Powered by Blogger.

Tuesday, June 25, 2013

TERIMA KASIH ALLAH


Mood jenguk blog hari ni setelah sekian lama bertapa.

Tahun ni genap 4 tahun kawen. 

Period saya sebelum ni memamg tak regular. Kata doktor, telur takde.Sebab tu la susah nak lekat. Tapi sejak jumpa dengan pakar gynea dan makan pil Yasmin, barulah period ni ok. Bila period dah teratur doktor bagi ubat subur (Clomid) yang kena start makan msa hari ke-2 period smpi hari ke-6.  

Masa makan clomid 1st cycle, next period saya kena sengugut yang agak teruk juga sampai nak berjalan pn tak larat. Start juga makan clomid 2nd cycle. Tapi ter'miss' sehari. Tawakal je masa tu hope semuanya ok. 2 minggu lepas tu saya jumpa doktor pakar lagi. Kali ni doktor bising pasal tekanan darah saya asyik tinggi je tiap kali jumpa dia. Terus buat ECG tuk tengok denyutan nadi. Nadi sangat laju rupanya. Terus doktor cadangkan untuk stop rawatan kesuburan dan rujuk saya ke pakar sakit dalaman pulak. Sedih masa tu tapi berserah je la. Masa bagitau hubby yang kena stop rawatan, hati ni menangis tak ingat, tapi muka cuba buat 'slumber'. 

Bermula rutin ulang alik hospital lagi tapi kali ni bukan jumpa pakar  gynea tap jumpa pakar MOPD. 

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Rezeki dariNya memang tak terduga. Tiba2 je kepala pening sangat. Badan lemah. Rasa nak tido je tak nak buat keje apa pn. Loya jangan crita la. Hubby dah risau tengok. Hubby la yang cadangkan supaya buat upt test sbb dia kta dia tengok saya ni lain macam je. Petang tu juga hubby belikan upt.

Orang kata waktu terbaik untuk test adalah waktu pagi. Pagi tu terjaga dalam pukul 4 sbb mimpi buat upt test dan hasilnya +ve. Tido balik  dan mimpi lagi benda yang sama. Pagi tu 3 kali saya mimpi +ve. Terjaga lagi masa tu dah subuh. Bangun dan terus masuk toilet. Rasa tak percaya sebab memang betul2 naik 'double line'. Tunggu hubby habis solat subuh, terus tunjuk kat dia. Respon biasa je. Macam xde apa pn.

Esoknya buat upt test sekali lagi dan baru la plan nak pegi comfirm kat klinik.Alhamdulillah, setelah berpuluh2 kali buat upt test sebelum ni, akhirnya dapat juga tengok 'double line' tu.

Sekarang dah 21 week. Insyaallah minggu ke-22 nanti scan tuk tau jantina. Semoga semuanya selamat.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang Engkau berikan. 



5 comments on "TERIMA KASIH ALLAH"

syarida on July 5, 2013 at 4:37 PM said...

Tahniah....
Doakan juga untuk saya ya....

zih@n on July 22, 2013 at 11:07 PM said...

:)

amir /muaz on December 26, 2013 at 10:08 AM said...

tahniah....saya dan isteri juga pernah menanti zuriat pertama...9 tahun. Alhamdulillah 31 ogos 2013 lahir anak sulung kami.

amir /muaz on December 26, 2013 at 10:08 AM said...

saya orang lekir..

zih@n on January 20, 2014 at 12:28 PM said...

@amir muaz..

yeke..Alhamdulillah. org lekir ye. suami saya ada juga kwn org sna. :)

 

My Cinta Kasih Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez