Powered by Blogger.

Friday, December 3, 2010

Kedudukan rahim ke belakang


KEDUDUKAN rahim ke belakang atau 'tilted uterus' atau 'retroverted uterus' didapati berlaku kepada 20-30 peratus wanita yang mana sebahagian besar daripadanya tidak tahu yang dia mempunyai kedudukan rahim yang sebegitu kecuali dia telah menjalani pemeriksaan 'pelvik' dan doktor yang memberitahunya.

Kebiasaannya kedudukan rahim ke depan. Ketika tumbesaran rahim berlaku rahim yang ke belakang sepatutnya bergerak ke depan tetapi sebaliknya kekal dengan posisi ke belakang. Jadi untuk sebilangan besar wanita kedudukan rahim ke belakang ialah perkara semula jadi dan tidak perlu dipulihkan.

Ada juga wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang selepas bersalin. Ada juga wanita yang kedudukan rahim ke belakang akibat penyakit endometriosis atau lekatan tisu (adhesions) yang menambat rahim ke belakang! atau akibat ketumbuhan fibroid.

Wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang akan dapati air mani suaminya tidak kekal dalam faraj walaupun mereka membuka peha dan melegakan pembukaan faraj, air mani masih keluar. Ini kerana bahagian dalam faraj tertindih oleh rahim yang berkedudukan ke belakang. Ini mungkin sebab wanita itu gagal mencapai kehamilan!

Keadaan ini boleh diubah dengan memposisikan badannya secara menyujud rahim akan beralih ke depan dan sekiranya hubungan kelamin dilakukan dengan memasukkan zakar dari belakang, air mani akan kekal dalam faraj. Wanita itu boleh berubahkan posisi dari menyujud kepada mengiring beberapa minit kemudian.

Posisi rahim ke belakang tidak boleh diubah melalui urut kerana otot yang terlibat ada di dalam dan tidak sampai untuk mengalihkannya. Ada sesetengah pakar urut barat menyarankan wanita yang mempunyai kedudukan rahim ke belakang melakukan senaman seakan akan menyujud dan kononnya rahim akan kembali ke depan. Tiada kajian yang dibuat tentang ini. Posisi rahim hanya boleh diubah melalui pembedahan yang mana kaedah ini tidak lagi disyorkan kerana risiko kecederaan dalaman.

Wanita yang mendapati posisi rahimnya ke belakang tidak perlu buat apa apa persediaan atau persiapan mengenai hubungan seksual, iaitu dia boleh lakukan hubungan kelamin bila-bila masa tetapi ketika dia dalam keadaan subur dia perlu melebihkan hubungan seksual melalui posisi belakang.

5 comments on "Kedudukan rahim ke belakang"

Anonymous said...

thankz byk2 atas info yg sgt2 berguna ini coz sy bru dpt tahu rahim sy kebelakang dn sy dah kawen 8bln tetapi belum hamil lg.

diya_mukhtar on July 6, 2017 at 4:31 PM said...

Puan, maaf bertanya,..puan sudah hamil ke sekarang? sebab saya mengalami masalah yang sama

SEH on May 19, 2018 at 6:15 PM said...

Dr pun inform sa yg punya rahim agak k ebelakang masa dia tgh scan perut..masa tuu sa da preggy dlam 5 weeks.. barangkali itu penyebab wanita berkahwin lambat sikit nak dapat baby..yg penting kita doa n usaha.. Cepat atau lambat pasti dapat juga..

mariahhana on August 29, 2019 at 2:47 PM said...

Saya mengalami masalah sama..alhamdulillah saya dapat 1st baby selepas setahun kahwin

Unknown on October 1, 2019 at 11:59 PM said...

Sy da berkahwin hampir 2thn dan masih blom hamil. 6bln berkahwin sy pnh g scan kat klinik n doktor ckp rahim sy ke belakang n xde mslh tuk mengandung. Skrg sy br tau cr untuk usaha dptkn anak..doakan sy yer 🤲🏼☺️

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez