3 Disember 2010..hari ketiga dlm bulan terakhir 2010 ini. Cuma tinggal 28 hari sebelum kita akan melangkah ke tahun yang baru 2011..pastinya tahun ni membawa berjuta kenangan pahit manis yang akan sentiasa diingati.
Tahun ini ada yang baru berkahwin. Menjalani kehidupan sebagai seorang suami atau isteri. Saling melengkapi antara satu sama lain. Ada juga yang baru mendapat cahayamata menjalani kehidupan sebagai suami, isteri, ayah dan ibu. Juga mungkin ada yang baru mendapat pekerjaan menjalani rutin harian yg sudah pasti berbeza dari sebelumnya. Bangun seawal pagi berbekalkan kerja yang bersilih ganti dan hujung bulan yang membawa kepuasan. Bagi yang menghadapi tahun2 akhir bergelar pelajar, masa untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh cabaran dan dugaan yang lebih besar. Rentetan pengalaman yang akan lebih mematangkan.
Bagi saya, tahun ini boleh dikatakan tahun pelangi buat saya. Tahun yang dihiasi pelbagai warna. Tahun pertama manjalani kehidupan sebagai isteri di rumah sendiri sebab sebelumnya tinggal bersama mertua. Rajin memasak. Menjadi perantau di negeri bawah bayu sebab mengikut suami yang bekerja. Mendapat jiran baru. Menghantar berpuluh permohonan kerja yang menghampakan. Keinginan menjadi ibu yang belum dimakbul. Bergelar cikgu pada anak-anak murid yang pelbagai ragam. Pertama kali menyambut raya korban berdua bersama suami tanpa keluarga sebab tak balik kampung. Sebelumnya menyambut raya puasa sedondon dengan suami bertema biru..Tahun aktif berfacebook,pasif berfriendster..2 kali mohon KPLI tapi still xberjaya tuk temuduga...dan macam2 lagi...=)
Alhamdulillah, semua saya lalui dengan kasih sayang suami dan lebih penting lagi kasih sayang dari ALLAH..Dengan kekuatan, ketabahan, kesabaran yang dibekalkan saya mampu untuk hadapi kisah hidup saya. Alhamdulillah juga ALLAH panjangkan umur saya untuk terus menikmati keindahan ciptaanNya. Dunia ini luas. Masih banyak untuk diterokai dan dihargai. Masih banyak untuk dipelajari dan dihayati..
Friday, December 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Dpenghujung 2010"
Post a Comment