Powered by Blogger.

Monday, January 31, 2011

5 PETUA UNTUK DAPATKAN ANAK

4 comments
Kita selalu sangat dengar tentang kes buang bayi kan...kadang2 terfikir kenapa orang buat hubungan luar nikah ni senang je pregnant and dapat anak...kadang2 tu bersalin sorg2 dia je tnpa ada bantuan sesapa.lama2 terfikir mungkin Allah nak bagi pengajaran pada dia dan orang lain...mudah-mudahan selepas apa yng jadi dia akan insaf..tapi rupanya ada juga yang belum sedar..buat dosa lagi...

entry kali ni nk share 5 petua untuk dapatkan anak..semoga dapat membantu mereka2 yang masih belum dikurniakan anak..Kita hanya merancangkan dan berusaha..tapi Allah SWT yang tentukan segalanya..

1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu  subur isteri.
4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.


HUJAN ITU RAHMAT

0 comments
Minggu hujan..masa musim panas dulu mungkin ada yang merungut sebab panas n tanya bila nk hujan..tapi sekarang bila dh hujan still juga merungut...baju tak kering...ssh nk kemana-mana..

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)


Sesungguhnya hujan itu adalah rahmat...Lebih baik rungutan tu diganti dengan doa..
Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Wednesday, January 26, 2011

KENAPA TAK ROGOL SAYA??

1 comments
Mungkin ramai yang dh baca artikel ni..tp saya je yg ketinggalan..serius meremang bulu roma masa baca..bukan sebab takut tapi terpegun dengan kebesaran Allah SWT...semoga kita sntiasa dilindungi dari sebarang kejahatan.





Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


credit to APADIANIE

Tuesday, January 25, 2011

MISKINKAH KITA??

0 comments


Miskin...adakah anda rasa anda miskin bila tak mampu beli pakaian mahal..bila nampak org lain pakai pakaian cntik2..berjenama..ada rasa cemburu tapi terpaksa pendamkan...
Adakah anda rasa anda  miskin bila makanan yg ada hnya cukup2 makan..makan hnya sehari sekali..kadang terpaksa puasa sebab dh tak ada duit nk beli makanan..sedangkan org lain hari2 berganti menu..makan kat restoran, hotel...anda nk makan kat gerai tepi jalan pn tak mampu..
Adakah anda rasa anda miskin bila anda hanya keje tukang sapu,buruh bangunan, tukang angkut sampah..berpanas berhujan sedangkan org lain keje dalam pejabat yg ada air cond...tak risau hujan atau panas...
Adakah anda rasa anda miskin bila anda jalan kaki atau naik bas bila nk kemana-mana...sedangkan org lain bergaya dengan kereta besar...
Adakah anda rasa anda miskin bila rumah anda hanya ada 2 bilik sj..perabot pn dah lama..sedangkan org lain rumah besar2 macam istana..perabot import..bilik pn bnyk...



Walau macam mana susah sekali pn anda..anda sebenarnya tak miskin selagi anda rasa cukup dengan apa yg anda miliki...sentiasa bersyukur atas rezeki yang Allah SWT berikan..tak pernah lupa padaNya..
Anda tak miskin selagi anda tak cepat putus asa..tak mengeluh atau merungut dengan nasib diri anda..mecari rezeki yang halal untuk meneruskan hidup anda...kerja keras menggunakan segala kudrat yang ada...sentiasa mencari peluang untuk majukan diri...

Anda hanya benar2 miskin bila anda tak bersyukur atas nikmat yang Allah beri..tak pernah rasa cukup dengan kesenangan dunia..selalu ingin lebih walau dengan cara yang salah..

Sedarlah, sangat ramai mereka yang mempunyai berlimpah harta tetapi sesungguhnya jauh lebih miskin daripada orang-orang yang sering  disebut miskin.

Hayati kisah ni...

Suatu hari, seorang ayah dari keluarga yang sangat kaya membawa anaknya bepergian ke suatu daerah yang sebagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian. Ia bermaksud untuk mengajarkan bagaimana kehidupan yang selama ini mereka kenyam dengan membandingkan kehidupan orang-orang yang miskin. Mereka menghabiskan waktu berhari-hari di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang terlihat sangat miskin.
Sepulang dari perjalanan tersebut, sang Ayah bertanya kepada anaknya, “Bagaimana perjalanan tadi?”
“Sungguh luar biasa, Pa.” Jawab si Anak yang masih terkesan.
“Kamu lihat kan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?” tanya sang
Ayah.
“Iya Pa,” jawabnya.
“Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?” tanya Ayahnya lagi.
Si Anak menjawab, “Saya melihat kenyataan bahwa kita mempunyai seekor anjing, sedangkan mereka memiliki empat ekor. Kita punya sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai yang tak terhingga panjangnya. Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri, sedangkan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka. Beranda rumah kita lebarnya hanya mencapai halaman depan, sedangkan milik mereka seluas horison. Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit, sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang. Setiap kebutuhan kita hanya mampu dilayani pelayan yang kita miliki, tetapi mereka mampu melayani diri mereka sendiri. Kita membeli makanan yang akan kita makan, tetapi mereka bisa menanam sendiri. Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka.”
Mendengar cerita tersebut, sang Ayah tersenyum dan memandang wajah anaknya.
Kemudian si Anak melanjutkan, “Terima kasih Pa, akhirnya aku tahu betapa miskinnya diri kita.”
(Author : Agustian Husin)




Sunday, January 23, 2011

USIA MAKIN MENINGKAT...APA SUMBANGAN KITA...

2 comments
"Belum hilang jejak telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke kubur, seorg hamba (yg telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara, iaitu usianya ke mana dihabiskannya, tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang diamalkannya serta hartanya dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya." (Hadis Tirmidzi)

Usia adalah kurniaan paling berharga yang Allah berikan pd kita hambanya..seiring dengan tahun yg baru, maka bertambah jg la usia kita..hari berganti minggu, minggu berganti bulan ttba dh masuk tahun bru lg..sepanjang usia kita apa yg kita dh usahakan baik untuk kebahagiaan kita didunia jg kebahagiaan di akhirat..

Usia yang Allah panjangkan, diberi plak nikmat kehidupan di dunia tak guna kalau dihabiskan untuk maksiat or perkara2 yang dilarang olehNya..matlamat kita sebagai hambaNya bukan setakat bahagia di dunia je tp jg bahagia di akhirat..tak guna kita kaya kat dunia tapi bila di akhirat kita miskin..
Suatu hari seorang murid bertnya kepada mursyidnya "Apa makna usia?" Jawapannya adalah sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW, " Apabila hari ini amal pekerjaanmu masih sama dengan hari kelmarin, bererti kamu merugi. Bila lebih buruk daripada kelmarin, terkutuk namanya. Bila lebih baik, barulah termasuk beruntung. Nah, apakah usiamu yang setiap saat berkurang telah digantikan oleh perkara-perkara yang lebih baik atau sebaliknya? Di situlah makna usia."
Allah SWT akan meminta kita bertanggungjawab atas usia yang Allah kurniakan. Usia adalah masa yg tentukan baik buruknya manusia..
At Tirmidzi meriwayatkan bhwa asa sseorg bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah manusia terbaik?" Baginda bersabda, " Manusia yang usianya panjang dan dihabiskan untuk kebaikan." Ia bertanya lg, " Siapakah manusia terburuk?" Baginda bersabda, " Manusia yang usianya panjang namun digunakan uuntuk keburukan."

p/s: manfaatkanlah usia kita sebaiknya.

Saturday, January 22, 2011

FILEM KHURAFAT YANG SERAM???

3 comments
Kat facebook skrg rmi btl mber2 yg dh tgk & nk tgk cite khurafat  ni..ada yg kta best...ada yg kta biasa2 je...tp yg best tu lg rmi la..seram giler kot..sy je tak dpt nk tgk lg..bkn tak de masa tapi mslhnya wayang kat cni ssh btl nk tayang cite melayu...cite omputih je melambak..huhh..
kalau ikut sinposis yg sy bc cite pasal perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia &syaitan..dr tajuk pn dh tau kot...hehehe.


memandangkan xdpt tgk full filem..so dpt tgk offical trailer pn jd le...=P


APA MENU HARI INI???

0 comments


nk masak apa hr ni ye..kdg2 melangut sorg2 dpn peti sejuk smbil berpk...wlupun hnya tuk berdua tapi tak best plak klu masak benda yg sama je kan..kdg2 nk jg tukar2 menu..bla tnya en.F@riz dia jawab apa...

"masak la apa pn...abg makan je..nasi lauk telur goreng pn abg makan"

huhu...memandangkan jawapan en.F@riz ni jarang sgt membantu..so sy gn plan A..sbb tanya e.F@riz tu adalah plan B sy...
BW kat blog masakan...klu ada resepi2 yg sy suka sy akan COPY PASTE...bkn copy paste kat blog sy tp kat ms word...siap ada 1 folder resepi...dlm folder tu ada plak anak2 dia..asingkan ikut kategori..hehe..so senang nk rujuk balik..letak credit skali tu...jg akan follow blog2 ni..
selain berBW...ada jg resepi2 kumpul dr majalah...smua tu sy salin balik dlm buku resepi sy yg mybe xlayak pn dipanggil buku resepi sbbnya buku tu jg jd buku conteng..buku contact kwn2..buku luah prasan..senarai hantaran yg nk di bagi kat en.F@riz masa kawen hr tu pn ada...kikiki..

pk pnya pk hr ni nk masak nasi goreng kampung je la kot...ngan ayam goreng berempah...then bt air carrot susu...smua bahan dh sedia tggl nk goreng je jap lg...

Thursday, January 20, 2011

JANGAN MANDI MALAM

0 comments
suami saya mmg slalu mandi malam...sbbnya setiap mlm kecuali khamis n mlm mggu dia akan g main badminton...so, bila balik of coz badan berpeluh2..sy penah jg larang dia mndi..tp dia kta kalau tak mandi nti saya tak nak peluk plak...hehe..so, sy kta xpe yg penting kesihatan tu...tp skrg pn dia still jg mndi..tp just mndi gitu2 je..hehehe.

that y knapa sy google ttg bahaya mandi malam sebabnya rmi org kta mndi malam ni bleh sbbkan paru2 berair & mugkin jg penyakit jantung...search2 pnya search jumpa artikel seperti yg sy share kat bwh..semoga lepas ni kita akan sama2 berusaha untuk tingkatkan kesihatan kita....


->Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.

Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti  paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.
Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.

credit untuk LAMAN EMJAY

PERINGATAN UNTUK WANITA

4 comments



kali ni nk share sabda-sabda Rasulullah S.A.W khusus untuk wanita...


 
1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

2. Wanita apabila melaksanakan solat  lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah:  "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?".  Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".

4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.

6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.

7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni spt perempuan zina.

9. Tidak memuliakan wanita melainkan  orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.

12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).

13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai  (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).

14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.

15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.

NEW TEMPLATE

0 comments
hehe...rasa dh jemu dgn template yg lama..so, sy telah menukar template yg baru..



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::)

Wednesday, January 19, 2011

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

2 comments

kisah ni saya dpt dr blog KISAH KEHIDUPAN KU yg juga berkongsi dr blog yg tak dinyatakan..just nk berkongsi semoga jadi pengajaran buat insan2 bergelar isteri...


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu
taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.
Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.

AWASI 10 GEJALA KEMURUNGAN

0 comments

  1. Rasa sedih melampau - slalu rasa sedih tnpa sebab yg munasabah..ttba je nangis..
  2. Perubahan dalam selera makan - sblm ni suka mkn..tp ttba dh xsuka plak..pdahal tu mknan febret...
  3. Bimbang atau resah - slalu sgt rasa ada benda yg tak kena..cepat je marah or hati berkocak.
  4. Sikap tak peduli - tak nak ambik tau apa2 pn..
  5. Kurang bertenaga - cepat hilang tenaga tuk lakukan sesuatu...
  6. Rasa tak berguna - slalu rasa bersalah & anggap diri tak berguna...
  7. Teragak-agak buat keputusan - susah tuk bt keputusan..rasa xyakin...
  8. Hilang minat - tak rasa seronok bila buat xtvt yg sebelum ni suka sgt buat..
  9. Rasa sakit yg tak dapat dijelaskan - sakit tapi tak tau nk terangkan rasa sakit tu mcm mn...
  10. Rasa nk bunuh diri - tak boleh hadapi kehidupan dan rasa bunuh diri adalah jalan terbaik tuk lepaskan diri dari masalah...
Kurangkan tekanan adalah antara cara utk selesaikan masalah kemurungan..sentiasa fikir +ve dan mnta pandangan or pndapat org2 terdekat...=)

ASTRO FIRST CHANNEL

0 comments
en.suami tnya nk tgk wayang x..sy jwb la nk..bestnya nk kluar..rupanya tgk wayang kat rumah...
mgu lps tgk crita aku masih dara...mgu ni tgk ngangkung plak..layan kat tv..hehe.bgus jg ada Astro First ni..xyah ssh2 nk g wayang..kat sndakan ni mmg ssh nk tgk crita melayu ditayang di pawagam (mmg xde tayang rasanya)..klu nk tgk jg kena cri dvd...

filem aku masih dara tu bleh tahan la..dr 10 bintang sy bg 5 je..tgk skali dh xrasa nk tgk lg..seksa btl tgk filem tu..huhu..tgk promonya mmg pakaian pelakonnya mcm xckup kain...blm babak berpeluk sakan..layan jg..tgk crita yg sengaja dikontroversikan dgn ayat2 trend remaja skrg...

filen ngangkung pn ok gak la..layan jg 3,4 kali sbb asyik ter'miss' part akhir..hehe.up skit sy bg 8 bintang..


TIP LANJUTKAN HAYAT TELEFON BIMBIT

0 comments
telefon bimbit @ handset mmg dh sinonim dgn gaya hidup kta skrg kan..klu dulu just org2 ttentu je yg mampu guna handset tp skrg bdk2 sekolah pn dh ramai yg ada handset sndiri..


makin canggih handset yg kta gn makin ssh la nk jg...ada handset yg sgt2 sensitif smpi jatuh skit pn dh 'hang'..inikan plak jatuh berkali2..kebanyakannya jg sensitif pada habuk & air..so, klu boleh elakkan la dr habuk n lembapan sbb litar dlm handset tu mudah rosak disebabkan hal2 mcm ni...
bersihkan juga handset dgn lap gn kain yg dh dibasahkan dgn sabun & air..tp kena jg2 juga sbb penggunaan bhn kimia yg mhakis, pelarut pembersih, serbuk pencuci or larutan pencuci yg kuat boleh rosakkan handset tu..klu ssh sgt cuci gn kain lembap pn dh ckup...
suhu yg tlalu tinggi pn boleh rosakkan komponen dlmannya...jgn gatal2 nk simpan handset dlm peti sejuk plak..or panaskan dlm microwave...hehe.
jgn cas bateri handset tlalu lma smpi bateri tu jd tlalu panas..ini antara punca yg pendekkan hayat bateri n menurunkan prestasinya..

Monday, January 17, 2011

NASI AYAM SIMPLE

0 comments
menu hr ni nasi ayam yg simple je..sblm ni klu bt nasi ayam, ayamnya sy goreng tepung...tp kali ni ayam tu dimasak sup dlu..lps 10 mnt perap ngan kicap, sos cili,bwg putih & halia pastu bru goreng...baki kicap perap tu masak sekejap, jd la kuah kicap tuk ayamnya nti..

utk nasi masukkan kuah sup yg dh dibuat sblm ni..sy letak serai spya baunya wangi..n serbuk kunyit skit supaya nasinya kaler kuning...

sambal cilinya plak just blend cili merah,sos tomato bwg putih, halia, garam, gula n air skit...ada juga yg letak cuka n buah tomato..

maka, akhirnya jd la nasi ayam...hehehe.

Sunday, January 16, 2011

KELEBIHAN SEDEKAH

0 comments
Rasulullah SAW bersabda: Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan dan sedekah itu ada 4 mcm pembalasannya:

  • Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda - sedekah yg diberikan kpd fakir miskin.
  • Satu sedekah dibalas dengan 70 kali ganda - sedekah yg diberikan kpd kluarga atau sanak saudara.
  • Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda - sedekah yg diberikan kpd teman2.
  • Satu sedekah dibalas dengan 1000 kali ganda - sedekah yg diberikan kpd para penuntut ilmu.

JOGGING DI TAMAN SIBUGA

0 comments
ptg smlm tersgt la penat...dh lm x jogging ttba en.suami ajak joging plak..xde alasan ktanya..konon..pdhal en.suami ni yg slalu ngelat...hehe.
dlm letih2 pn dpt gak hbskan 3 pusingan..1st round dh pesan siap2 kat abg klu nk ke dpn pn xpe...so, dgn jayanya dia tggl sy kat blkg...dia tggu sy di garisan penamat..round ke-2 km joging berirama plak..bersama2 hgga ke akhirnya..kesian kat sy ktanya..pdhal bkn sy xtau dia pn xlarat la tu..hehe..nk cover je..round ke-3 mla2 sm2 lg smpi kat pit stop ptama sy ckp bye kat dia..bkn sy tgglkan dia kat blkg..tp dia yg maju ke depan coz sy dh larat sgt..kejap jln..pastu lari lg..jln lg..lari lagi..jln lg..dr jauh dh nmpk en.suami bersenang lenang...sy je terkapai2 lg..stlh berhempas pulas akhirnya smpi jg...
lps jogging km jln2 tgk kwsn sekitar pusat sukan kat ctu..tgk jam dh 5.30 so ambik kputusan blk je..cdgnya blk tu nk singgah kfc bli burger..tp rs lapar dh hilang sbb penat...lgpn bru bersusah2 jogging kononnya nk kurus ttba nk mkn burger..apa kes..=P

bru sehari jogging, sy dh sakit2 bdn..bngn pg kepala rs berat je..sakit kat pinggang, peha..huhu.

Friday, January 14, 2011

EVENING PRIMROSE OIL (EPO)

0 comments
mmandangkan sblm ni period sy agak xmenentu..so, doc suggest sy mkn EPO utk stabilkan semula hormon dlm badan..sy tau ttg kewujudan EPO ni dr jiran dpn rumah sy. dia suruh sy try sbb dia sndiri berpengalaman keje kat farmasi sblm ni so, mmg tau la bab ubat2 ni smua..tp ms tu blm tergerak lg nk try..smpi le g klinik sbb 2 bln xperiod2 lg & doc suh mkn..hehe..jgn xtau bnyk kelebihan EPO ni..antaranya:

  • turunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan, 
  • lancarkan peredaran haid, 
  • tingkatkan kesihatan kulit
  • tolong keadaan keradangan. 
  • berkesan utk rawatan penyakit kulit (dibuktikan oleh Jurnal Perubatan New England)
  • melegakan simptom prahaid
  • melegakan sklerosis.
  • mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun
tp ada jg yg kata EPO ni bleh sbbkan kegemukan..yeke..klu sy mmg skrg berat bdn dh naik skit..(skit ke..huhu)..tp xtau la plak sbb mkn EPO ni ke or sbb mkn bnyk..hehe.

Kuih Lapis

0 comments
terajin la plak hr ni...maka terhasillah kuih lapis. sblm ni dh pernah bt tp terkureng skit sbb xbrapa manis..kononnya xnk manis sgt so, kurangkan skit dr resepi asal..tup2 ambik ko..tp still sdp jg la..
kali ni bt ikut sukatan btl2..memandangkan xde perasa ros, sy gn perasa strawberry..so rs masam2 strawberry skit..hehe.

ini ms tgh kukus


ni plak nk sejukkan..

gmbr dh siap potong xde la plak..hehe.nti2 la update lain..

credit kpd KAK AN "PERIUK TANAH" utk resepi yg sedap ni..=)

BLOGWALKING

2 comments

akhir2 ni asyik xde idea je nk post topic baru kat blog ni..so, lebih byk bt blogwalking je..singgah blog2 yg lain..2,3 hari ni asyik menempel kat blog ANA SUZANA..tak tau knapa tertarik sgt bc blog kak ana ni..mgkin sbb gaya penulisan dia yg santai je..kdg2 gelak sorg2 bc entry2nya yg kbanyakan berkisar ttg kak ana n kluarga..bla bc gelagat anak2 kak ana teringat kat kakak sulung sy yg ada 3 org ank juga sm mcm kak ana..bezanya ank bongsu kakak sy tu lelaki...mmg xpernah jemu bc entry2 yg ada even entry yg ditulis 2 thn lps..ptt la rmi sgt yg follow blog beliau..hehehe..

kalau nk mencari resepi2 msakan sy suka blog KAK AN...bnyk sgt resepi kat sna n dgn pic2 yg sntiasa bt sy lapa..hehe..even resepi mudah mcm cekodok pisang tu pn sy akan search kat blog kak an..keke(sbnrnya mmg dh tau mcm mn nk bt tp sj nk tgk resepi org lain)...

untuk info2 terkini ttg keje kosong n lain2 info berkaitan keje sy akan dptkan dr blog MY ADHA..blog ni mmg ssuai utk org2 yg tgh mncari keje ataupun utk mreka2 yg mohon KPLI, DPLI, U dan sbginya (terutamanya sy sndiri)..sbb My Adha akan sntiasa update tarikh2 penting siap link skali utk kta semak...sgt2 mbantu...hehehe. 

kdg2 bla bosan ska jg bc gosip2 artis kat BEAUTIFULNARA..tp sy just bc je..xpnh lg nk komen apa2..just nk ambik tau je..kang org crita2 sy ketinggalan plak..

sebagai manusia yg lemah, kita kena slalu update hati n mnda dgn benda2 ilmiah, so utk artikel2 keagaamaan maka ILUVISLAM yg jd pilihan sy...sgt bnyk artikel2 menarik yg dikongsi..

bnyk lg sbnrnya blog2 yg sy ska...biasanya blog yg cantik...menarik,..tertarik ni sy akan follow..so, senang nk ziarah lain kali...hehe.


Wednesday, January 12, 2011

Tips elak perut buncit

0 comments
Sebelum ni sy dh share tip kuruskan badan, kali ni nk share tip elak perut buncit..

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Wednesday, January 5, 2011

Buah Zuriat

2 comments
Hr ni buah zuriat yg sy order dh smpi..sblm ni mmg pernah dgr ttg khasiat buah zuriat utk dptkan anak (dgn izin Allah)..tp tak tau nk cri kat mn..mgu lps ada kwn bgtau yg dia bru je bli n offer kat sy..mulanya nk kongsi dgn dia je tp sbb bbrapa hal so, order sndiri...
Ini merupakan salah satu usaha sy dan suami..kami berserah padaNya..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya..

 Buah zuriat...sy bli 10 biji/Rm50

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama
Dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W

(credit:Serumpun kasih Seharmoni Sayang)

Pap Smear - Ujian Saringan Mengesan Kanser Serviks Peringkat Awal

0 comments
Penghujung 2010 yang lepas sy sempat buat ujian pap smear yg diadakan secara percuma..mulanya agak takut juga sbb pertama kali kan..mcm2 yg difikirkan..nsb baik la nurse pmpn yg bt so, tak la segan sgt kot..huhu..ms msuk dlm bilik rawatan tu dh mcm bdk baru blaja..blur je..tak tau nk bt apa..hehe.fikiran melayang2...bla nurse tnya dh buka ke bru la trasa kembali ke alam nyata..haha..sblm giliran sy ada kwn2 yg ckp sakit n bla...bla..bla..sy rs biasa je..tak la sakit mn pn..huhu..
sedikit info ttg PAP SMEAR...


Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.


Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik.Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru 2011

0 comments
SELAMAT TAHUN BARU 2011...SMOGA SEGALA HAJAT YG TAK TERCAPAI TAHUN LEPAS AKAN DIPEROLEHI TAHUN NI...SMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALANYA..AMIN.
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez