Powered by Blogger.

Wednesday, January 5, 2011

Pap Smear - Ujian Saringan Mengesan Kanser Serviks Peringkat Awal


Penghujung 2010 yang lepas sy sempat buat ujian pap smear yg diadakan secara percuma..mulanya agak takut juga sbb pertama kali kan..mcm2 yg difikirkan..nsb baik la nurse pmpn yg bt so, tak la segan sgt kot..huhu..ms msuk dlm bilik rawatan tu dh mcm bdk baru blaja..blur je..tak tau nk bt apa..hehe.fikiran melayang2...bla nurse tnya dh buka ke bru la trasa kembali ke alam nyata..haha..sblm giliran sy ada kwn2 yg ckp sakit n bla...bla..bla..sy rs biasa je..tak la sakit mn pn..huhu..
sedikit info ttg PAP SMEAR...


Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.


Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik.Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

0 comments on "Pap Smear - Ujian Saringan Mengesan Kanser Serviks Peringkat Awal"

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez