Powered by Blogger.

Saturday, April 2, 2011

TAATILAH SUAMI MU


Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya supaya jangan turun dari rumahnya dibahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah SAW berkata, " Taatilah suamimu!" Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah mengatakan, "Taatilah suamimu." Kemudian ayahnya meninggal dan Nabi menyampaikan utusan kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya telah mendapat ampunan dar Allah SWT sebab ketaatannya kepada suaminya.
Juga Rasuluullah SAW bersabda:
"Manakala seorang perempuan telah siolat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati suaminya dia akan ke Syurga Tuhan-Nya..."

Rasulullah SAW bersabda:
"Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan. " Kami bertanya. "Mengapa wahai Rasululullah?". Baginda berkata, "Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin."

Aisyah ra berkata, "seorang gadis datang kepada Rasulullah SAW, dia berkata, "Ya Rasulullah, aku seorang gadis yang telah dilamar. Namun aku tidak suka berkahwin. Maka apakah kewajipan isteri terhadap suami?" Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau dari hujung rambutnya sampi ke hujung kakinya penuh nanah, lalu kamu menyikatnya, itu pun belum cuckup kesyukuranmu kepadanya." Gadis itu berkata, " Aku tidak akan berkahwin!" Rasululullah berkata, " Kahwinlah! Itu lebih baik."

Ada banyak kewajipan isteri terhadap suami, yang terpenting;menjaga dan menutupi & jangan meminta di luar kemampuan suami sampai mendorong suami membuat pekerjaan haram.



=)

0 comments on "TAATILAH SUAMI MU"

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez