...selalu2 la tolong lagi..


SAYA SAYANG BLOG SAYA...

TEMPLATE BARU LAGI...

0 comments
Saya telah tukar template baru lagi...hehe

=)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez