Powered by Blogger.

Saturday, December 29, 2012

SAYA DAN DIET

4 comments
Sejak disarankan oleh doktor Gynea tuk turunkan berat, saya dengan semangat waja cuba tuk berdiet. Yang bestnya diet kali ini ada partner. Siapa gerangan partner saya tu...hihi. My hubby la.

Orang lelaki ni dia punya risau pasal berat kadang2 mengalahkan perempuan. Paling kerap dikomen adalah bahagian perut. Tak cantik katanya bila pakai uniform kalau perut tu nampak kedepan. Memang pun. 

Masa mula2 nak diet rasa susah juga sebab kita dah biasa makan je bila nak. Tapi lama2 bila perut kita dah biasa makan sikit, secara automatik kita akan kurang makan. Macam saya sekarang, malam memang tak makan nasi dah. Makan roti je, tak pun minum secawan milo shj. Tengahari pun kadang2 tak makan nasi. Makan benda2 lain. Cik abang pun sama. Jadi sekarang dah jarang masak berat2. Masak simple2 je. Nasi pun masak 1 pot je kalau nak makan nasi juga. 

Dugaan bila balik kampung. Feeling makan reramai ni lain macam sikit. Selera bukan main. Kadang mak masak special. Lagi la tergugat. Makan la juga, tapi still dalam kuantiti sikit.

Alhamdulillah, hari tu timbang ada la juga turun 2 kilo. Tambah la skit semangat nak teruskan diet.


Friday, December 21, 2012

SUSAH SANGAT KE????

0 comments
Rasanya dah banyak iklan kat tv and paper pasal budi bahasa. Tapi ada lagi manusia yang tak reti-reti. Samaada tak tengok tv, tak baca paper ataupun memang diri tu EGO lebih.

Ke saya yang EMO lebih..hoho.

Selalu sangat terjadi, bila kita buat baik kat orang, orang macam tak hargai pun. Satu contoh situasi. Mesti korang pernah mengalami situasi di mana lalu kat jalan sempit. Muat sebijik kete je. Sebiji lagi kalau nak lalu juga, masuk longkang or semak. Korang bagi laluan kat kete di depan. Tengok kat driver dengan harapan driver tersebut akan angkat tangan ke, or senyum. Tapi, nampaknya driver tu tak ingin pun nak pandang muka korang. Ni kan pulak nak senyum kan. 

Wahai pemandu sekalian. Orang bukan minta kita turun dari kete. Datang salam. Pastu cakap..

"Terima kasih sebab bagi laluan kat saya. Ni duit singgit sebagai penghargaan."

Tidak sama sekali.

Kita angkat tangan pun dah cukup. Kalau rasa susah nak angkat tangan. Takpe. Senyum je. Dapat gak pahala sedekah. Tapi kalau senyum pun kita tak boleh buat, tak tau nak kata la. Kecuali la kita memang jenis tak kisah kalau orang buat benda yang sama kat kita. Tapi saya, dalam hal ni memang kisah ok.


BUDI BAHASA BUDAYA KITA




Monday, December 10, 2012

Bersiar-siar Di Hari Ahad

0 comments
Selalunya, cuti hujung minggu, saya laki bini mesti akan balik kampung kat Semanggol & Bagan Serai. Tapi minggu ni kami ambik keputusan nak bersantai kat rumah je. Lagipun dah plan nak pergi cuci mata kat pantai Teluk Senangin.


Makanya, hari ahad td pegi la kami merayau ke Teluk Senangin. Tak mandi pun. Just jalan2 je tengok org ramai yang beriadah kat sana. 



Kemudahan chalet pun banyak kat sana. Ni antara chalet yang ada kat sana.





Tetarik tengok motel ni. Kamila Motel.




Pantai Teluk Senangin










Destinasi seterusnya, pegi melawat AEON Manjung. Baru je buka 4hb td. Memang meriah. Benda baru memang hot la. Berpusu-pusu orang datang. Sempat daftar jd member AEON.









Dan puas pusing2 kat AEON, ajak cik abang pegi Taman Paya Bakau plak. Masa kami sampai tu, just ada 3-4 orang je kat sana..hehe. Kedatangan kami di sambut oleh monyet2 yang banyak.







Takde apa sangat pun kat sini. Dah nama pun Taman Paya Bakau, so, harus la banyak pokok bakau je..hehe.  Monyet memang sangat banyak ok. Kalau nak pegi sini, lebih baik jangan bawa beg ke apa. Makanan lagi la jangan. Kang jadi mangsa ragut monyet kat sini plak kang. 

Masa cik abang sibuk ambik gmbr monyet, saya bertentang mata dengan seekor monyet ni..Bukan main dia bulatkan mata dia tengok saya. Cepat2 saya tengok tempat lain. Saya perasan monyet tu turun dari tempat dia duduk. Tau-tau dia dah ada kat kaki saya. Siap pegang kaki saya lagi. Terasa kuku dia cengkam kat seluar yang saya pakai. Dia dah bunyi sambil buka mulut luas2. Saya apa lagi terus jerit la takut punya pasal. Pegang tangan cik abang. Nasib baik monyet tu terus lepaskan kaki saya & blah cmtu je. Lepas kejadian tu dah tak nak tengok kiri kanan.tengok depan je...huhu.

Tu destinasi terakhir kami. Balik rumah tido.





Danger: Malware Ahead!

0 comments
Mentang2 la dah lama tak update blog, terus la malware serang ye..cehh.
Baru je mood nak update blog datang...tup..tup blog tak boleh buka plak...asyik benda alah ni yang keluar.



So, tak kan nak biar je, gigih la google cara nak buang si malware tu. Jumpa blog ni.Memang membantu. KLIK SINI


Lepas ikut step yang diberi, maka kluar la page ni.


Isikan Blogspot URL, pastu submit.

Akhirnya jumpa juga kat mana si malware ni bertapa.

Duk kat widget rupanya ye..

Terus delete widget tu. Dah takde la jam comeyy kat blog ku..huhu.


=)






Thursday, December 6, 2012

JANA PENDAPATAN DARI RUMAH

0 comments
Wanita zaman sekarang dah jauh beza dengan wanita dulu. Salah satu yang berbeza...Dulu, orang perempuan lebih sinonim duk kat rumah jaga suami dan anak-anak. Jaga rumahtangga. Tapi perempuan sekarang lebih suka bekerja samaada tuk hilangkan bosan duk rumah, nak ada duit poket sendiri & tolong tambah pendapatan keluarga.

Saya seorang suri rumah. Sebelum ni saya pernah buat part-time ajar tuisyen, mengasuh. Tapi tetiba rasa macam nak buat sesuatu yang lebih lagi. Sesuatu yang boleh jana pendapatan lebih & pada masa yang sama bleh duk rumah uruskan makan minum & keperluan my husband.

Cara yang paling efektif pada saya adalah berniaga secara online. Dah ramai suri rumah yang berniaga sambil riba anak. Sambil lari pegi dapur buat air tuk suami. Opps...perlu ke lari. Setakat air, buat sendiri la bang. Ehh...tak boleh mcm tu. Kena tolong buat juga baru berkat.



Ok, dah ada misi nak berniaga online. So, sekarang kena fikir nak berniaga apa. Baju bajan ke?Pinggan-mangkuk ke?Aksesori ke? Kasut ke? Ke nak berniaga semua sekali. Fikir betul-betul. Kena pilih objek yang sentiasa akan dibeli tak kira masa.

Dah dapat keputusan, kena la ada modal & sumber nak dapatkan produk dari mana. Mana nak cari. Takpe, sekarang dah banyak peluang tuk jadi agen dropship dengan erti kata lain, jadi orang tengah. Promosikan barang, order pada company, bayar & company yang akan hantar. Tak payah susah simpan stok or pegi pos. Hasilnya kumpul buat modal.

Plan dah ada dalam minda..tinggal nak laksanakan je. Semoga berjaya.




Wednesday, August 1, 2012

APA YANG SUAMI NAK DARI ISTERI????

0 comments
KISAH BENAR:

Si suami yang sebelum ni baik, tak pernah tinggal solat tetiba berumah secara mendadak. Dah mula tinggi suara, panggil isteri dengan nama yang tak sepatutnya, solat pun dah tak buat. Rupanya baru isteri dapat tau si suami ada hubungan dengan perempuan lain. Menurut si isteri, salah satu punca kenapa suaminya berubah adalah sebab si isteri ni tak bekerja, sedangkan masa awal perkahwinan dia dah  janji dengan suami dia nak cari kerja. Si isteri akui kesilapan dia dan mula cari keje. Tapi bila dh dapat, suami plak suruh brenti sebab katanya keje tu tak sesuai. Gaji pun kecik je.

Si isteri tetap sabar walaupun berkali-kali suami dia suruh dia balik rumah mak ayah dia. Dia tetap tunggu suaminya yang kadang-kadang buat dia macam tak wujud dalam rumah diorang. Kemuncaknya, si isteri jumpa gambar suaminya  pergi bercuti dengan kekasih baru yang dah tentu la berkerjaya. Si isteri keguguran. maybe sebab tertekan sangat kot.

Si isteri tetap sabar juga walaupun dalam hati rasa sedih. Tetap layan suami macam takde apa yang jadi. Si suami dah pesan suruh isteri supaya siap sedia sebab bila2 masa je diorang nak pergi mahkamah.
Sekarang si isteri masih tak tau apa yang suaminya nak sebenarnya sebab kadang2 suami dia layan dia baik. Kadang2 berubah jadi sebaliknya.

Isteri tu amanah daripada Allah kepada seorang suami untuk disayangi dan dikasihi. Bukan untuk disakiti. Ingat balik kenangan manis bersama. Jangan fikir yang pahit. Bila asyik fikir yang pahit, takut nanti rasa sayang berubah jadi benci. Jangan paksa pasangan berubah ikut cara kita & apa yang kita nak kalau diri kita sendiri masih banyak kekurangan & sebelum kita yakin kita dah jadi yang terbaik. Terima pasangan seadanya sebab takde manusia yang sempurna. Didik pasangan perlahan2 dengan cara yang berhikmah & didik hati supaya sentiasa sabar hadapi dugaanNya. Jangan cepat melenting hanya disebabkan hal2 kecik. Sesekali cuba letakkan dirikan kita dalam situasi pasangan kita. Adakah kita nak dilayan dengan cara yang serupa??

Untuk renungan bersama =)

P/S: Update terbaru yang saya tau, diorg dh pn bercerai. Nampaknya itu yang terbaik tuk diorg berdoa. 

Tuesday, July 17, 2012

NOVEL : GEMERSIK KALBU

0 comments
Novel ni dah lama sebenarnya tersusun cantik je kat rak buku rumah MIL saya. Hak milik adik ipar saya. Tapi baru sekarang tergerak hati nak baca. 
Kan ke ada drama Gemersik Kalbu kat tv3, adaptasi novel ni la. Ramai yang kata drama tu best. Memandangkan drama kat tv tak tengok, makanya gigih la nak habiskan baca novelnya. Sambil baca, sambil bayangkan muka-muka pelakon yang pegang watak dalam drama..hohoho 


no preview
ini la penulisnya...ANIS AYUNI



Baru baca sampai bab 48..ada 40 bab lg..huhu

SINOPSIS

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Sumber: ::Alaf21::


Sekian... =)

Friday, July 13, 2012

MUSIM DEMAM DENGGI

0 comments
Makin menjadi-jadi pulak kes denggi kat tempat saya ni. Terbaru dengarnya 20 orang melapor kat hospital sebab kena demam denggi..huhu. Kena hati-hati ni. Petang tadi bukan main meriah dengan bunyi siren ambulans. Ingatkan ada orang sakit ke rupanya diorang nk buat semburan nyamuk dar. Time semburan tu kaum suami tunggu rumah, kaum isteri plak turun melepak kat bawah..hihi

Rumah saya kat  tingkat 9. Kekonon duk tinggi xde la nyamuk tapi rupanya ada juga...haha. Tak leh blah boleh plak en.fariz tanya saya...
"pelik la, macam mana nyamuk ni boleh sampai tingkat 9 ni? tinggi tu dia nk terbang.
Jawapan saya...
" apa susah, dia naik la lif.

Pastu sama2 gelak..apa la. Soalan macam budak2. Budak2 pn belum tentu tanya soalan tu..kikiki

no preview
ni la nyamuk aedes..gambar dari google. tak kuasa nak ambik gambar sendiri.

Sama-sama la kita jaga persekitaran rumah kita. Jangan biar air bertakung. Ternak nyamuk bukan bleh kaya pun. Bawa penyakit lagi ada. Kalau tetiba demam berpanjangan, cecepat la jumpa doktor.

Sekian.

Thursday, July 12, 2012

Saya mahu cantik dan sihat dengan VITAMIN C. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com

2 comments
http://www.ummiirfan.com/2012/07/giveaway-dari-ummiirfancom.html

Wednesday, July 11, 2012

RESEPI : NASI AYAM PENYET

2 comments
Menu hari sabtu lepas. Plan asal nak masak tuk buka pose hari khamis, tp pg khamis tu balik kampung. Terus terbantut program nak masak. Balik sekejap je pun. Hari jumaat dh gerak balik lumut sebab asben keje hari sabtu. 

Nasi ayam penyet versi ringkas...haha

Resepi lengkap bleh tengok kat blog  Potret Kasih

makan dengan sambal tempoyak... ;)

tak lupa juga sup kosong...haha

Sekian.. Wassalam..

Wednesday, July 4, 2012

MI KARI KERANG MUDAH & SEDAP

0 comments
Menu tuk lunch & dinner semalam...hihi.
Rasa dah lama sangat tak makan mi kari, jd gigih google resepi. Ada banyak resepi yang berbeza. Tapi resepi dari blog Potret Kasih jadi pilihan hati ku.


Ada ke patut pagi semalam pegi kedai beli barang2 tuk buat mi kari. Dah buat senarai barang2 yang nak dibeli tapi masa nak pegi kedai tu tak bawa pn senarainya. Ambik tu ambik ni. Tengok sekeliling sambil fikir apa lagi barang belum ambik. Rasanya dh cukup, terus bayar dan balik. Bila nak start masak, baru perasan,mana mi kuning aku..Cehhh.Apa kes nak buat mi kari tapi mi  tak beli..huhu. Fishcake ngan fish ball pn tak beli..haha. Apa la. Nasib baik kedai tu kat bawah blok je.


Dah siap masak kuah baru turun bawah beli mi kuning plak. 



Resepi Mi Kari Kerang
credit : POTRET KASIH

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.



sekian..

Thursday, June 28, 2012

RESEPI : ASAM PEDAS DAGING

0 comments
Hari2 masak sampai dh xtau nk masak lauk apa. Kadang2 bila dh blur, akan tanya en.suami menu yang best, tapi jawapan en.suami jarang membantu kebuntuan isterinya.  Jadi, langkah paling bijak adalah tanya en.google. Saya kalau nk cari resepi suka google image..tengok mana gambar yang nampak sedap n menarik trus klik link tuk tengok resepi..hoho.

Hasil pencarian, jumpa resepi daging masak asam pedas. Memang seumur hidup tak pernah masak resepi ni. Sebab tu nk try. 



Resepi Asam Pedas ni saya dapat dari blog Dunia dari Dapur Kak Jee. Bleh klik link tu tuk tengok resepinya.




Sedap tapi en.suami tak berapa suka la plak. Harus berkurun la baru masak menu ni lagi..haha. Layanzzzz..



 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez