Powered by Blogger.

Tuesday, August 23, 2011

BALIK KAMPUNG...HOHOHO...BALIK KAMPUNG


Seronok sangat sebab hari ni cik abang balik...dh 11 hari tak jumpa..Rindu..hahaha

Esok dh gerak balik kampung.1st time balik nak naik FIREFLY. Selalunya kami naik AirAsia. Tapi disebabkan last minute baru tergedik nak balik, haruslah tiket mahal. Tiket dlm lingkungan RM300++ smpi la RM900++ per person. Kalau ada promo pn flight malam.

Kebetulan Firefly dh start perkhidmatan dia tuk Sandakan - KLIA, jadi cuba la juga check flight kat firefly tu. Murah skit la daripada AirAsia. Memikirkan banyak lagi nak guna duit tuk raya nanti, kami tempah le tiket firefly je. Tapi memang banyak juga la buat research dlu. Ramai yang tak puashati sebab firefly suka delay flight. So, ganggu la jadual penumpang. Tapi ramai juga yang cakap ok, selesa & semua yang baik2 la.

Firefly ni katanya gegar agak kuat sebab flightnya kecik. Risau juga ni.Tapi kalau tak silap flight tuk penerbangan semenanjung berbeza daripada flight tuk Sabah & Sarawak. Agak besar skit katanya ala-ala AA juga. Harap2 cuaca ok esok.

Selesai bab flight, kena memikir transport dari KLIA ke Perak plak. Kami tak booking tiket bas pun sebab nk tengok keadaan kat KLIA tu dulu. Kalau LCCT memang tak kisah sangat la sebab dh biasa melepak kat sana. Lepas tu kena beli bekal tuk buka siap2 sebab dh tentu dh kena buka dalam bas. Dah la buka lewat kat semenanjung tu. Kat sini imsak pukul 4.35am, 6.20 cmtu dh buka pose. Tapi esok haruslah terlebih masa. Walaupun lambat 1 jam je tapi terasa oo.. Letih satu hal. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, semoga selamat sampai. 
Family saya tak tau lg ni yang kami balik raya tahun ni sebab saya cakap  kat diorg kami raya kat sandakan. Saja nk suprise skit..hahaha.Family mertua je yang dh tau awl2 lagi sebab tetiba mertua nk taja tiket flight balik kampung...kikikiki.




1 comments on "BALIK KAMPUNG...HOHOHO...BALIK KAMPUNG"

zih@n on August 25, 2011 at 7:15 AM said...
This comment has been removed by the author.
 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez