Powered by Blogger.

Friday, October 7, 2011

BICARA HATI ...DARI NOVEL KE DRAMA


Nampaknya makin banyak drama adaptasi novel-novel hits kat pasaran. Still terbayang2 lagi drama Nora Elena adaptasi novel 'Kasih Yang Suci' yang memang meletup habis tu. 

Terbaru novel 'Bicara Hati' hasil tangan penulis Damya Hana plak yang bakal ditayangkan.Sekarang dlm proses pengambaran lagi. Drama arahan Osman Ali ini mengandingkan Cristina Suzanne yang pegang watak Zahlia & Sharnaaz Basir Ahmad pegang watak Tengku Syahran.

Damya Hanna dgn Cristina Suzanne
(gmbr ambik dr fb Damya Hanna)


Sharnaaz




Sinopsis novel 'Bicara Hati'

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Tak sabar nak tengok drama ni sbb novel ni memang best sangat... =)

4 comments on "BICARA HATI ...DARI NOVEL KE DRAMA"

nn said...

bukan kris cempaka ke heroin nyer?

zih@n on October 8, 2011 at 9:49 AM said...

yu..kris cempaka & cristina suzzane ni org yg sm.. =)

l@!l@ on October 12, 2011 at 10:29 PM said...

mesti best..novel dia p baca best..tersentuh hati..kikikiki

zih@n on October 15, 2011 at 9:03 AM said...

tau xpe laila..hihihi.

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez