Sebelum ikut en.F@riz ke sandakan, saya sempat juga duk rumah mertua..masa tu tolong mertua yang berniaga kantin sekolah..so, memang dh tau sgt perangai pn.jiran ni..hasil dari pemerhatian sndiri & crita dr keluarga mertua..tujuan utama diorg bercrita, supaya saya hati2..kalau duk dpn jiran ni kena sopan2 skit takut nti glamor plak 1 taman...keluarga mertua ni dh puas buat baik dgn pn.jiran, tolong tu..tolong ni..ingatkan pn.jiran hargai la..tetiba dituduh plak mcm2..mak mertua saya sndiri tak tau apa yang pn.jiran ni tak puashati sgt..depan kita bukan main baik lagi..tapi kat belakang,keje ngumpat kita je..
dalam kesibukan jaga hal keluarga orang lain, keluarga sndiri tah dah jadi apa..anak perempuannya yang baru tingkatan 2 pernah kena tangkap basah..tapi pn.jiran & suaminya kata xpe sebab baru pertama kali..huhu..anak perempuannya yang baru drjh 1 dh pndai mencuri@menipu bila beli makanan kat sekolah..curi duit kawan2..pecah lubang mak ayah yang ajar sebab si anak ni dgn bangga bercerita pengalaman mencuri dia dan makayahnya di satu supermarket..tak heran la anak keduanya pn pernah ditangkap tuan pnya stesen minyak sebab mencuri juga..bnyk lagi hal2 -ve keluarganya yang sepatutnya pn.jiran utamakan tuk dijaga..tapi pn.jiran mcm tak peduli je..
Rasulullah SAW bersabda:
"Perbaikilah melayani tetanggamu, maka jadilah engkau seorang muslim"
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah memuliakan jiran."
Dirawikan bahawa seorang lelaki datang kepada Ibnu Mas'ud ra seraya berkata, "Aku mempunyai tetangga yang menyakitiku, memaki dan menyedihkanku." Ibnu Mas'ud berkata, "Pergilah! Jika dia menderhakai Allah padamu, maka taatilah Allah padanya."
Dikatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang perempuan berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari, tetapi menyakiti tetangganya.Maka Rasulullah SAW bersabda:
"Dia akan dimasukkan ke neraka"
Seorang muslim yang berjiran seharusnya jaga tingkah laku dan pertuturan supaya segala apa yang kita luahkan tak menyakiti jiran kita. Bagi kita yang duk jauh dari fmly dan sedara mara, jiran la orang paling kita harapkan dapat tolong kita bila susah..berkongsi rasa bila senang..
Islam dh gariskan beberapa adab yang mesti diamalkan oleh seorang muslim selagi dia bergelar 'jiran'. Antaranya:
- Hormat-menghormati
- Sentiasa bermanis muka
- Bertegur sapa
- Ziarah menziarahi
- Berbaik sangka
- Bertolak ansur
- Bermaaf-maafan
- Menutup keaiban jiran
- Memberi keutamaan kepada jiran terdekat
- Memelihara pandangan ke rumah jiran
- Sedia memberi bantuan atau pertolongan
- Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran
- Mengucapkan tahniah atas kejayaan dan takziah ketika ditimpa musibah
0 comments on "ADAB BERJIRAN - jadilah jiran yang membahagiakan jiran"
Post a Comment