Powered by Blogger.

Friday, July 15, 2011

KUKUHKAN CINTA BILA BERJAUHAN


berjalan2 di alam maya sambil tambah ilmu, terjumpa la plak dgn petua tuk kukuhkan hubungan jarak jauh..walaupun saya tak duduk berjauhan dgn en.fariz tp disebabkan saya sekarang kerap ditinggalkan bila en.fariz kena belayar..rasa mcm sesuai plak tuk dipraktikkan..hihi..ada yang dh dipraktikkan pn sebenarnya..






Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan anda. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Limah. Tapi Limah suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaan anda bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.
Hargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah itu keterlaluan? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi.
Pancawarnakan Kehidupan Anda
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang? “Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan. Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.
Percayalah
Percaya perlu menebal dalam diri. Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tidak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan jangan mudah bosan walaupun berjauhan.  Bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan, jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat.


CREDIT: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU


p/s: minggu depan en.fariz belayar lagi..kesorangan lagi le nampaknya.. =)


0 comments on "KUKUHKAN CINTA BILA BERJAUHAN"

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez