Agak lama sebenarnya plan ngan en.Fariz nk g jejalan Kundasang. Tapi asyik terbantut je atas sebab2 tertentu. Hari Sabtu lps bersamaan 26/11/2011 dapat juga jejak kaki kat sana..hihi.
Perjalanan dari Sandakan ambik masa lebih kurang 5-6 jam. Keadaan jalan yang kadang2 ok, kadang2 berlubang sana sini, bengkang-bengkok plak mybe salah satu sebab kenapa ambik masa gak tuk sampai sana. Jarak dari Sandakan ke Kundasang dalam 240km cmtu la. Jauh tu. Penat duk lelama dlm kete. En.Fariz yang bawa kete tu lagi la letih.
Tapi bila dapat merasai kesejukan angin kat sana rasa puas sangat. Kundasang ni ala2 Cameron Highlands, sejuk, banyak orang tanam sayur, bunga. Kami cari juga ladang strawberry kat sna tapi xjumpa. Tanya orang kat situ pn ada yg xtau, ada yang bagi salah tempat..huhu.
Kami pegi balik hari, jadi xbnyak tempat yg dapat pergi sebab berkejar dengan masa. Sampai sana pn dh 2.30 ptg.
ms ondaway tu bleh nmpk puncak Gunung Kinabalu..nak daki sampai atas tak boleh, dapat tengok puncak pn jd le..huhu
tiap tahun, navy kat sini akan buat aktiviti daki Gunung Kinabalu. Tapi xde stamina la nk join.. =P
Sesampai je kat Kundasang, isi perut dulu pastu baru la pegi sana sini. 1st sekali singgah JS Nursery. Banyak bunga cantik2 kat sini. Tak beli pn. Tengok2 je.
suka sangat tengok bunga merah menyala ni. Harga dlm 30 hinggit sepasu. kalau xsilap la..hihihi. Takde tanda harga, jadi kalau berkenan sila tanya kat pekerja kat situ.
Lepas tengok2 bunga, singgah kat Kundasang War Memorial. Bayaran masuk RM2.00 sorg.
Lepas ambik gambar bagai, berdezup plak pegi kat gerai2 tepi jalan tempat orang jual sayur mayur ngan buah buahan. Kat situ kami just beli buah je ngan madu lebah. Lupa nak snap pic..huhu.
Masa tu dh pukul 4.00 ptg. Plan ondaway balik nak singgah ladang teh sabah. Kawan en.Fariz kata ada jual teh perasa strawberry. Tu yang nk pegi sangat sebab en.Fariz suka. Risau juga takut sampai sana kang dh takleh masuk. Tapi Alhamdulillah sempat juga. Tapi sedih sebab mana ada jual teh perasa strawberry macam yang kwn en.Fariz ckp tu..Cehh..Yang ada perasa tongkat ali, pandan, kulit kayu manis..huhu. =P. Kat ladang teh ambik gambar gitu2 je sebab kalut nk balik dh.
Dengan perasaan hampa. terus balik Sandakan. Perjalanan waktu malam lagi mencabar. Dengan hujan lebat, jalan plak berlubang2, lori besar2 banyak. Letih lagi. Rasa macam nk terbang je biar cepat skit sampai. Bila nampak je signboard Sandakan, rasa lega sangat.
Banyak sebenarnya tempat2 menarik kat sini. Tapi kami je tak sempat nk pegi..huhu.
Next entry akan crita part II plak. Jejalan Sepilok =)
0 comments on "JEJALAN PART I - KUNDASANG"
Post a Comment