1. Tetapkan matlamat untuk kurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tapi jangan terlalu memaksa kalau tak mencapai sasaran awal. Kalau dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.Bagi yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan minum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan setiap hari.
Contohnya:Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri supaya makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.10. Akhir sekali, pastikan rehat yang cukup. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Boleh ke nk ikut 10 tip ni..=)
0 comments on "Tip kuruskan badan"
Post a Comment