Powered by Blogger.

Sunday, November 7, 2010

Kewajipan isteri terhadap suami

0 comments
Terdapat banyak Hadis Nabi SAW yang menyentuh tentang kewajipan isteri terhadap suaminya.
Antara lain Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap perempuan yang mati di mana sang suami rela kepadanya, pasti dia masuk syurga."

" Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya, masuklah dia ke Syurga Tuhan-Nya.."

"Hak suami yang ada pada isteri adalah jika suami menginginkannya maka ia tidak boleh menolaknya. Janganlah isteri memberikan sesuatu dari dalam rumahnya kecuali dengan izin suami. Jika isteri melakukan demikian, maka dia berdosa dan pahalanya untuk si suami. Termasuk haknya pula hendaklah seorang isteri tidak berpuasa kecuali ia telah mendapat izinnya. Jika dia lakukan (tanpa izinnya) maka dia hanya lapar dan dahaga sahaja serta puasanya tidak diterima. Dan jika isteri keluar dari rumah tanpa mendapat izin dari suuaminya, maka para Malaikat melaknatinya sampai dia kembali ke rumahnya atau bertaubat."

“Kalau boleh aku perintah kepada seseorang agar bersujud kepada seseorang yang lain, maka aku akan perintahkan kepada perempuan agar bersujud kepada suaminya lantaran betapa besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.”

Isteri suka berleter

0 comments
Perempuan mmg suka berleter. Dari perkara sekecil2 kuman sampai le ke besar2 stadium smua nk ditegurnya. So, jom hayati kisah ne tuk renungan bersama.

Ada sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin. Suami sorg yg sgt sygkan isterinya. Isteri pn sma tp 1 je mslh..isteri ni kuat sgt berleter. Suami sabar je tiap kali dgr isterinya pokpek..pokpek..
Satu hari, suami dh tak tahan, dia ikat isterinya yg tgh berleter ni dan letak isterinya dlm perigi buruk kat blkg rumah dgn harapan lps ni isterinya akan insaf n tak kan berleter lg. Sampai le ke mlm, bla time nk tdo, si suami ni teringatkan isterinya..rs sunyi plak bila isterinya takde. Dia pn pergi la ke blkg rumah nk ambik isteri dia..Tapi alangkah terkejutnya suami ni bla nmpk 1 lembaga hitam yg besar kluar dr perigi tu. Dia pn tnya la pd lembaga..
"Wahai lembaga, apa kau dh buat pada isteri aku?"
Dalam hati suami ni dh nyesal la sbb letak isterinya dalam perigi tu..
Lembaga tu jawab
" Aku tak buat apa2 pn..aku kluar dr perigi ni sebab tak tahan dgr isteri kamu tu berleter"

Tu la penangan isteri kuat berleter ni, smpi lembaga hitam pn tak sanggup nk dgr..huhu

Jadi, pesanan tuk kita para isteri, jgn la suka sgt berleter, bayangkan klu kita ditempat suami kita..mesti kita pn tak boleh tahan..

Saya sayang abah dan mak saya

0 comments
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata "Aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu." Rasulullah SAW bertanya, " Apa salah seorang orang tuamu masih hidup?" Dia menjawab, "Ibuku masih hidup." Lalu Rasulullah SAW bersabda:
"Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya. Jika engkau berbuat demikian, maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad."

Juga sabda baginda:

"Doa ibu lebih cepat dikabulkan." Ditanyakan, " Mengapa demikian?" Baginda menjawab, "Dia lebih penuh kasih sayang daripada bapa. Dan doa saudara tidak akan ditolak."

" Orang tua itu kunci pintu Syurga. Peliharalah itu jika kamu mahu atau kamu tinggalkan saja!"

Menurut riwayat Ibnu Majjah"Ya Rasulullah, apakah hak kedua orang tua pada anaknya?" Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah Syurga dan Nerakamu."


Ini la abah & mak saya...hehe

Ganjaran pahala buat wanita bergelar isteri

0 comments
 Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya.  Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

 “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.

 “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

 “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing  sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

 “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

 “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

 “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

 “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

 “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada  bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan  taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk  syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Kisah Nabi Daud dan Ulat Merah

0 comments
Dalam sebuah kitab Imam al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud a.s. berkata kepada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesaiberkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaahaillallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa alaa alihi wasohbihi wasallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah swt, maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt.
Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di Bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Senyum

0 comments
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Ketam Goreng Pedas

0 comments
Dh lama sebenarnya tak masak ketam. Ttiba satu hr tu jiran bg ketam plak, so terus search resepi kat internet.. Maka terhasillah 'Ketam Goreng Pedas'...nyum..nyum..=)

Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.

0 comments
 Itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt apa yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

MENANGISLAH

0 comments
Mood hari ni agak mendung..cuaca hr ne pn mcm memahami je..dr malam lg air mata ne mencurah2..mmg tak boleh nk kawal emosi ne..rs sedih teramat sgt..ms ne rs nk sgt duk dlm pelukan en.suami..mudah-mudahan dpt redakan kesedihan ne..tp malangnya en.suami keje hr ne..jd layan feeling sorg2..(dlm kedaan terkawal lg)
Pagi td tergerak hati nk search something kat google dgn keyword "MENANGIS". Hasil dr bacaan2 yg diperolehi rasanya hati ne tenang skit.Alhamdulillah dpt kekuatan untuk hadapi dugaan dariNya.
Menangislah bila kita rasa kita ingin menangis. Moga2 segala kesedihan yang ada akan gugur bersama2 airmata tu. Tapi ingatlah kita menangis bukan kerana kita menyesali takdir yg telah Allah tetapkan pada kita dan bukan juga kerana kita menyangkal kekuasaanNya..tapi menangislah kerana rasa rendah diri atas kelemahan diri kita sndiri..Mohonlah kekuatan dariNya. Semoga Allah swt permudahkan semua urusan kita..
Tanamkan keyakinan bahawa segala dugaan dan cabaran yang diberikan olehNya sebagai tanda betapa sayangnya Allah swt kepada kita hambaNya.. Allah swt tidak akan menguji hambaNya dengan ujian diluar kemampuan hambaNya. Itulah kasih sayang Allah swt..
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez