Powered by Blogger.

Friday, June 1, 2012

REVIEW BUKU : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT




Buku ni memang sangat2 bermanfaat tuk semua. Penulisnya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid. Yang menariknya, buku ni lengkap dengan gambar. Carta, jadual, rajah. 
Mudah nak faham & ingat.

Alhamdulillah, suami aku dapat buku ni, cenderahati dari warga Kapal Diraja YU (KD YU) masa jamuan perpisahan tuk suami aku sebelum kami pindah Lumut.

Buku ni lengkap terangkan tentang saat2 awal sambut kelahiran sampai la cara tuk uruskan jenazah. 


Bab 1: Panduan tuk mereka yang baru dapat baby. Bab 2 pulak panduan tuk didik anak.

Dalam bab 4, terangkan tentang cara bersuci, solat dll

Dalam bab 5: Munakahat (hukum perkahwinan). Terangkan tentang rukun nikah, tanggungjawab suami isteri dan ada doa2 berkaitan syariat rumahtangga dll.



 Mengurus jenazah. Salah satu topik dalam "Bab 6: Syariat dalam bermasyarakat".

Dalam bab 7 ni, terangkan tentang amalan2 sunat yang boleh kita laksanakan tuk isi masa. Berselawat, baca Al-Quran, Zikir. Juga ada doa dan amalan untuk ubati penyakit macam demam, sakit kepala dll.

Sangat sesuai kalau nak jadikan hadiah or cenderahati.

Harganya RM 55.00 sahaja. Sangat berbaloi.Kalau nk beli boleh cari kat kedai2 buku. Boleh beli secara online juga kat  MPHOnline atau pun kat website TELAGA BIRU.

SELAMAT MENAMBAH ILMU ;)

0 comments on "REVIEW BUKU : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT"

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez