Powered by Blogger.

Friday, November 19, 2010

Ujian Allah


Ujian Allah dtg dalam pelbagai bentuk…ada yg diuji dgn kegagalan, ada yang diuji dgn kekayaan yg melimpah ruah..ada yg diuji dgn kesedihan dan ada juga yg diuji dgn kegembiraan..semunya rentetan hidup yg perlu dihadapi..
Ramai yg kecundang dlm mehadapi ujian Allah..ada yg sanggup menyalahkan takdir atas apa yg berlaku walhal segalanya adalah ketentuan yg harus diterima dgn waras n redha..
Allah tidak mungkin memberikan dugaan yg tidak tertanggung oleh hambanya. Dugaan itu tanda sayang Allah pada kita. Moga dgn ujian yg diberikan akan membuatkan kita makin dekat padaNya..
Yakinlah Allah sentiasa bersama kita..Mohonlah padaNya agar diberi kekuatan dan kesabaran..Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNya yang bertakwa…
Berdoa dan teruslah berdoa..jangan hampa jika doa kita belum dimakbulkan oleh Allah kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. Jangan jemu meminta pada yang Esa kerana Allah itu Maha Pemurah..

0 comments on "Ujian Allah"

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez