Powered by Blogger.

Sunday, March 11, 2012

MIMPI MENYUSUKAN BABY


Gigih nak update blog lepas sekian lama berehat..hihihi.

Beberapa minggu lepas aku pergi berubat dekat Pusat Rawatan At-Thobibi cawangan Sandakan. Sebab apa pergi berubat?

Sebenarnya dh 3 kali aku mimpi menyusukan baby. Kan ke Ustaz Sharhan kata kalau mimpi baby ni bahaya. Tambah2 kalau mimpi menyusukan..
Kali pertama aku mimpi baby ni seminggu sebelum majlis kenduri kawen aku.  Mimpi pregnant lps tu bersalin & aku terus susukan baby tu. Tapi masa tu mmg tak ambik kisah sangat sebab fikir mungkin sebab terlampau excited nk kawen & ada ank sendiri...hihihi.

Kali kedua plak, menyusukan baby siapa tah. aku dengan rela hati minta nak nyusukan baby tu, dan kemuncaknya kali ketiga aku minta menyusukan baby yang dipangku oleh hubby aku.

Hasil dari scan yang dilakukan, ustaz tu kata memang ada gangguan. Masa ustaz tu baca surah2 tertentu, aku still ok, elok je menghayati tapi bila ustaz tu tepuk2 belakang aku sambil laungkan azan, tetiba je rasa sebak semacam & menangis tersedu2 kat situ. 

Nasihat aku, kalau ada sesapa yang pernah mimpi menyusukan baby, slalu sakit kepala & sakit belakang. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, elok la cuba pergi berubat. Takut ada benda lain yang menumpang dekat kita. Tapi pastikan berubat dekat tempat yang betul ye. 




4 comments on "MIMPI MENYUSUKAN BABY"

rafaliah on May 18, 2012 at 1:27 PM said...

As-Salam perkenalan..
just nak share tips, istighfar byk2, sbb bila kita istighfar bukan shj hati kita tenang, tetapi syaitan yg duduk dlm salur darah kita pun taknak singgah kat badan kita. Lagi satu, amalkan zikir al-mathurat, 10 ayat pertama tu baca setiap kali rasa hati berdebar2, atau rasa tak sedap badan dan tak sedap hati..
InshaALLAH..:-)

zih@n on May 23, 2012 at 7:03 AM said...

@rafaliah

trima kasih atas tips tu.. :)

R.R.Z on August 28, 2012 at 7:51 AM said...

Hai, salam singgah.

Malam tadi saya mimpi perihal ni gak, mengandung + melahirkan + menyusukan. Tak tahu la sebab teruja sangat nak ada baby ke atau apa. But lately ni ada juga mimpi orang bagi jarum..skang ni memang part tengkuk tu sakit sangat2.

Wallahualam.

Diana on May 10, 2016 at 11:49 AM said...

Saya pun bermimpi bersalin dan menyusukan anak.... Dah lama tak bermimpi seperti ini.... Dulu-dulu selalu juga bermimpi yang sama.. menyusukan bayi... ingatkan sebab dulu nak sangat ada baby.. Skg dah ada baby pun... Bila tengok tafsir mimpi kata ada gangguan jin atau saka... tapi mcm tak percaya je... Wallahualam...

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez