Powered by Blogger.

Wednesday, January 5, 2011

Buah Zuriat


Hr ni buah zuriat yg sy order dh smpi..sblm ni mmg pernah dgr ttg khasiat buah zuriat utk dptkan anak (dgn izin Allah)..tp tak tau nk cri kat mn..mgu lps ada kwn bgtau yg dia bru je bli n offer kat sy..mulanya nk kongsi dgn dia je tp sbb bbrapa hal so, order sndiri...
Ini merupakan salah satu usaha sy dan suami..kami berserah padaNya..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya..

 Buah zuriat...sy bli 10 biji/Rm50

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama
Dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W

(credit:Serumpun kasih Seharmoni Sayang)

2 comments on "Buah Zuriat"

rosNKH on March 17, 2011 at 9:24 AM said...

macam mana nk order...leh bgtau dak

zih@n on March 18, 2011 at 12:00 PM said...

@ali
bleh order kat cni..

http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/

=)

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez