Bagi orang lelaki, hukumnya fardhu kifayah. Bagaimana pula dengan wanita...
Wanita lebih baik solat di rumah, tetapi Rasulullah bersabda "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita ke masjid bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya beri keizinan kepada isteri kalau isteri nak ke masjid. Walaubagaimanapun, ulama sependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik berdasarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dikalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka." Wajib atasnya menjaga adab-adab Islam iaitu mengenakan pakaian yang menutupi auratya, menjauhi pakaian-pakaian yang tipis dan pakaian yang menampakkan lekuk tubuhnya kerana sempit, tidak memakai wangi-wangi, tidak ikhtilat dengan lelaki lain pada shaf mereka namun di belakang shaf mereka.
Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda:"Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".
Walaupun demikian, Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram".
Ada hikmahnya kenapa isteri tak digalakkan berjemaah di masjid. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelakkan fitnah juga supaya suami lebih tenang dalam beribadat kerana tahu anak-anak terjaga dengan baik dibawah pengawasan isteri di rumah. Isteri masih boleh mengumpul pahala dengan mengalakkan suami ke masjid dan meyediakan pakaiannya. Isteri juga boleh solat berjemaah di rumah bersama anak-anak.
Ummu Salamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik masjid bagi perempuan adalah di dalam rumah-rumah mereka." (HR Ahmad)
Wallahu'alam...
0 comments on "WANITA: SOLAT DI MASJID ATAU DIRUMAH?"
Post a Comment